Penang Trip: Padang Kota, Pulau Pinang | www.sobriyaacob.com

Monday, October 10, 2011

Penang Trip: Padang Kota, Pulau Pinang




Assalamualaikum dan salam sejahtera Reader!

Pengembaraan kita untuk kali ini ke Padang kota lama, Pulau Pinang, yang mempunyai sejarah tersendiri, Nak tau sejarah mengenai apa? sila rujuk buku teks sejarah anda semula. Entry saya untuk kali ini adalah sambungan untuk entry-entry terdahulu mengenai tempat-tempat yang menarik ada di pulau pinang.

Kawasan di sekitar padang kota menjadi tumpuan perlancong asing dan tempatan kerana sejarah, pemandangan dan gerai makanan yang banyak di sekitar kawasan ini, jangan terkejut sekiranya anda datang ke sini, kawasan ini dipenuhi dengan orang ramai kerana menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk bersantai dan beriadah di sekitar tebing yang disediakan di tepi pantai.


Bagi anda yang terlepas untuk membaca entry yang terdahulu, anda boleh klik pautan di bawah 


Entry yang terdahulu kita telah menerokai salah satu tarikan perlancongan yang cukup menarik di Pulau Mutiara iaitu Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang. Sekiranya anda seorang pencinta alam dan menyukai aktiviti outdoor tempat ini harus dikunjungi. 

Gambar di atas entry mengenai Taman Negara Teluk Bahang, nak baca sila klik sini 


Antara aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sini ialah pertama sekiranya anda pertama kali datang di sini anda boleh melawat ke Fort Cornwallis, bersiar-siar di kawasan sekitar dengan menaiki beca, beriadah disediakan padang rekreasi, ataupun bersantai di tepi tebing-tebing pantai yang mengadap laut, untuk melihat matahari terbenam ataupun menikmati keindahan laut. 

Bagi anda yang sukakan photografi macam saya, Padang kota menawarkan pakej yang cukup lengkap, pertama pemandangan yang menarik, bangunan-bangunan lama yang unik.

Pemandangan di sekitar port melepak di persisir laut di padang kota





Maklumat Mengenai Padang kota

  • Padang Kota merupakan satu kawasan di bandaraya George Town. Ia terletak di dalam kawasan parlimen Tanjung. Padang Kota terbahagi kepada dua bahagian iaitu Padang Kota Lama dan Padang Kota Baru. Di sini beberapa acara penting selalu diadakan seperti sambutan hari kemerdekaan, Sambutan Tahun Baru, dan acara santai yang lain. 
  • Padang Kota menghadap ke arah laut. Dari Padang Kota , pengunjung dapat melihat Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan kawasan pulau ke tanah besar dengan jelas dan juga feri Pulau Pinang berselisih membawa penumpang dan kenderaan dari Pangkalan Sultan Abdul Halim ke Pangkalan Raja Tun Uda. 
  • Di Padang Kota Lama, terdapat bangunan bersejarah yang dikenali sebagai Fort Cornwallis. Kapten SHTI Francis Light telah mengibarkan bendera Union Jack di Kota_Cornwallis . Kubu pertahanan dibina di Padang Kota Lama dan beberapa buah meriam di sini masih dapat dilihat dengan jelas. Walaupun British tidak lagi menjadi pentadbir di Pulau Pinang, tetapi legasi British dapat dilihat jelas sekitar Padang Kota. 
sumber: wikipedia



Antara pemandangan yang menarik sempat saya tangkap dari tepi tebing (port orang ramai melepak) dari sini kita boleh nampak pelabuhan kontena. (gambar ini ditangkap pada waktu petang) Masalah dekat sini susah nak cari parking, jadi nasihat saya bagi anda penduduk-penduduk di sekitar kawasan ini, carilah alternatif lain daripada datang menaiki kereta ataupun kerajaan negeri sediakan kemudahan tren, (impian yang sangat besar), tak salahkan ini kan kawasan tumpuan pelancong.


seterusnya mari kita melawat sendiri tarikan yang menarik di dalam padang kota antaranya Fort Cornwallis. Kawasan ini dibuka setiap hari dari pukul 9 am- 7 am, di dalam kota ini banyak tersimpan sejarah-sejarah lama pulau pinang. sekiranya anda ingin tahu apa dia, boleh datang sendiri di Fort Cornwallis, dikenakan bayaran untuk memasuki kota ini.


Antara info- info menarik mengenai kota Fort Cornwallis ialah 

Di Padang Kota Lama, terdapat tempat yang dikenali sebagai Fort Corwallis. Kapten SHTI Francis Light telah mengibarkan bendera Union Jack di Fort Cornwallis . Kubu pertahanan dibina di Padang Kota Lama dan beberapa buah meriam di sini masih dapat dilihat dengan jelas. Walaupun British tidak lagi menjadi pentadbir di Pulau Pinang, tetapi legasi British dapat dilihat jelas sekitar Padang Kota. 



Alang-alang sudah sampai ke sini apa kata anda mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan ini, antara tarikan yang menarik ialah anda boleh melawat bangunan- bangunan lama, bagi anda yang sukakan struktur-struktur unik zaman British disinilah kawasan yang wajib dikunjungi. semasa saya melawat di sekitar ini saya perhatikan banyak pasangan pengantin baru menjadikan kawasan ini sebagai tempat shoot mengambil gambar untuk dijadikan sebagai foto kenang-kenangan, ya it true, tempat ini memang cantik seolah-olah rasa kembali ke zaman-zaman Pemerintahan British pulak bila lihat bangunan-bungunan yang ada. 


Beberapa bangunan terdapat di sekitar Padang Kota ialah Town Hall, City Hall dan Dewan Sri Pinang. Untuk ke padang kota, ianya mengambil lebih kurang 20 minit selepas Jambatan Pulau pinang dan mengikut keadaan lalu lintas. Keadaan lalu lintas menuju ke arah Pusat bandarraya Georgetown dan ke Bayan Lepas sangat sesak pada waktu pagi, tengahari, petang dan hujung minggu. Penumpang mestilah pandai merancang perjalanan.



Ni antara bangunan-bangunan yang menarik dan penuh dengan senibina yang sangat cantik, kadang-kadang rasa macam kat oversea pulak! la..la..la~~~


sekiranya anda ingin bersia-sia disekitar kawasan ini, saya mencadangkan anda menggunakan perkhidmatan beca. Lagi senang bagi anda yang tidak tahu kawasan-kawasan yang menarik yang ada disamping itu banyak penerangan yang menarik dan berinfomasi dapat diterangkan kepada anda 



Disini juga disediakan padang rekreasi, bagi anda mencari tempat untuk beriadah pada waktu petang bersama rakan-rakan, orang tersayang ataupun bersama family, bolehlah berkunjung kesini. Banyak aktiviti boleh dilakukan di padang ini antaranya bermain layang-layang.


Bagi anda yang tidak tahu lagi, inilah mercu tanda bagi pulau pinang (tidak silap sayalah, maaf sekiranya silap), bagi anda yang gemarkan sejarah dan sukakan struktur-struktur binaan klasik saya mencadangkan anda datang kesini , kerana pelbagai sejarah dapat anda pelajari disini.

Antara tugu Peringatan Yang ada di persisir Padang Kota

Untuk membaca post-post terdahulu boleh klik ke (part 1) (part 2) dan (part 3) , tempat-tempat menarik di Malaysia. entry-entry yang lain akan diupdate dari semasa ke semasa.

P/s: Rancanglah perjalanan anda dengan bijak, sokonglah industri perlancongan di Malaysia.




12 comments:

  1. mm..gambar ke-2, kat pantai tu kat mana yer?

    ReplyDelete
  2. untunglah ade DSLR...jeles jer nie..huuu..
    ermm, tengok ambar yg ade meriam tue terinagt dengan melaka..

    ReplyDelete
  3. seriously chantek ...terlompat2 pulak nk pergi..hee..

    ReplyDelete
  4. fatim mraz: gambar yg kdua tu. kat tman ngara tluk bhang :)

    terbang bsamaku : he..he.. jeles er.. !!

    meow: kalu rindu slalukan diri la mlawat plau pinang :)

    ReplyDelete
  5. soly dilicous: tq ..biasala kat mlaysia ni byak tmpat yg cantik2

    amna: yes!! u right :)

    honey: nanti bla2 free bleh la dtg

    ReplyDelete
  6. anismelon : tq yaya

    rara : me 2...love penang so much :)

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca