Tip: Jadikan Inovasi Satu Budaya | www.sobriyaacob.com

google advertising

Thursday, October 6, 2011

Tip: Jadikan Inovasi Satu Budaya





Inovasi adalah perubahan cara berfikir untuk mendapatkan hasil atau produktiviti yang lebih baik dari semasa ke semasa. Ia bukan hanya berkaitan sains dan teknologi semata-mata.

Inovasi juga bukan hanya untuk golongan profesional tetapi perlu difahami oleh masyarakat dari pelbagai taraf sosial tidak kira di bandar atau pedalaman.
Seorang petani boleh melakukan inovasi dengan mengubah pisau atau peralatan yang digunakan di ladang supaya mampu menghasilkan lebih banyak produktiviti. Seorang nelayan yang mengubah suai jala untuk menangkap lebih banyak ikan juga melakukan inovasi. Kedua-dua contoh ini adalah inovasi akar umbi.
Kuih yang dijual di kampung dan dibungkus dengan menarik mungkin boleh dijual pada harga yang lebih tinggi. Bungkusan baru yang lebih menarik adalah satu inovasi. Nasi lemak yang dijual di kafe gedung membeli-belah lebih mahal berbanding nasi lemak yang disediakan menggunakan ramuan yang sama dan dijual di warung-warung di kampung. Di kafe, pelanggan perlu membayar harga inovasi seperti lauk tambahan dan suasana yang lebih selesa.
p/s:  steve jobs, taught us no man could teach in lifetime, he taught us the value of hardwork, cretion, innovation, trial and error, passion  :)  fikir-fikirkanlah..
risau dengan program yang team kitorang nak handle, doakan kejayaan team kitorang. 
p/s: siapa yang ada kenal usahawan iks dekat kawasan pulau pinang boleh mesej dekat saya, untuk program ini (klik sini) kalau boleh kitaorang nak berkerjasama dengan iks untuk menjayakan program ni. terima kasih.





4 comments:

  1. betul tu, minda kena kreatif...

    ORANGPERLIS MENULIS (update):
    : Sebuah Kisah Review: AL-HIJAB
    GOOFSPOTONFILM (update):
    Movie Mistakes: HANTU BONCENG

    ReplyDelete
  2. siapa yang bijak melakukan inovasi, maka dia berpeluang besar untuk mendominasi

    ReplyDelete
  3. orang perlis menulis : yah minda kna kretif..
    bfikiran out of box!!

    ReplyDelete
  4. sabree : yup.. tapi kalu dah mendominasi jgnlah tindas hak org lain :)

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca