Sekiranya anda inginkan follower sebanyak 98715, jangan melakukan 10 pekara ini! | sobriyaacob.com

Friday, June 24, 2011

Sekiranya anda inginkan follower sebanyak 98715, jangan melakukan 10 pekara ini!



Salam semua, tadi semasa buat BW, dekat blog  geng blogger yang lain terjumpa dua entry yang menarik ni! pertama met bujang, tu yang saya sendiri pandai-pandai buat fakta jumlah bloger  kat malaysia sebanyak 98715 dan entry ke dua dari bro kulanzsalleh, iaitu blogger jangan lakukan 10 perkara ini, bila saya campurkan kedua-dua entry ni, maka terlahirlah entry untuk malam ni, sekiranya anda inginkan folower sebanyak 98715, jangan melakukan  10 pekara ini!. walaupun macam bunyi copy and paste dari entry orang lain, yang penting sharing is caring:DD

setalah saya membaca kedua-dua entry ni, sekiranya anda ingin menjadi blogger yang bagus dan inginkan follower yang setia seramai 98715, di bawah ini adalah tip-tips yang harus kita semua ikuti untuk menjadi seorang blogger yang berjaya dan dihormati. Jangan jadi blogger yang ramai pengikutnya kerana isu yang dipaparkan adalah pekara yang negetif dan banyak unsur-unsur penipuan dalam penulisan, biarlah kita dihormati kerana kejujuran yang kita tulis






Menjadi seorang blogger bukan sekadar menulis artikel di blognya. Dalam masa yang sama kita juga perlu melalui satu proses pembelajaran. Bermula daripada pembelajaran asas seperti membuat perenggan dan penjajaran penulisan hinggalah belajar menghasilkan artikel yang berkualiti, mempraktik teknik SEO dan mengubahsuai template blog. Ringkasnya, proses pembelajaran itu berlaku sepanjang masa tidak kira anda seorang blogger baru atau blogger lama.
Jadi kali ini saya berkongsi sesuatu yang mungkin boleh dijadikan panduan dalam proses pembelajaran berkenaan. Perkataan JANGAN digunakan kerana mengambil kira, “Mencegah lebih baik daripada mengubati”. Perkara yang dinyatakan adalah secara umum dan susunan tidak dibuat mengikut mana yang lebih penting.
1.  Jangan malu untuk bertanya
Selalulah bersikap positif untuk memperbaiki kekurangan. Jika ada perkara yang benar-benar anda tidak faham berkaitan dengan artikel yang ditulis atau perkara umum tentang blog tanyalah penulis atau pemilik blog berkenaan. Ada bermacam cara menyalurkan pertanyaan itu sama ada melalui ruangan komen atau cuba hubungi mereka melalui email yang disediakan jika ia tidak patut dibincang secara terbuka. Mereka yang mempunyai ilmu pula janganlah kedekut untuk berkongsi dengan orang lain. Ilmu tidak sama seperti wang yang disimpan dalam bank. Semakin banyak anda simpan, semakin besar bunganya. Lagi berfaedah kalau ilmu dikongsikan dan disebarkan kepada orang lain.
2.  Jangan memaksa diri
Menerbitkan entri secara teratur seperti yang diamalkan oleh profesional blogger dan blogger sepenuh masa memang sangat digalakkan tetapi janganlah memaksa diri untuk menulis seperti mereka hingga sanggup menerbitkan entri tanpa tajuk! Blogger profesional/sepenuh masa jarang berhadapan masalah menguruskan blog kerana selalunya mereka memiliki jadual khusus untuk menguruskan blog. Sebahagian blog pula diuruskan oleh beberapa orang penulis jadi masing-masing boleh memberikan fokus kepada bidang masing-masing. Ini berbeza dengan penulis blog yang menjadikan aktiviti itu sebagai hobi yang kadang terpaksa menguruskan banyak perkara lain terutamanya pekerjaan atau pelajaran. Daripada buang masa memikirkan apa hendak anda tulis, lebih baik luangkan masa menguruskan aspek blog, membaca komen, membaca dan mengomen blog lain atau cuba pelawa penulis jemputan menyumbang artikel di blog anda seperti yang selalu dilakukan oleh denaihati.
3.  Jangan takut untuk memulakan perhubungan
Mungkin anda seorang yang pendiam dan segan dalam banyak perkara. Tapi kenapa harus takut dalam memulakan hubungan baik sesama blogger. Apa kata ubah sedikit sikap anda dan cuba beramah-mesra dan menjalin kerjasama dengan komuniti blogger lain. Ada banyak lagi blog di luar sana yang mungkin belum anda dilawati. Kalau menurut enjin carian, di Malaysia (Pages from Malaysia) blog yang menggunakan platform blogspot.com sahaja ada lebih kurang 9,980,000, manakala wordpress.com lebih kurang 889,000. Itu belum termasuk blog yang menggunakan domain berbayar. Walaupun ia bukanlah satu jumlah yang tepat (mungkin sebahagiannya juga sudah tidak aktif) tetapi mungkin suku daripadanya masih boleh dilawati.
4. Jangan menulis secara membabi-buta
Menulis berita panas atau melibatkan gosip tertentu memang sesuatu yang menyeronokkan. Kadang boleh menjadi suatu kebanggaan terutama jika anda merupakan orang pertama yang menyebarkan gosip panas berkenaan. Apa lagi, tentunya berduyun-duyun pelawat datang ke blog anda. Tapi adakah anda pernah menjangkakan kesan berikutnya daripada tulisan tersebut? Kalau gosip panas itu memang betul tak kisahlah sangat. Bagaimana jika apa yang anda tulis itu salah? Bersediakah anda didakwa ke mahkamah oleh individu berkenaan? Maka sebaiknya janganlah terlalu ghairah menulis cerita panas sehingga boleh menjejaskan kredibiliti anda sebagai penulis blog dan juga sampai mengaibkan orang lain. Pastikan anda menulis fakta yang tepat dengan cara buat rujukan atau pembacaan terlebih dahulu.
5. Jangan terlalu cepat menjatuhkan hukuman
Bagaimana pula jika anda mendapat cerita hangat daripada portal berita? Sebagai contoh, anda membaca tentang seorang guru disiplin dituduh mencabul pelajarnya. Anda berkongsi berita tersebut di blog dan menyatakan betapa geramnya anda tentang cikgu berkenaan hingga keluar ayat-ayat yang keterlaluan. Hey hello.. itu sudah menghukum namanya. Kalau anda benar-benar pasti atau punya bukti lengkap tentang tuduhan berkenaan baguslah sebab anda boleh menawarkan diri jadi saksi dalam perbicaraan nanti. Tapi kalau setakat mengetahui hal tersebut di berita, ada baiknya buat penafian yang artikel anda bukan untuk menghukum tetapi sekadar menjadikan kisah tersebut sebagai ingatan dan pengajaran.

blogger
6.  Jangan takut untuk mempelbagaikan topik
Topik atau fokus penulisan selalunya bergantung kepada pembaca. Sebab itu ada perkara yang kita tulis sangat menarik kepada sesetengah orang tetapi amat menjengkelkan bagi orang lain. Sebagai contoh, jika anda menulis tentang Akademi Fantasia, tentunya ada sebahagian blogger tidak tidak tertarik dengan penulisan tersebut, tetapi ia tetap menjadi tarikan pembaca di luar sana. Sebaliknya jika saya tulis tentang SEO, PageRank atau tips mendapatkan Buffered Earning daripada Nuffnang, mungkin hanya blogger sahaja yang mahu membacanya. Jadi jangan takut untuk menulis pelbagai topik di blog masing-masing. Lebih banyak topik yang kita tulis, lebih ramai yang akan mendapat manfaat. Anda pun dapat pulangan juga kan?
7.  Jangan rumitkan keadaan
Mungkin kita pernah menulis tentang sesuatu atau seseorang. Secara tidak sengaja kita tersilap pada mana-mana bahagian sehingga menyebabkan mereka tersinggung atau memberikan kesan yang lebih besar seperti mengaibkan individu berkenaan. Jika berlaku keadaan seperti ini, segeralah menarik balik kenyataan tersebut. Tidak kira dengan apa cara sama ada dengan memadam artikel berkenaan atau membuat kenyataan memohon maaf. Jangan cuba menegakkan benang yang basah atau “besar kepala” tidak mengakui kesilapan. Sikap sebegini bukan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan merumitkan lagi keadaan.  Lagipun belum ada tercatat dalam peradaban manusia yang martabatnya akan jatuh jika meminta maaf.
8. Jangan abaikan kritikan
Mungkin anda pernah membaca kritikan di mana-mana blog yang secara langsung (walaupun tidak dinyatakan) ia sebenarnya ditujukan kepada anda. Anda faham maksud penulis tapi dalam fikiran anda: “Alahh.. aku tak kisah pun“. “Blog aku.. aku punya suka“. Kalau itulah fikiran anda, cepat-cepatlah buang kerana ada sesetengah perkara di dunia ini yang kita tidak nampak tapi orang lain nampak. Jadi cubalah meluangkan sedikit masa memikirkan kritikan tersebut, memperincikan poin yang mereka perkatakan dan usahakan untuk memperbaikinya. Mereka mengkritik bukan bermaksud mereka sempurna tapi sekadar memberi ingatan untuk kebaikan. Tapi janganlah pula sampai tidak tidur malam memikirkan kritikan orang lain. Yang penting bijak menilai mana kritikan yang boleh diberi perhatian dan mana tidak.
9.  Jangan terlalu prejudis terhadap blogger lain
Secara spesifiknya (préjudis) adalah bermaksud rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb. Sedar tidak sedar dalam komuniti blog pun sikap ini kadang-kala wujud juga. Ada sesetengah blogger memiliki rasa tidak suka kepada blogger sana tanpa sebarang sebab yang munasabah. Sebahagiannya pula terlalu menyokong blogger sini walaupun tahu ada perkara yang bertentangan. Misalnya kita baca tulisan di Blog A mengatakan Blog B telah melakukan sesuatu yang melanggar etika blog. Tanpa usul-periksa atau mengetahui kisah sebenarnya anda menyokong kenyataan Blog A. Malah siap memberikan kutukan bertubi-tubi kepada Blog B padahal anda langsung tidak terlibat dalam situasi berkenaan. Maka di sinilah jelas telah timbul sikap prejudis dalam diri anda. Apapun, saya tidak katakan yang bersikap prejudis itu 100% salah. kerana dalam sesetengah keadaan ianya masih lagi diperlukan.
10.  Jangan Abaikan SEO
Blogger profesional kadang menghabiskan masa agak lama untuk mengkaji SEO blog masing-masing. Ada yang menggunakan keyword toolsSEO DoctorWebsite Analysis dan sebagainya semata-mata bagi memastikan setiap artikel yan dihasilkan mesra enjin carian. Semua itu dilakukan bagi memastikan setiap artikel yang mereka hasilkan mendapat tempat yang baik di enjin carian jadi mudahlah untuk mendapat trafik organik dari pengunjung yang mencari berbagai kata kunci. Cuma seperkara yang ingin saya kongsikan, menarik trafik organik biarlah dilakukan secara beretika. Tidak menjadi kesalahan jika anda memasukkan banyak kata kunci menarik, cuma jangan menipu pencari maklumat dengan kata kunci atau tag yang langsung tiada kaitan dengan artikel.
P/S: setelah baca tip dekat atas, memang saya akui, hendak menjadi seorang blogger yang berjaya seperti senarai bloger yang berjaya  yang dibuat oleh met bujang memang susah,   sekiranya dapatkan follower 5% dari 98715 pun saya sudah bersyukur sangat-sangat!!. Sebenarnya saya suka cara met bujang kira anggaran follower kat malaysia he..he.. pandai formula dia buat, menarik!.
kREDIT: met bujang dan kulanzsalleh

19 comments:

  1. haha Thanx menarik ! tips baek untuk aku jugak hihihi

    ReplyDelete
  2. meet bujang : ur wc.. sharing is caring ...he..he

    ReplyDelete
  3. berita sensasi: sama2

    sahroil:aku sokong 200% gak!!

    ReplyDelete
  4. huish ramai sgt tu 98k.heheh.nway thanks for sharing ye.

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang mcm ni sememangnya bergune :)

    ReplyDelete
  6. bleh la amalkan pasni.. hihii~ thanx 4 the info.. ^_^

    ReplyDelete
  7. from me 2you: he..he..berangan je dlu!

    ReplyDelete
  8. hyemynameisrasyid: tq bro

    susaha: boleh2 amalkan..he..he..

    ReplyDelete
  9. info menarik utuk dikongsi bersame..tahnks ye..(^_____^)
    sy akan cuba praktikkan lepas nie...

    ReplyDelete
  10. dulu saya ni pemalu gak,susah nak memberi pendapat,tapi sejak jadi blogger ni,sifat tu kena buang,klu nak jadi blogger yg berjaya

    ReplyDelete
  11. waahh banyak feed back yang cun2 hehe aku tolong jugak bro kita kan partner kah3

    ReplyDelete
  12. terbang bersama: sma-sama

    ct honey: stuju kadang2 dri pnlisan blog ni dapat memupuk salah satu potensi diri..kita yg sndiri x tau :)

    ReplyDelete
  13. yep..dalam blog ni sebenarnya byk tips..masing2 ade cara tersendri..:)

    ReplyDelete
  14. menarik... apa juga yg dilakukan eloklah beretika... barulah dihormati... thnx kongsi info...

    ReplyDelete
  15. yes...
    aku sokong dgn semua tips ni!!!!
    terbaek! :)

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca