Info : Bukit Bintang, kuala lumpur Malaysia | www.sobriyaacob.com

google advertising

Thursday, February 10, 2011

Info : Bukit Bintang, kuala lumpur Malaysia




FAKTA MENGENAI BUKIT BINTANG,KUALA LUMPUR 

  • Bukit Bintang ialah nama bagi kawasan beli-belah dan hiburan yang masyhur dan tumpuan pelancong di Kuala Lumpur, dan jalan yang melaluinya, Jalan Bukit Bintang. Kawasan ini menempatkan banyak sekali pusat beli-belah utama, kafe, kelab, kedai spesialti, dan sebagainya 
  • Kawasan Bukit Bintang dilalui tiga jalan utama: Jalan Bukit Bintang bermula dari Jalan Pudu dan bersimpangan dengan Jalan Sultan Ismail. Terdapat sebilangan hotel dan restoran yang terletak di Jalan Raja Chulan dan Jalan Tengkat Tong Shin. 
  • Tempat makan yang besar terdapat di Jalan Alor berdekatan Bukit Bintang, di mana para penjaja menawarkan maknan murah tetapi berkualiti tinggi dalam suasana yang senang beristirahat. Kawasan ini berhubung dengan Jalan Tengkat Tong Shin di mana struktur warisan berharga dari zaman silam Kuala Lumpur, dimodenkan menjadi kelab malam dan restoran di mana pelancong dan penduduk setempat bergaul membentuk suasana bandar yang berwarna-warni.



  • Terdapat sebilangan kafe dan kelab malam di Bukit Bintang. Antara penubuhan yang terpenting termasuk Nouva, Espanda, The Beach Club, Atmosphere, Hard Rock Cafe, Planet Hollywood, dan Zouk. 
  • Bukit Bintang boleh dicapai perkhidmatan teksi dan bas. Selain itu, perkhidmatan monorel juga menempatkan empat stesen di dalam lingkungan kawasan Bukit Bintang: Hang Tuah, Imbi, Bukit Bintang dan Raja Chulan.





Bagi saya, pertumbuhan kawasan ini merancakkan lagi ekonomi malaysia, di samping itu dapat menarik lagi jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia, serta menambahkan lagi pendapatan rakyat Malaysia yang bijak merebut peluang di depan mata.

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca