NEGERI PERLIS | www.sobriyaacob.com

google advertising

Monday, May 30, 2011

NEGERI PERLIS

Negeri Perlis Indera Kayangan (atau Perlis Darul Sunnah) merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebalah selatan.




ASAL NAMA NEGERI PERLIS

Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal-usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang diketahui:-

Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil, terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau Perlis.

Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.

Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di Nusantara iaitu Tok Perlis.

Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘perlus’. Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan ‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah, Perlis mendapat namanya.

Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok perlis. Pokok ini dahulunya tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut, terutama sekali di kawasan pinggir sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus.

Meskipun terdapat banyak kisah atau andaian tentang asal-usul nama negeri Perlis, kebanyakan sejarawan percaya bahawa negeri Perlis dinamakan bersempena dengan nama pokok perlis.


SEJARAH NEGERI PERLIS

Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.

Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.

Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.



MAKLUMAT RINGKAS MENGENAI PERLIS


Perlis merupakan destinasi yang paling sesuai untuk percutian yang bersifat semulajadi kerana ia jauh dari kesibukan kota yang mana anda tidak perlu berebut dengan kesesakan lalu lintas, persekitarannya yang segar semulajadi dan yang paling utama ialah kos perbelanjaan di Perlis ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan bandar besar.


Hutan lipur bukit ayer

Dari bulan Januari sehingga April, cuaca di sini selalunya panas dan kering. Manakala dari bulan September sehingga Disember adalah musim hujan. Suhu direkodkan di antara 21°c hingga 32°c dan purata hujan tahunannya di antara 2000ml hingga 2500ml setahun. Walaupun Negeri Perlis kecil, ia tidak terkecuali dengan tarikan produk pelancongan dan ia mampu memberikan pengalaman yang menarik kepada pengunjung yang datang ke Perlis. 



EKONOMI

Ekonomi negeri didominasi oleh pertanian, terutamanya beras, gula dan buah-buahan. Perhutanan dan perikanan juga merupakan industri yang mustahak, dan negeri ini sedang mengambil tindakan untuk menarik perusahaan kecil dan sederhana.


KEBUDAYAAN

Negeri Perlis sememangnya terkenal dengan kesenian Melayunya seperti Jikey Perlis, Makyong Laut dan Wayang Kulit Gedek (atau Wayang Gedek).Kebaya Perlis merupakan pakaian tradisional yang terkenal di negeri Perlis.

Laksa Perlis

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PERLIS.

  • GUA KELAM

Gua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di Malaysia iaitu gua yang berukuran 370-meter panjang yang berhampiran dengan pekan kecil Kaki Bukit. Gua Kelam terletak di Kaki Bukit yang jauh lebih kurang 36 km dari Bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Terbaru, Gua Kelam bakal menjadi tarikan baru di Perlis.

  • TAMAN NEGERI

Taman Negeri terletak di Sempadan Barat Negeri Perlis di mana Semenanjung Malaysia bercantum dengan Thailand. Ia berkedudukan di atas Banjaran Bukit Batu Kapur yang terpanjang di Malaysia (Banjaran Nakawan). Ia mempunyai lereng bukit yang diselubungi hutan tebal, dinding batu yang curam, anak sungai dan gua yang terpanjang. Taman Negeri terdiri dari hutan simpan Mata Ayer dan Hutan Simpan Wang Mu.

  • BANDAR DIRAJA ARAU

Taman Negeri terletak di Sempadan Barat Negeri Perlis di mana Semenanjung Malaysia bercantum dengan Thailand. Ia berkedudukan di atas Banjaran Bukit Batu Kapur yang terpanjang di Malaysia (Banjaran Nakawan). Ia mempunyai lereng bukit yang diselubungi hutan tebal, dinding batu yang curam, anak sungai dan gua yang terpanjang. Taman Negeri terdiri dari hutan simpan Mata Ayer dan Hutan Simpan Wang Mu.

  • PADANG BESAR

Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Ini kerana kebanyakan barangan yang dijual disini diimport dari negara Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan. Begitupun, tarikan pengunjung kesiniImage tentulah kepada kedai–kedai yang menjual barangan tiruan yang berjenama terkenal. Waktu urusan bagi urusan keluar masuk sempadan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam bagi pintu Padang Besar.


Sumber: WIKIPEDIA & PORTAL RASMI KERAJAAN NEGERI PERLIS (klik sini)
Gambar: google

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca