Penang Trip: Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang | www.sobriyaacob.com

Saturday, October 1, 2011

Penang Trip: Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang



Salam 1 Malaysia, ini adalah sambungan entry pengembaraan kita seterusnya meneroka destinasi perlancongan yang ada di sekitar pulau pinang sebelum ini saya ada berkongsi kawasan-kawasan yang menarik di sekitar Pulau Pinang, seperti di Empangan Dam Teluk Bahang, Pantai Miami, Batu Feringgi, Jeti Teluk Bahang dan banyak lagi. sekiranya anda terlepas untuk membaca entry-entry berikut bolehlah klik ke (part 1) dan (part 2


Entry saya untuk kali ini akan memfokuskan ke destinasi perlancongan yang paling popular bagi pencinta alam, iaitu Taman Negara, Teluk Bahang Pulau Pinang. Bagi anda yang sukakan aktiviti luar seperti berkhemah, jungle tracking dan pelbagai aktiviti luar lain, Taman negara teluk bahang merupakan pilihan destinasi yang tepat dan pasti memberikan kepuasan yang maksimum kepada anda!.

Pintu masuk ke taman negara teluk bahang (melalui jalan darat)

Ini Antara Sedikit Sebanyak Info Mengenai Taman Negara Pulau Pinang

  • Taman Negara Pulau Pinang terletak dipinggir Timur Laut Pulau Pinang dengan berdepankan Selat Melaka. Sekiranya dari Kuala Lumpur ianya sejauh lebihkurang 400km dan hanya 30km (45 minit) dari Bandar Goergetown. Pulau Pinang. 
  • Taman Negara ini bersempadankan dengan kawasan metropolitan dengan keluasan 1,213 hektar meliputi hutan pantai dan bukit malahan kaya dengan flora dan fauna. Hutan ini dahulunya diperlindungi dengan nama Hutan Simpan Pantai Acheh dan dibezakan dengan 5 habitat yang berlainan berbanding dengan kawasan perlindungan di tempat lain seperti tasik meromiktik, tanah lembap, pelantar lumpur, batu karang dan pantai penyu bertelur. 
  • Terletak di sebelah pesisiran pantai Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara. 
  • Banyak spesies flora dan fauna termasuk yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus terdapat di sini. Untuk sampai ke sini hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar. 
  • Terdapat banyak tempat bagi memerhati dan mengambil gambar burung, penyu dan hidupan liar lain di dalam habitat semulajadi. Taman ini sesuai untuk merentas hutan. Pengunjung berpeluang untuk mengalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga kepada dataran lumpur, paya bakau, kolam meromiktik dan hutan 


INi adalah pintu masuk ke Taman Negara, Teluk Bahang, dari sini ada pejabat jabatan perlihitan, di mana sekiranya pengungjung ingin ke ke Hutan Taman Negara, anda haruslah mendaftarkan diri dahulu. Terdapat dua cara untuk menerokai hutan di sini, pertama melalui jalan darat dan air.

Pintu masuk ke Taman Negara adalah melalui Telok Bahang, iaitu di penghujung jalan Batu Feringgi. Tibanya di pintu masuk, pelawat boleh berjalan di rentis atau menaiki bot di jeti kampung nelayan Telok Bahang untuk sampai di kawasan kemudahan taman negara.


Di dalam Bangunan Perhilitan ini ada ditempatkan geleri mengenai Taman Negara Teluk Bahang, para pengunjung bolehlah melawat ke geleri ini, tiada bayaran dikenakan. Terdapat pelbagai info mengenai hutan, flora, fauna dan ekosistem mengenai hutan taman negara.


Antara peraturan-peraturan yang harus diikuti sepanjang anda berada di taman negara, ini penting untuk memastikan tidak berlaku perkara di luar jangkaan dan untuk memastkan keselamatan para anda terjamin, yang paling penting tidak menggangu dan merosakkan ekosisitem di taman ini.

Note paling penting: TOLONG JAGA KEBERSIHAN DAN JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA :)

Ok, Kita semua pun sudah berkenalan serba sedikit mengenai taman negara, cara dan pengankutan untuk ke sana, seterusnya mari kita ke dalam taman negara untuk menerokai keindahan dan kecantikan hutan ini. Bagi anda yang kurang suka jungle tracking, ini bukan satu masalah yang besar bagi anda kerana laluan trex perjalanan disediakan.


Pastikan anda mengikut arah tanda jalan yang betul, bagi yang pertama kali ke sini bolehla menggunakan perkhidmatan ranjer, bukan apa nanti mula la "masuk paper kosmo muka depan" tak la jadi perkara-perkara yang tak di ingini!, siapa yang susah anda, keluarga dan orang ramai :)




Pelbagai kemudahan disediakan kepada pengunjung sepanjang trex, jadi anda tidak perlu bimbang dengan kemudahan asas yang disediakan. Di sini juga banyak disediakan tempat-tempat rehat di setiap perhentian. Antara kemudahan lain tapak perkhemahan, tandas dan trexx jalan. Bak kata pemandu pelancong kami, orang kurang upaya pun boleh nak jalan-jalan kat sini!! 



Sepanjang anda semua berjalan ke dalam hutan, akan mememui pelbagai tumbuh-tumbuhan dan pokok- pokok yang mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan ataupun pembalakan. Ini antara pokok-pokok besar yang sempat saya tangkap yang menarik perhatian saya.


sesetengah laluan trex yang disediakan ada yang laluaNnya di pinggir pantai, memang cantik!!. Ini antara gambar yang sempat saya ambil sepanjang menjelajah Taman Negara, Teluk Bahang.



Pemandangan yang indah sepanjang perjalanan, sejuk mata memandang :)

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang menarik di sekitar taman negara, seperti Rumah Api, Sungai Tukun, Teluk Aling, dan Pantai Kerachut. Di sini juga ada pusat pembiakan penyu. Saya mencadangkan anda bermalam di sini supaya tidak terlepas untuk berkunjung ke tempat-tempat berikut. Rancanglah perjalanan anda dengan bijak, untuk memudahkan anda semua gunalah perkhidmatan agensi perlancongan yang menawarkan perkhidmatan ke tempat-tempat berikut.


Maklumat Tambahan Mengenai Tarikan Yang Ada Di Sekitar Taman Negara Teluk Bahang

  • Keluasannya hanyalah 2,562 hektar dan diwartakan sebagai Taman Negara pada 2003. Ia turut mempunyai 46 spesies burung seperti burung raja udang, helang dan banyak lagi. 
  • Terdapat sebuah tasik yang mengandungi dua lapisan air iaitu air sungai tawar di bahagian atas manakala air laut masin di lapisan bawah.Tasik yang diberi nama Tasik Meromiktik terletak di pantai Kerachut dan fenomena dua lapisan air itu hanya berlaku sekitar April dan Mei setiap tahun ketika peralihan musim antara dua monsun iaitu monsun timur laut dan monsun barat daya. 
  • Ketika fenomena berkenaan berlaku, air di tasik seluas 2.7 kilometer persegi itu dipenuhi dengan pelbagai hidupan marin seperti ikan, udang dan ketam. Tasik itu akan kering semula apabila perubahan musim monsun barat daya kepada monsun timur laut sekitar Oktober setiap tahun. Kesempatan itu digunakan pengunjung untuk mandi-manda kerana dipercayai air tasik itu mengandungi khasiat yang tersendiri. 
  • Tambahan pula, keunikan tasik itu hanya terdapat di pulau ini dan Australia. Selain keunikannya, taman negara itu yang turut dikenali sebagai ‘Bay of Glowing Amber’ menawarkan pemandangan alam semula jadi menarik pada waktu senja menjadi tumpuan penyu untuk mendarat. Antara spesies penyu yang mendarat dan bertelur di pantai Kerachut dan Pantai Teluk Kampi itu termasuk penyu agar (chelonia) dan penyu lipas (mydas). 

Pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan di taman ini sama ada secara individu atau berkumpulan membabitkan aktiviti mendaki bukit, merentas hutan berenang, memancing, memerhati hidupan liar dan berkhemah. Kemudahan yang disediakan juga lengkap termasuk tandas, dewan, surau, bilik mandi, tapak perkhemahan, dapur memasak dan pondok wakaf. 


Bagaimana cara untuk datang ke sini & penginapan. 

  • Kereta dan bot.Terdapat dua pintu masuk ke taman negara ini, satu di Kuala Sungai Pinang menggunakan bot. Satu lagi di Teluk Bahang, menggunakan kereta. Kawasan ini hanyalah 45 minit menggunakan jalan raya dari bandaraya George Town. Pintu masuk pertama ialah dari Teluk Bahang. Anda juga boleh menggunakan bot dari Kampung Kuala Sungai Pinang. Ataupun boleh menaiki bas Rapid Penang 101 terus ke sini.
  • Pengunjung dinasihatkan tinggal di hotel berdekatan seperti di sekitar Batu Ferringhi dan Teluk Bahang. Selain itu, pengunjung yang ingin berkhemah di sini perlu mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan. Program hujung minggu serta perkemahan turut dianjurkan oleh Taman Negara untuk para pelajar


Berehat sebentar selepas penat, Berjungle tracking di Taman Negara Teluk Bahang


Yang paling penting gunakanlah kesempatan yang ada melawat-melawat tempat sebegini, mungkin lagi 1000 tahun. hutan-hutan seperti ini, akan musnah akibat sikap tidak bertanggungjawab manusia itu sendiri. Apapun-pun yang anda lakukan, fikir dahulu sebelum bertindak

Untuk membaca post-post terdahulu boleh klik ke (part 1) dan (part 2) , tempat-tempat menarik di Malaysia. entry-entry yang lain akan diupdate dari semasa ke semasa.



24 comments:

  1. Salam Homestay..;) Penang is very interesting place n a lot of heritage building so very nice place.:)..jom sama-sama meriahkan blog D'Hana Homestay, ajak rakan-rakan anda untuk terjah n beri pandangan terhadap my blog..;) thanks.:)

    ReplyDelete
  2. aku suka camping camping bagai ni tapi salu tak dpt pegi . nyampahhhh

    ReplyDelete
  3. Tmpat nie mmg de best ..... zamn skul dulu sellu pi .huhu

    ReplyDelete
  4. jalan tak ajak pon..weeee..lame dah tak g jalan jalan kat pining..nice pica btw..:)

    ReplyDelete
  5. adoi ada 2 benda aku jeles ni...jalan2 mkn angin dan kamera...")

    ReplyDelete
  6. tq komen kat blog aritu. anyway rase dah lama tak pergi ke tempat tempat yg menenangkan macam ni.... kena bercuti ni....

    ReplyDelete
  7. cantik pemandangan...(^___^)
    paling suka gmabr yg ade buaian tue..rase mcm nk masuk dlm gmabr tue, & duduk kat buai tue..

    ReplyDelete
  8. dah bape kali gi pp tapi tak pernah gi sini, tatau pun ade... rasa rugi plak tak pegi...

    ReplyDelete
  9. menarik..nt klo nak pegi jln2 boleh pegi tempt2 nih..

    ReplyDelete
  10. Mantap sangat ni artikelnye. Jgn lupa komen balik ke blog saye disini

    ReplyDelete
  11. banyak tempat2 menarik kt penang ni..huhu

    ReplyDelete
  12. salam sobri.
    rindu plak sama penang bila baca entry sobry ni. dah lama saya tak ke sana. dulu saya belajar kt usm penang.

    ReplyDelete
  13. Pantai di Penang, hanya pernah pergi ke Batu Feringgi je. Jalan2 bersama rakan2. tu pun 15 tahun yang lalu

    ReplyDelete
  14. t.kasih berkongsi
    hmm kalau aktiviti group ada fasiliti tak

    ReplyDelete
  15. hi !
    nak tnya ... saya skrng stay kt penang n asal sabah...datang sini... cz smbung study... if kita nak lwat tmmpat2 yg mnarik kat pulan pinang ni,setiap tmpat yg kita nak lawat tu dia kenakan charge tak? .... boleh bwt persediaan awal
    thaik you :p

    ReplyDelete
  16. hai Miz Dirent....
    sory lmbat blas..

    sekiranya saudari nak ke mlwat ke plau pinang.. sthu sya kbyakkan tmpat dkat plau pnang msuk pcuma,...
    kcuali taman rama2 dan tman bnga..
    skranya cik nak mlawat di sktar tman ngara tluk bhang.. tdak ada cash dknkan .. just kna daftar aje.. sya cdngkan cik survey dlu tmpt mnrik dkat internet... byak plihan ada.. he.he... ohh sabah.. tmpat yg bst hpe dpt pgi kat sna lagi :D

    ReplyDelete
  17. wow menarik...boleh bagi cadangan nk pegi sna nie..

    ReplyDelete
  18. Salam...
    menarik sekali...
    Dunia Wisata Tour Organizer
    call 0341-456444
    web www.duniawisataku.com
    Enjoy travelling wit us!!

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca