Santai-santai: Lelaki oh Lelaki | www.sobriyaacob.com

google advertising

Thursday, May 26, 2011

Santai-santai: Lelaki oh Lelaki



elaki oh lelaki? mungkin semua perkara ni patut difikirkan oleh kaum adam...
luahan dari kaum hawa!


PENDAPAT DARI KAUM HAWA.

CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang,
tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu,
tentu rasa tak selesa juga.
Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot.
Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.
Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana
seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya.
Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


Perasan
Aduhaiii…
lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik,
berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.
Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.
Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih.
Bukan semua wanita memandang pada paras rupa,
kalau dah terlebih-lebih perasan tuu…
ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
hahaha sedarlah!

Mementingkan diri sendiri
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni.
lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya.
Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…
egolah katakan!
Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

Control Mach
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak.
hancur je yang lebih kot!
Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.
Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda.
Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah
semacho yang disangkakan, tak guna juga!


TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya.
Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya.
Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu,
alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya.
Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil.
Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.



Saya rasa isu ni agak menarik juga, selepas isu politik dekat malaysia yang tak settle lagi!!, ingat wanita yang baik untuk lelaki yang baik, semua ini telah ditetapkan oleh tuhan, yang pasti kita sebagai manusia kita boleh mencari yang terbaik untuk diri kita sendiri....SEMUA ORANG BERHAK MEMBUAT PILIHAN TERBAIK BUKAN?.

kredit kepada aryana yaziz sekiranya hendak membaca entry sepenuhnya bolehlah ke blog aryana yaziz


5 comments:

  1. wweee ~~~ t0ink t0ink . gud boy ! hahaha ;')

    ReplyDelete
  2. <-- kuat perasan dah kontrol macho... Muehehehehhe...

    ReplyDelete
  3. aryana azia :ting tong..

    hafizn hafizol : ha..ha.. itu keunggulan yg ada dkat lelaki..he..he..

    ReplyDelete
  4. perkara2 di atas haruslah dielakkan ada pada diri seorang lelaki~~ :P

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca