Penang Trip : Pantai Batu Ferringi, Teluk Bahang Dam & Masjid Terapung Pulau Pinang. | sobri Yaacob Blog

Friday, September 16, 2011

Penang Trip : Pantai Batu Ferringi, Teluk Bahang Dam & Masjid Terapung Pulau Pinang.



Salam 1 Malaysia, entry ini adalah sambungan daripada daripada jom ronda-ronda di Pulau Pinang part 1, sekiranya anda terlepas untuk membaca entry yang lepas bolehlah (klik sini)

kali ini saya ingin membawa anda seterusnya mengembara ke destinasi seterusnya di Pulau Pinang, destinasi pertama kita iaitu di Teluk Bahang Dam, pulau pinang. Bagi anda yang tidak sukakan kesesakan dan mencari ketenangan, destinasi ini sangat sesuai untuk dilawati. 


Ok ini adalah sedikit sebanyak informasi mengenai Teluk Bahang Dam, Pulau Pinang

Empangan Teluk Bahang adalah empangan yang terbesar di Pulau Pinang, dibina untuk menyediakan bekalan air kepada Empangan Ayer Itam dan Waterfall Botanic Garden, terletak di bahagian selatan teluk bahang. Empangan ini mempunyai ketinggian 58,5 meter dan panjang 685 meter, Puncak 12 meter tebal, Empangan Teluk Bahang sering digunakan sebagai tempat untuk perlumbaan perahu naga antarabangsa 



seperti yang anda semua boleh lihat di sebelah kiri, nampak seperti bukit! itulah sebenarnya adalah empangan Dam, teluk bahang. Bayangkan berapa banyak air yang ditakung untuk kegunaan penduduk setempat, Destinasi ini juga dijadikan sebagai tempat pertandingan perahu naga antarabangsa. sekiranya anda ke sini pasti anda akan berasa kagum dengan seni bina pembinaan empangan ini, sungguh hebat!! 


Pemandangan di sini sangat menarik, walaupun saya pertama kali menjejakkan kaki di Dam ini, hati saya terus terpikat dengan kecantikan ciptaan ilahi, sejuk mata memandang ibarat bulan jatuh ke riba? ( tak salah kan nak berfalsafah sikit bukan?) Mujurlah dengan bantuan D3100 hasrat saya untuk bergambar di sini menjadi kenyataan, Terima kasih D3100 awak memang hebat!!... 

Seterusnya kita teruskan pengembaraan kita ke pantai miami, pulau pinang.


Antara maklumat mengenai pantai miami (MIAMI BEACH) yang boleh dikongsikan bersama, Dikenali sebagai pantai miami, terletak kira-kira 12 kilometer ke barat Georgetown, anda akan menjumpai papan tanda pantai miami dahulu sebelum papan tanda ke batu feringgi, teluk bahang dan ke tanjung bungah. Anda akan melihat tanda jalan raya kecil bagi ke pantai miami selepas 10-15 memandu menuju ke arah Batu Feringgi.

Sebab utama saya mencadangkan pantai miami, kerana pantai ini lebih tenang dan tidak terlalu padat berbanding pantai-pantai yang terdapat di batu feringgi. Bagi anda yang sudah berkeluarga, yang inginkan kedamaian pantai miami adalah pilihan yang tepat.



Sekiranya anda datang bersama keluarga atau kawan-kawan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan, antara BBQ dan beriadah di sekitar pantai miami kerana mempunyai pantai yang cantik dan bersih. Kemudahan asas seperti tandas, bilik mandi dan surau disediakan, anda juga boleh "lepak-lepak" di gerai-gerai dan cafe yang di sediakan.



Pastinya kunjungan anda ke pantai miami akan meninggalkan seribu satu kenangan yang manis di dalam diri anda. pengembaraan kita untuk destinasi terakhir untuk entry kali ini ialah Masjid Terapung, Pulau Pinang. Masjid ini terletak di tepi pantai dan ketika air pasang kelihatan masjid ini seperti terapung-apung di permukaan air. Rekaan masjid ini adalah gabungan seni bina tempatan dan Timur Tengah. Keindahan senibinanya berkonsepkan bentuk mutiara selaras dengan jolokan sebagai "Mutiara Timur".



Pemandangan di masjid terapung pada waktu malam dan pada waktu siang.

Ruang sembahyang utama boleh memuatkan kira-kira 1,000 jemaah dan 500 lagi di bahagian luar. Masjid baru dengan keluasan 1,295 meter persegi itu mempunyai ruang solat lelaki dan wanita serta boleh menampung kira-kira 250 kereta. Bagi muslim anda semua boleh singgah ke masjid ini untuk menunaikan ibadah solat sekiranya ke batu Feringgi. Masjid itu juga dibuka kepada orang Islam dan bukan Islam yang ingin melihat struktur yang unik terutama apabila lampu dipasang pada waktu malam.


Pemandangan di sekitar masjid terapung, anda boleh menyaksikan pemandangan laut dan pantai, memang cantik terutama pada waktu senja ketika hendak menunggu waktu maghrib masuk, indahnya ciptaan allah. Tidak silap saya flet kuning di sebelah kanan adalah flet yang menggantikan rumah-rumah yang rosak atau hilang akibat Tsunami.

Tempat-tempat yang menarik seterusnya akan saya postkan di entry-entry yang akan mendatang, ingat pesanan saya melanconglah di Malaysia kerana banyak lagi tempat yang belum kita terokai!! siapa lagi yang hendak sokong industri perlancongan kita kalau bukan kita sendiri warga Malaysia. 

~Terima kasih




10 comments:

  1. Wah indahnya!
    Saya suka foto pantai dengan anak-anak berlarian, membuat saya berimajinasi sedang ada di sana.
    Masjidnya juga megah, pasti makmur dengan jamaah.

    ReplyDelete
  2. nice captures! =}

    penang reminds me to ferringhi, lorong kulit, chowrasta n lot more..
    the best i can recall, komtar (dulu)..mase zmn kegemilangan komtar dulu2..sblm ada shopping malls sekarang..
    last pegi penang, nak naik bukit bendera, tp tutup laks.. ;{

    ReplyDelete
  3. wahhh... dah lama tak menjejak kaki ke sana. huhu

    ReplyDelete
  4. Last time g penang awal tahun ritu... Time raya cina....sunyi sepi town penang malam raya cina tu... Salah time pegi penangn...hheee

    ReplyDelete
  5. jom pi penang. haha~

    wah, entri promote cuti2 Malaysia. bagus2 =)

    ReplyDelete
  6. wah meronda sakan ni... sangat banyak gambar menarik

    ReplyDelete
  7. pergh lama tak pergi tepi pantai..rindu plak..huhu

    ReplyDelete
  8. Kenapalah x perasan ada pantai miami nie..

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca