Tips Merancang Percutian : Part 2 | www.sobriyaacob.com

google advertising

Monday, April 4, 2011

Tips Merancang Percutian : Part 2


Sebelum ini saya telah memberikan tips merancang percutian di dalam Malaysia, sekiranya korang semua nak melancong ke keluar negara @ oversea,  perkara yang paling penting dalam list korang pertama, pastikan dokumen-dokumen penting seperti tiket kapal terbang, visa, nanti ingat pendatang asing pulak. Kedua pastikan membawa wang yang secukupnya, terutama wang ketika kecemasan.

yang paling penting sekali buat kajian dahulu tempat yang hendak dipergi, seperti pejabat kedutaan malaysia, bagi yang muslim, masjid,  kawasan makanan halal, keaadaan semasa tempat yang hendak dilawati dan tips-tips penting  mengenai kawasan setempat yang dapat membantu anda menikmati percutian dengan tenang dan selamat


Antara tips dan List yang penting dalam merancang percutian ke luar negara

  • Pastikan dokumen-dokumen penting termasuk tiket kapal terbang, passport dan cek kembara dibawa bersama sebelum memulakan percutian.
  • Membuat kajian terlebih dahulu mengenai destinasi pelancongan yang hendak dituju melalui Internet
  • Pilih agensi pelancongan yang boleh dipercayai.
  • Minta tips atau cadangan dari staf hotel mengenai tempat-tempat yang menarik dan selamat.
  • Jangan membawa terlalu banyak barang atau pakaian ketika melancong dan pastikan pakaian yang dibawa bersesuaian dengan destinasi yang   hendak dituju
  • Sentiasa berhati-hati dan jangan memakai barang kemas yang banyak ketika melancong
  • Pastikan membawa pakaian yang bersesuaian dengan tempat bercuti misalnya di pantai atau tanah tinggi bagi mengelakkan anda terpaksa membeli secara bidan terjun.
  • Membawa bekalan makanan yang kering seperti serunding dan air botol.
  • Paling penting mengetahu kadar pertukaran wang asing di kawasan yang dilawati untuk mengelakkan ditipu.

2 comments:

  1. tips yang menarik..
    sesui dgunakan utk bercuti
    tq 4 shre :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..tq
      hope that tips can help manage u holiday :)

      Delete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca