Info : Lat Kampung Boy | www.sobriyaacob.com

Tuesday, March 29, 2011

Info : Lat Kampung Boy



  • Kampung Boy ialah sebuah novel grafik autobiografi karya kartunis Malaysia, Mohammad Nor Khalid (Lat). 
  • Buku ini bersama sekuelnya,Town Boy, telah dicetak semula berbanyak kali di dalam dan luar negara. Terdapat juga siri animasi Kampung Boy yang diterbitkan pada 1990-an. 
  • Buku ini bersama sekuelnya,Town Boy, telah dicetak semula berbanyak kali di dalam dan luar negara. Terdapat juga siri animasi Kampung Boy yang diterbitkan pada 1990-an. 
  • Kampung Boy dan Town Boy merupakan antara karya-karya terawal Lat yang menceritakan kehidupan zaman kanak-kanak dan remajanya. 
  • Karya-karya autobiografi Lat ini menjadi mercu tanda kerjaya Lat sebagai seorang kartunis, yang masih mengisahkan babak-babak hidupnya dari dulu hingga kini, dalam akhbar New Straits Times dan buku-buku kompilasi kartunnya 




Kampung Boy

The Kampung Boy mengisahkan kehidupan Lat yang menghabiskan zaman kanak-kanaknya di sebuah kampung di Lembah Kinta pada 1950-an dan awal 1960-an, termasuk sekali kisah-kisah kehidupan keluarga di luar bandar, adat resam kekeluargan tradisional, pendidikan awal Lat dan kegiatan-kegiatan luar bersama "Meor bersaudara" yang bersahabat dengan Lat di sekolah agama. Buku ini diakhiri dengan Lat meninggalkan kampung untuk menghadiri sekolah asrama di Ipoh.

Buku yang julung kali diterbitkan di Malaysia dalam bahasa Melayu dan Inggeris pada tahun 1979, telah dicetak semula sebanyak 14 kali sehingga tahun 2008, termasuk edisi Amerika Syarikat keluaran First Second Books pada tahun 2007, di samping wujudnya versi bahasa Jepun. Menariknya, edisi Amerika berbeza sedikit dari edisi asalnya, iaitu satu babak yang mana watak utama dirotan oleh bapanya yang naik berang, terpaksa dilukis semula untuk merudumkan unsur keganasan dalam versi Amerika.



Town Boy

Buku susulannya, Town Boy, pertama kalinya diterbitkan pada tahun 1980 di Malaysia, dan turut diterbitkan di Amerika Syarikat pada Oktober 2007. Buku ini mengimbau zaman remaja Lat di Ipoh sepanjang 1960-an, merangkumi persekolahannya, persahabatannya dengan Frankie, seorang kaum Cina yang tinggal di dalam rumah kedai, serta pencarian teman cintanya sebagai tema-tema utama dalam buku ini yang diakhiri dengan pertemuan terakhir Lat dengan Frankie di stesen kereta api Ipoh sebelum Frankie berlepas ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajarannya dan mengejar kelayakan A-Level.Town Boy yang ditulis dalam bahasa-bahasa Melayu dan Inggeris (dan juga "Manglish"), turut diisi tulisan Cina dan Tamil dalam beberapa babaak yang memperlihatan ramai orang Cina dan India. Seperti Kampung Boy juga, Town Boy turut ada versi Jepun.

sumber: wikepedia

3 comments:

  1. sgt suke LAT ! sebab pena dpt terbaik kt dalam kelas English tyme skola dulu sebab ade byk gmbar lat ! haha n lukisan dye comel2

    ReplyDelete
  2. sama la kita.... siap kmpul cd kartun lat lg...dlu2.... :(

    ReplyDelete
  3. Anda peminat Lat juge? Bangga melihat karya kartunis tempatan mendapat tempat di mata luar.

    Jemput lihat koleksi buku Lat teman. Mana tahu mambantu jika ingin book hunt nannti hehehe
    http://kutubkhanahku.blogspot.com/2011/07/koleksi-buku-lat.html

    Salam perkenalan.. from another Lat fan!

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca