Santai-Santai: Perangai seperti budak-budak, yang harus kita kekalkan sehingga ke alam dewasa | www.sobriyaacob.com

Tuesday, April 26, 2011

Santai-Santai: Perangai seperti budak-budak, yang harus kita kekalkan sehingga ke alam dewasa

Lama saya jugak saya tak post something kat blog ni.. biasa la minggu-minggu terakhir practicle sibuk sikit nak bagi selesai saki baki kerja-kerja yang diberikan :)  kita semua pernah menempuh alam kanak-kanak (masa zaman-zaman belum akhil baligh lagi la), sebenarnya banyak persamaan antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa yang harus kita kekalkan, untuk mendewasakan kita seperti ...


Antaranya seperti: 


TIDAK MEMILIH KAWAN 

masa kita kecik, bila nak berkawan... tak reti lagi nak memilih, tak kesah la kau ni gemuk ke, kaya, bapak kau keja apa, semuanya masa kecik kita kawan dengan elok serta tak memilih-memilih, tak de lagi masa tu, konsep "memilih kawan" 

Begitu jugak bila kita dah dewasa jangan kita nak kawan dengan orang tu, kerana pangkat, harta, status, agama dan sebagainya.... kita kawan dengan semua orang selagi kawan kita tu, tak bawak kita ke jalan yang gelap macam tajuk cerita BOHSIA la, jangan pilih jalan hitam.


SEMUA ORANG BOLEH BERUBAH 

waktu kita kecil, kitalah jaguh kampung, bukan main nakal lagi, habih semua ayam, itik, biawak orang kampung nak lastik, walaupun nakal dan mak bapak,jiran tetanggan bukan main pening kepala, disebabkan kenakalan masa kecil.. tapi kalau dinasihat, dibasuh hari-hari, diajar, lambat laun akan berubah jugak perangai budak tu

sama jugak la, waktu kita dewasa kita kena banyak bersabar dengan pekara yang terjadi disekeliling kita .... kerana guru yang terbaik adalah pengalaman.. so daripada pengalaman kita masa budak-budak kita gunakan untuk memperbaiki diri pada zaman dewasa.. dan ingatlah sekiranya nanti kita punya anak buah nakal yang tak boleh dibendung lagi, kita pun dahulu macam tu jugak.. bagi nasihat sikit-sikit , lama-lama makan saman jugak la anak buah kita tu.. 


MEMPUNYAI TUJUAN HIDUP 

akan belajar slow-slow macam mana nak belajar fungsi mainan yang diberi

begitu jugak la apabila kita sudah dewasa, kita harus tahu matlamat, arah tuju hidup kita dalam hidup, apa yang kita nak agar kita semua tak ditipu dengan mainan dunia dan setan...


MEMPUNYAI SIKAP BERHATI-HATI DALAM KEHIDUPAN 

Yang terakhir waktu kecik-kecik dahulu pantang kalau orang tak kenal datang rumah, mesti takut-takut, malu-malu, tu yang sampai menyorok kat dalam bilik sampai waktu makan pun tak keluar lagi... punya la malu..

Waktu kita dewasa ni pun..sikap macam ni kita tak boleh nak buang, perasaan malu, curiga, was-was... biasa la mainan dunia kalau kita lepa sikit mesti kena tindas, seharusnya di alam dewasa ni kita kena la ada perasaan was-was, curiga... dengan orang yang kita baru kenal, supaya tidak mudah ditipu dan dipermainkan.

P/S: kesimpulannya, kita haruslah sedar bahawa kebanyakkan perangai kita daripada zaman kanak-kanak, haruslah dikekalkan sehingga dewasa, untuk mendewasakan kita lagi :)

10 comments:

  1. hilang kesucian?? haha mane kesucian tu pergi? ayooo

    ReplyDelete
  2. sherah: x mau..x mau mcm 2....ha..ha.. mungkin dah hilang kot... kna rendam dgn klorox nak membuang daki2 yg byak 2.. ha..ha..

    ReplyDelete
  3. budak2 tak reti berbohong...telus bicara mereka...

    ReplyDelete
  4. hahahha . cute sob pict ko . ;b

    ReplyDelete
  5. kak yong :terimas kasih..nanti sya singgah blog kak long k
    puteri duyung: yup btul
    ary : dlu dah kiut..skrg dah bsar smkin hensem dah bdak 2.. he..he..

    ReplyDelete
  6. setuju-setuju...
    npe bile da besar berubah kan..

    Recent post : CINTA SEKOLAH WAKTU DULU

    ReplyDelete
  7. betol. waktu kecik2, apa kita nak kt dapatkan jugak . tak teragak2 pun. kalau tak dpt kt nangis . skrg .. ? :(

    ReplyDelete
  8. kakyong:teng...
    puteraduyung: bdak2 x pandai bohong..org dwasa yg byak bkin msaalah
    ary : tq sya memang comer....errr....kmu pun kiut
    kotak bulat : yup ble bsar smua dah brbah....
    hayati hamzah : dulu smua smuua ok..tpi skrg....smua kna brsa sdri :)

    ReplyDelete
  9. hahaha.. nice.. tringt kenangn mse kcik....

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca