sobriyaacob.com

Monday, August 8, 2016

Royal Belum State Park Destinasi Percutian Yang Wajib Dikunjungi !

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi sentiasa menjadi destinasi pilihan utama Sob untuk bercuti dan berehat, bayangkan dikelilingi oleh hutan yang berusia lebih 130 tahun dan merupakan hutan tertua di dunia malah lebih tua daripada usia hutan Amazon pastinya kunjungan korang ke Royal Belum Rainforest pastinya tidak akan menyesal. Hutan yang cukup terkenal kerana memiliki pemandangan tasik dan hutan yang cukup indah dan ini antara satu destinasi perlancongan yang cukup menarik untuk dikunjungi di Negeri Perak 

Sob tahu sebenarnya tersangatlah banyak tempat untuk bercuti yang sangat menarik untuk diterokai di sekitar Negeri Perak tapi untuk  entry kali ini sob ingin lebih focus mengenai destinasi percutian yang kian menjadi bualan buat para pelancong iaitu di Hutan Simpan Belum yang terletak di daerah Gerik Perak. 


Tahun Melawat Perak 2017 / Visit Perak 2017

Wednesday, July 27, 2016

Ekspedisi Mencari kerlipan Bintang di Puncak Gunung Bintang


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini hajat sob untuk mendaki Gunung Bintang akhirnya tercapai juga setelah lama mengidam untuk menawan antara gunung yang tertinggi di Kedah, bagi hampa yang tertanya-tanya mengenai Gunung Bintang ialah sebuah gunung yang menjadi titik sempadan antara negeri Kedah dan negeri Perak, berketingginya 1,862 meter dari aras laut dan ia merupakan sebahagian daripada gunung dalam deretan Banjaran Bintang yang menganjur dari Selatan Thailand. Pun begitu puncak Gunung Bintang terletak di dalam sempadan negeri Kedah dan sob dipahamkan ini merupakan merupakan gunung yang tertinggi di Negeri kedah, So antara misi utama trips ini adalah nak melihat kerlipan bintang-bintang dari puncak tertinggi Gunung Bintang, sama ada misi ini berjaya atau tidak :P

Ekspedisi Mencari kerlipan Bintang di  Puncak Gunung Bintang

Trips ini telah di organized by Bro Ash dari "Orang Gunong Osem" so hampa boleh like group ni di facebook sebab Bro Ash agak aktif dalam dunia hiking so banyak trips dan info-info terkini yang di share di page Orang Gunong Osem ( O.G.O )

Thursday, June 9, 2016

Menyingkap Sejarah Dan Keunikan Senibina Kellie's Castle

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Apa khabar buat semua pembaca blog Sobri Yaacob, diharapkan korang semua dalam keadaan sihat sejahtera. Terlebih dahulu Sob ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat menjalani ibadah puasa semoga Ramadhan tahun ini adalah lebih baik dari Ramadhan yang lepas serta mendapat barakah di bulan yang mulia ini.

Memandangkan tahun hadapan Tahun Melawat Perak 2017 / Visit Perak 2017, untuk entry kali ini sob ingin berkongsi dengan korang semua salah satu tarikan pelancongan yang cukup menarik yang terdapat di Batu Gajah, Perak iaitu Kellie’s Castle turut dikenali sebagai Istana Kellie's, sebuah istana yang dibina dengan penuh perasaan cinta seorang suami kepada isteri serta anak-anaknya dimana mempunyai nilai-nilai sejarah dan  keunikan dalam prosses pembinaan istana.

Menyingkap Sejarah Dan  Keunikan Senibina kellie's Castle