KEDAH | www.sobriyaacob.com

google advertising

Thursday, May 26, 2011

KEDAH

Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 14 negeri yang membentukPersekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2

Kedah Darul Aman

SEJARAH PERKEMBANGAN AWAL KEDAH

Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.
Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.
Dilihat dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling. Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan (Wheatley 1961 : xxvi ; Braddle 1980 ).

Muzium Negeri
Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya.

GEOGRAFI
Kebanyakan penduduk Kedah adalah orang Melayu, dan sedikit orang Cina dan India. Anggaran populasi mengikut kaum pada 2003 ialah: Melayu (1,336,352), Cina (252,987), India (122,911), Bukan warganegara (35,293), Lain-lain (27,532).

EKONOMI DAN BUDAYA
Wayang Kulit
Terdapat beberapa jenis teater tradisional yang masih wujud di Kedah seperti Mek Mulung, Menora Kedah, Jikey dan Wayang Kulit Gedek (atau Wayang Gedek). Di Kedah, terdapat dua jenis persembahan Jikey iaitu Jikey Kedah dan Jikey Langkawi.
Suatu ketika dahulu, negeri Kedah terkenal dengan persembahan Makyong Kedah yang kini telah pun pupus. Begitu juga dengan Wayang Kulit Kelantan dan Wayang Kulit Melayu yang pernah bertapak di negeri Kedah.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KEDAH
kedah mempunyai banyak destinasi yang menarik untuk dilawati antaranya.
Di bawah senarai tempat menarik di kedah:
  • Puncak Janing Waterfall
  • Balai Besar
  • Balai Nobat
  • Bukit Kayu Hitam
  • Balai Seni Negeri
  • Batu Hampar Waterfall
  • Junjong Waterfall
  • Kota Kuala Kedah
  • Lata Mengkuang Waterfall
  • Lembah Bujang
  • Lasor Eco Park
  • Masjid Zahir
  • Menara Alor Setar
  • Ladang Anggur Sik
  • Lye Huat Garden
  • Muzium Negeri
  • Muzium Padi (Jelapang Padi Malaysia)
  • Pusat Sains Negara Wilayah Utara
  • Pantai Merdeka
  • Tasik Pedu
  • Pekan Rabu
  • Perangin Sik Waterfall
  • Rumah Kelahiran Mahathir
  • Rumah Merdeka
  • Seri Perigi Waterfall
  • Sungai Merbok Recreation Park
  • Sungai Sedim Tree Top Walk
  • Ulu Muda Eco Park
  • Ulu Paip Recreational Forest
  • Hutan Paya Laut
  • Ulu Legong Hot Springs
  • Titi Hayun Waterfall
  • Kulim
  • Gunung Jerai
  • Lata Mengkuang

Menara Alor Star

Muzium Padi (Jelapang Padi Malaysia)

Kesimpulan, setiap negeri dimalaysia mempunyai keunikan yang tersendiri.

Sumber: wikipedia
Gambar :Google

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca