Fakta Ringkas Mengenai Malaysia - Part 2 | www.sobriyaacob.com

Thursday, June 30, 2011

Fakta Ringkas Mengenai Malaysia - Part 2


Malaysia pernah dikenali dengan nama Tanah Melayu dan juga  Malaya, I-Tsing, Malaiur, Maliyur, Malayo di kalangan negara China, India dan Barat

Kedudukan Perdana Menteri Malaysia dikatakan mengambil sempena nama RAHMAN iaitu nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Turutannya adalahRahman, Abdul Razak, Hussein Onn, Mahathir, Abdullah dan Najib dan ternyata Teori RAHMAN ini berlaku.

Pengisytiharan kemerdekaan Malaysia ialah pada 20hb Feb, 1956 oleh Tunku Abdul Rahman di Bandar Hilir, Melaka namun kita telah memilih 31hb Ogos, 1957 sebagai hari kemerdekaan untuk Malaysia menerusi gabungan negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan Singapura.

Bendera Malaysia mula digunakan secara rasminya pada 16hb September, 1963. Ianya direka oleh En. Mohamad Bin Hamzah dari Johor Bahru. Beberapa pengubahsuaian telah dibuat dan akhirnya disahkan oleh King George VI pada 19 Mei  1950.

Pokok getah bukanlah pokok semulajadi yang tumbuh di Malaysia. Ianya telah dibawa ke negara ini oleh H.N. Ridley dari London’s Kew Gardens pada tahun 1877.
Rakyat Malaysia bertutur dalam sejumlah 137 bahasa hidup, yang mana 41 daripadanya dipertuturkan di Semenanjung Malaysia.

Wayang pertama yang ditayangkan di Malaysia ialah filem Laila Majnu pada tahun 1933 yang diterbitkan oleh Motilal Chemical Company, Singapura.
Malaysia adalah negara ke-24 paling selamat untuk dikunjungi dan tempat ke-10 dari segi kualiti pendidikan.

Penang Free Shool yang dibuka pada tahun 1816 merupakan sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara. Pengasasnya ialah Paderi Sparke Hutchings.

Landasan keretapi pertama ialah diantara Kuala Sepetang ke Taiping yang dibina pada tahun  1885 manakala lapangan terbang yang pertama pula ialah Lapangan Terbang Sungai Besi yang dibina pada tahun 1930.

“Tun” merupakan anugerah gelaran tertinggi di Malaysia dan hanya boleh dikurniakan oleh Yang Dipertuan Agong Sahaja. Gelaran ini juga dihadkan kepada 25 orang penerima sahaja.

Tanjung Piai yang terletak di Pontian, Johor merupakan penghujung bagi benua Asia Tenggara

Datuk Seri Najib Razak merupakan ahli kabinet paling muda apabila ditawarkan sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telemunikasi dan Pos pada tahun 1978. Usia beliau pada ketika itu ialah 25 tahun.


5 comments:

  1. wahhh !! aku baca sejarah malam2..terbaik lah VL !!! clap clap hahaha...

    thanx share...rasa mcm lama x dtg sini ek..hai sobri *lambai2...hehe

    ReplyDelete
  2. vempire love : ha..ha..saya suke sjarah.. jom kita tpuk tgn skali..he..he..

    ReplyDelete
  3. fakta yg menarik utuk perongsian bersama..
    p/s:-dah lama tak bace fakta sejarah...huhuhuhu...:P

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca