Info: Produk terbaik keluaran Apple !! | www.sobriyaacob.com

google advertising

Saturday, October 8, 2011

Info: Produk terbaik keluaran Apple !!




Senarai produk terbaik dan terkenal yang dikeluarkan oleh syarikat maklumat dan komputer gergasi, Apple di bawah pengasasnya, Steve Jobs.
1. Komputer Macintosh - Komputer pertama Macintosh dilancarkan pada tahun 1984. Rangkaian komputer tersebut kemudiannya berkembang kepada beberapa model lain termasuklah komputer meja, iMac dan komputer riba canggih MacBook.
2. iPod - Diperkenalkan pada 2001, gajet tersebut merevolusikan hiburan menerusi pemain muzik digital. Antara model yang popular ialah iPod Touch MP3 yang lengkap dengan skrin sentuh.
3. iTunes Store - Dilancarkan pada tahun 2003, ia merupakan kedai maya Apple yang menjual muzik, filem dan program televisyen untuk komputer, telefon serta peranti keluaran Apple.

4. iPhone - Apple memperkenalkan telefon pintar iPhone pertamanya pada tahun 2007. iPhone menggabungkan ciri-ciri yang ada pada iPod dan sambungan Internet dalam sebuah telefon pintar bersama skrin sentuh yang kemudian pantas menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia.
5. App Store - Apple mula membenarkan pembuat aplikasi dari luar menghasilkan aplikasi untuk iPhone dan iPod Touch pada tahun 2008. App Store kini mengandungi lebih 150,000 aplikasi yang menawarkan pelbagai fungsi.
6- iPad - Pada April 2010, Apple merevolusikan era komputer peribadi menerusi komputer tablet yang hanya sebesar lembaran sekeping kertas
Bill Gates turut berkata, “Dunia jarang melihat seseorang seperti Steve, seseorang yang mampu memberikan kesan dan ingatan pada generasi akan datang.
sumber : kosmo 

6 comments:

  1. Genius.

    Orang akan ingat sampai bila2.

    ReplyDelete
  2. Jasa Steve Jobs akan dikenang sampai bila-bila. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

    ReplyDelete
  3. rara: yup smoga mnjdi inspirsi kpda kita smua

    ReplyDelete
  4. sha my heart : yup jasa dan produk yg stven bgunkan akan dknag smapi bila2

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca