Info : Fakta Ringkas Mengenai Malaysia | www.sobriyaacob.com

google advertising

Thursday, March 31, 2011

Info : Fakta Ringkas Mengenai Malaysia



FAKTA RINGKAS MENGENAI MALAYSIA

  • Persekutuan Malaysia terdiri dari Semenanjung Malaysia, serta Sabah dan Sarawak di Kepulauan Borneo.
  • Terletak antara 2º dan 7º ke utara Garisan Khatulistiwa, Semenanjung Malaysia dipisahkan dari negeri Sabah dan Sarawak oleh Laut China Selatan. Di utara Semenanjung Malaysia ialah Thailand dan di Selatan, ialah negara jiran Singapura. Sabah dan Sarawak terletak di utara Indonesia di Borneo dan Sarawak turut berkongsi sempadan dengan Brunei
  • Kaum Melayu ialah 57% populasi sementara kaum China, India, bumiputra dan lainnya merangkumi rakyat Malaysia
  • Malaysia mempunyai pelbagai kemudahan penginapan dengan harga yang berpatutan. Taraf lima bintang, sederhana, hotel bajet, hostel pemuda, chalet pantai dan pangsapuri adalah antara kemudahan penginapan yang tersedia
  • Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, tetapi Bahasa Inggeris juga luas digunakan. Kumpulan etnik pribumi turut menggunakan bahasa dan dialek masing-masing.
  • Malaysia ditadbir sebagai negara demokrasi berparlimen dengan sistem legislatif bicameral. Ketua negara adalah Yang Di-Pertuan Agong, jawatan yang ditukar setiap lima tahun di antara negeri-negeri Raja Melayu. Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri.
  • Unit matawang negara adalah Ringgit Malaysia ditulis sebagai RM. Nilainya kira-kira USD1 = RM3.15. Mata wang asing boleh ditukar di bank dan pengurup wang.
  • Cuaca tropika sepanjang musim. Suhu di kawasan rendah adalah sekitar 21ºC (70ºF) ke 32ºC (90ºF). Kawasan tinggi adalah lebih sejuk dengan suhu antara 15°C (59° F) ke 25°C (77°F).


No comments:

Post a Comment

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca