NEGERI PERAK | www.sobriyaacob.com

google advertising

Friday, May 20, 2011

NEGERI PERAK

Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia).Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia (selepas Pahang).

Royal belum, perak


Zaman Kesultanan Melayu

Negeri Perak telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi, iaitu manusia telah menduduki negeri Perak semenjak 40,000 hingga 8,000 tahun Sebelum Masihi.
Legenda menceritakan tentang sebuah kerajaan Hindu-Melayu yang disebut Gangga Negara di Perak barat laut. penemuan arkeologi menunjukkan bahawa Perak telah didiami sejak zaman prasejarah.
Sejarah Kesultanan Perak bermula pada 1528 dengan kemahkotaan Sultan Muzaffar Shah I, keturunan Sultan Mahmud Shahdari Melaka. Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melaka.
Walaupun wangsa itu bermula dengan nasib yang baik, nasib itu tidak dapat dikekalkan kerana ia menjadi mangsa pihak Aceh, Bugis, Portugis, Belanda, Thailand dan kemudiannya British. Pihak Aceh telah dua kali melarikan Sultan berserta keluarganya ke Aceh, Sumatera.

Zaman Penaklukan British

Penemuan lapisan timah yang terkaya di dunia pada 1824 menarik pemasukan pendatang secara besar-besaran, terutamanya orang Cina. Dikaitkan dengan peraturan yang merumitkan tentang pewarisan serta orang bangsawan yang amat berkuasa, kerusuhan sosial dan politik yang dialami tidak dapat dielakkan. Campur tangan pihak British pada 1874menyebabkan penyelesaian yang sekurang-kurangnya memperlihatkan tolak ansur, iaitu Sultan dipujuk turun takhta dengan pembayaran pencen supaya waris yang sah boleh dimahkotakan. Seorang Residen British tiba untuk menasihatkan Sultan dan sepasukan polis tentera India diasaskan. Walaubagaimanapun, Residen yang baru itu tidak menerima sambutan yang popular dan beliau terbunuh pada 1877. Alangnya, Sultan yang baru telah terbabit dalam peristiwa ini dan dibuang negeri ke Seychelles. Seorang pemangku raja mengambil alih tempatnya dan sepuluh tahun kemudian diizin menjadi Sultan. Baginda mangkat tidak sampai sebulan selepas baginda menjadi raja.
Warisnya, Sultan Idris, terbukti menjadi salah seorang Melayu yang bijaksana. Negeri Perak menjadi makmur dan maju di bawah pemerintahannya. Keadaan kewangan dikawal dan langkah-langkah pertama untuk membentukkan negeri-negeri bersekutu diambil. Perak menjadi salah satu daripada negeri-negeri pertama yang membentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1897.
Pendapatan negeri Perak merosot apabila harga getah merosot selepas Perang Dunia I. Walaupun Sultan Idris mangkat pada 1916, waris-warisnya terbukti bijak dari segi pandangan.Sultan Alang Iskandar Shah berkhidmat dengan polis NNMB dan memainkan peranan yang penting dalam pengasasan Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 1930-an. Perak diserang dan ditewas oleh pihak Jepun pada Hari Raya Tahun Baru 1942. Walaubagaimanapun, Sultan Abdulazziz, bukan seorang raja yang senang digulingkan.
Negeri Perak memasuki Malayan Union pada 1 Februari 1948. Ia juga ikut serta negeri-negeri lain untuk membentukkan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, dan menjadi salah satu daripada negeri-negeri Malaysia pada 16 September 1963.

Ekonomi dan kebudayaan
Suatu ketika dahulu, persembahan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam) pernah bertapak di negeri Perak. Walau bagaimanapun, teater tradisional ini telah lama lenyap dari bumi Perak.
pokok getah
Sejak sejarah dikuasai oleh perlombongan timah dan getah, Perak mengalami kesulitan yang amat teruk dengan kemerosotan kedua-dua industri tersebut. Tindakan telah diambil baru-baru ini untuk mengubah ekonomi negeri Perak kepada sebuah ekonomi berdasarkan perindustrian dan pengilangan.

Destinasi terkenal
  • Pulau Pangkor
  • Air terjun Lata Kinjang
  • Air terjun Ulu Chepor
  • Air Terjun Tanjung Kala
  • Pantai Teluk Batik
  • Sungai Perak

pulau pangkor

taiping


Ipoh Railway Station

sumber: wikipedia dan perak tourism portal
gambar: google

10 comments:

  1. Salam. singgah sini ye~ Nice blog :)
    Sudi2 la visit me @ frommetoyou eh..arigatou..(^____^)

    ReplyDelete
  2. Teringin nak gi perak, jika diizinkanNya, insyaAllah.. ^_^

    ReplyDelete
  3. frmometoyou : tq...slulu singah kat blog frometoyou kalau rasa nak pg jepun..he..he.

    aretikz : ha..ha..dtg la kat prk...byak tmpat best :)

    ReplyDelete
  4. singgah lagi sini..org perak ke..cerita psl negeri perak ni..heee

    ReplyDelete
  5. frometou: he..he.. teman org perk sjati le..

    ezrai : tq... :)

    ReplyDelete
  6. wow cantiknyee perak..

    follower 172

    ReplyDelete
  7. org perak ye...same la kite..perak xsah xde anis..weeee

    ReplyDelete
  8. ayie ; PERAK memang cantik...he..he..

    anismelon: sama le kite er..ha..ha..btul x dak anis.. x dak la prak.. :)

    ReplyDelete
  9. Ϲhеck out thе VH erotic massage at the Ritz-Carlton Granԁe Laκеs located right
    down the ԁгain, you may experience some
    tickling when уour manicurіst using the pumice stοne tyρe heaԁ pіecе, for my fеetsies.


    My homеpagе; sensual massage London people

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca