Siri Animasi Upin Dan Ipin | www.sobriyaacob.com

Monday, February 21, 2011

Siri Animasi Upin Dan Ipin


Betul...betul..betul ...antara dialog dalam siri ipin dan upin yang menjadi kegilaan pada masa kini.. Bukan setakat budak-budak kecil sahaja tahu siri upin dan upin, malahan dari abah ke mak seterusnya ke datuk dan nenek pun meminati siri ini. Di sini saya nak berkongsi info dan maklumat mengenai satu fenomena baru dikalangan masyarakat malaysia bahkan asia.. Kebanyakkan sumber saya perolehi adalah daripada wikipedia dan laman web main office upin dan ipin. 


INFO MENGENAI IPIN DAN UPIN 

Upin & Ipin ialah tajuk bagi sebuah siri animasi tayangan singkat yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque di Malaysia, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. Upin & Ipin merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula yang juga menampilkan watak utama siri animasi tersebut. 


Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 Masihi di TV9 (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkau empat musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui Internet. Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia. 

Atas kejayaan menambat hati penonton serantau, Upin & Ipin disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai "Animasi Paling Berjaya" pada tahun 2011. Selepas filem Geng, watak Upin & Ipin bakal membintangi sebuah lagi filem cetera berjudul Laksamana Upin & Ipin yang dijangka keluar pada tahun 2012. 

LATAR BELAKANG DAN SENARAI WATAK 

Upin dan Ipin ialah sepasang adik-beradik kembar berusia tadika yang tinggal bersama kakak Ros dan Opah serumah di Kampung Durian Runtuh, setelah kematian kedua-dua ibu bapa mereka sewaktu masih bayi. Upin dan Ipin bersekolah di Tadika Mesra yang terletak dalam kawasan kampung, di mana mereka berkawan dengan ramai kanak-kanak yang bermacam-macam ragamnya, antaranya Mei Mei yang comel dan berpemikiran waras, Jarjit Singh yang gemar berjenaka dan berpantun, Ehsan yang penyepi, cemerkap dan kuat makan, Fizi (sepupu Ehsan) yang penuh yakin diri tetapi suka memerli, dan Mael yang berdaya keusahawanan dan pandai berkira. 

Kampung Durian Runtuh diketuai oleh Isnin bin Khamis yang lebih dikenali sebagai Tok Dalang kerana merupakan pakar wayang kulit. Tok Dalang menjaga segagasan pokok rambutan untuk tujuan komersil dan membela ayam jantan bernama Rembo. Antara penduduk-penduduk lain Kg Durian Runtuh yang dikenali termasuk Muthu, pegerai makanan kampung yang tinggal bersama anaknya Rajoo dan lembu peliharaannya Sapy; Salleh @ Sally, seorang bapuk yang bermulut pedas; dan Ah Tong, peniaga tanaman yang kuat bercakap. Kampung Durian Runtuh juga didatangi oleh seorang gadis bernama Susanti yang berpindah sekeluarga dari Indonesia 

Antara watak-watak yang terdapat di dalam siri upin dan upin. 

upin dan ipin ketika menang anugerah SHOUT AWARD 2009 

SAMBUTAN DAN PENGARUH 

Siri dan francais Upin & Ipin nyata berpengaruh di rantau Nusantara, khususnya di Malaysia dan Indonesia. Musim pertamanya yang diperkenalkan kepada umum sempena musim Ramadan 2007 bukan sahaja disambut hangat oleh penonton, bahkan juga mengurniakan anugerah pertamanya sebagai "Animasi Terbaik" di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur yang dianjurkan pada tahun yang sama. 

Ketika musim keduanya disiarkan pada musim Ramadan 2008, dilaporkan sejumlah 1.5 juta penonton menonton siri animasi ini di TV9, menjadikannya siri kartun kedua teramai penonton di televisyen Malaysia, mengekori Doraemon (1.6 juta orang), tetapi di hadapan SpongeBob SquarePants (800,000 orang). Kelarisan jenama Upin & Ipin juga dipercayai menjadi pemangkin kepada kejayaan filem animasi CGI pertama Malaysia, Geng: Pengembaraan Bermula (2009) yang juga diterbitkan oleh Les' Copaque dan menampilkan watak Upin dan Ipin, yang mencapai hasil kutipan yang cemerlang iaitu RM 6.31 juta selama tujuh minggu di pawagam, menjadikannya antara filem tempatan yang paling lumayan dalam sejarah perfileman Malaysia 


Ketika musim ketiga disiarkan dengan pada musim cuti sekolah akhir tahun 2009, pihak TV9 melaporkan bahawa siri Upin & Ipin mencatat 1.6 juta penonton, menjadikannya rancangan kedua teramai penonton di saluran tersebut, mengekori tak lain tak bukan filem Geng yang menikmati tayangan perdana di TV percuma dengan 2.45 juta penonton (TVR 12.8).

Nyata sekali, Indonesia menjadi pasaran eksport utama untuk francais Upin & Ipin. Pada tahun 2009, pihak TPI selaku penyiarnya di republik itu melaporkan TVR sebanyak 10.5 peratus. Penangan Upin & Ipin di seberang ditandai oleh puji-pujian dari pengarang kolum akhbar di Indonesia, misalnya Fadil Abidin untuk akhbar Analisa yang mengulas bahawa siri ini kaya dengan pendidikan serta unsur Islam, seperti menghormati sesama kawan yang berbeza kaum dan agama sehingga watak-wataknya bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu, Cina dan Tamil, bahkan juga orang Indonesia. 

Filem animasi malaysia yang mendapat jumlah kutipan yang besar 


KELAB UPIN DAN UPIN 

Walaupun aktif sejak tahun 2009, namun Kelab Upin & Ipin hanya dirasmikan di acara "Hari Kelab Upin & Ipin" di Zoo Negara pada 12 Jun Ahli kelab menikmati peluang menyertai semua aktiviti kelab sepanjang tahun, dan juga harga istimewa untuk barang dagangan berjenama Upin & Ipin di kedai U & I Boutique dan Geng's Corner. Di samping itu, sebuah rancangan televisyen Kelab Upin & Ipin telah dirancangkan dan bakal disiarkan di TV9 kelak. 

Sumber wikipedia. 

Kesimpulan yang boleh saya buat antara faktor utama yang membuatkan animasi ini menjadi kegilaan di malaysia dan luar negara disebabkan banyak menampilkan usur-unsur ketimuran dan bersikap positif, selain itu animasi ini juga banyak menampilkan konsep dan persekitaran desa yang begitu dekat dengan rakyat malaysia. Animasi ini juga banyak menampilkan nilai-nilai moral yang baik seperti kasih sayang, persahabatan dan secara tidak langsung berjaya mendidik kanak- kanak yang menonton. 

6 comments:

  1. mungkin juga upin dan ipin tu anak yatim piatu yang tak tahu apa2...then i am always toached

    ReplyDelete
  2. anak ku sgt suke u&i..dgr lagu jer dia pasti tepuk tgn n senyum.. =}

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah kartun yg memberi pngaruh positif..penuh dgn nilai2 orang asia sndiri..

      Delete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca