Tips: Innovative = Ubah 10% sahaja. | www.sobriyaacob.com

google advertising

Monday, June 13, 2011

Tips: Innovative = Ubah 10% sahaja.

Kebanyakan perniagaan yang berjaya dalam era ini adalah perniagaan yang inovatifoleh kerana terlalu banyak perniagaan yang sedia ada di pasaran. Dulu-dulu, perlu kreatif ketika persaingan adalah kurang.

"Innovative bermaksud mengubah sesuatu yang sedia ada menjadi baru. 
Kreatif pula bermaksud mencipta sesuatu yang baru."



Rahsia untuk menjadi innovative, senang sahaja. Iaitu, hanya ubah 10% sahaja daripada “original’. Tidak perlu ubah terlalu banyak.
Perniagaan yang berjaya ketika ini adalah mereka yang hanya mengubah 10% sahaja dari model asal. Contoh:
  • Model asal adalah kedai gunting rambut biasa. Model inovatif adalah kedai gunting rambut pantas 15 minit (contoh: X-Cut)
  • Model asal adalah kedai kopi. Model inovatif adalah kedai kopi berprestij(contoh: Starbucks)
  • Model asal adalah menjual tudung. Model inovatif adalah menjual tudung yang berharga tinggi (contoh: tudung Ariani)

Mengubah terlalu banyak sesuatu model perniagaan akan mengelirukan pengguna- dan menyukarkan promosi anda. Mengubah sedikit sahaja (10%), tidak akan mengelirukan pengguna oleh kerana pengguna agak biasa/familiar dengan model asal.
Bila anda melakukan perniagaan, tidak kira perniagaan Internet atau bukan Internet, fikirkan bagaimana anda boleh bezakan diri anda dan pesaing dengan hanya 10%!


p/s: baru saya paham untuk menghasilkan, untuk menghasilkan sesuatu jenama yang hebat, produk dan perkhidmatan yang hebat tidak semestinya menghasilkan produk dan perkhidmatan baru, cukuplan menghasilkan perubahan sebanyak 10%, mengikut idea kita yang boleh menghasilkan satu X-FACTOR terhadap produk dan perkidmatan kita  hasilkan. 
baru saya tahu!!  tak pernah terfikir pun selama ni. 
kredit: irfan khairi

2 comments:

  1. serius???
    hrmmmm
    cuma 10% da capai inovasi
    giler la weyh
    macam ni aku nak buat inovasi bagi produk pensil la
    :P

    ReplyDelete
  2. yup nas..
    aku pun x tpikir ubah inovasikan 10% sesuatu produk ikut idea kita..bleh crate idea gempak...
    ar ah..lpas ni ko ubah pensil kayu..jdi pensil besi plak..
    dah kaya.. leh shre dgn aku..he..he..

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca