Tip Untuk Menghadapi Kritikan | sobri Yaacob Blog

Wednesday, October 12, 2011

Tip Untuk Menghadapi Kritikan


kritikan yang diberikan haruslah diterima secara positif untuk kebaikan diri sendiri

Tahan Diri daripada Marah - Marah adalah tanda semulajadi yang mengatakan bahawa anda sedang dikritik. Yakinlah setiap orang memang berhak mengutarakan pendapatnya. Biarpun wajah anda merah padam, usahakan agar tidak marah. Apabila anda tidak lulus di langkah ini, maka langkah-langkah berikutnya hampir mustahil berguna bagi anda.

Terimalah Kritikan dengan Sikap Terbuka - Mungkin kritikan itu salah, namun pengkritik menganggapnya berbeza. Bersikap terbuka, apabila perlu ubahlah pandangan si pengkritik. Fahami maksud kritikannya sehingga anda dapat menanganinya secara tepat.

Jangan Masukkan Kritikan ke dalam Hati - Meski anda bersikap terbuka, bukan bererti anda perlu mengambil hati atas kritikan itu. Mungkin kritikan itu hanya ditujukan pada usaha, produk, kakitangan anda bukan peribadi anda. Ingatlah anda perlu menjaga hubungan jangka panjang. Apabila kritikan ditujukan secara tidak profesional, amati saja ketidakmampuan pengkritik menyampaikan kritikannya.

Mintalah Keterangan Lebih Spesifik - Fahami bahawa mungkin kritikan itu benar. Jadi cubalah untuk memahami dan meminta keterangan yang lebih spesifik mengenai apa yang dikritik. Ini bermanfaat bagi anda dan pengkritik agar dapat melihat situasi yang sebenarnya.

Jangan Balas Kritikan dengan Kritikan - Tugas anda adalah mendepani kritikan agar anda dapat meraih lebih banyak kebaikan dan keuntungan dari kritikan itu. Membalas kritikan dengan kritikan sama dengan menyuakan perdebatan yang tidak perlu. Anda takkan boleh memadamkan api dengan api kerana akhirnya mungkin anda yang terbakar.

Tanya Diri Sendiri Apa yang Boleh Anda Lakukan - Dengan demikian anda mampu melihat kritikan sebagai kebaikan bagi diri sendiri, sekaligus mendapatkan keuntungan darinya. Sebagai contoh, sebuah produk yang baik tentunya lebih banyak menerima kritikan daripada pujian.

Mintalah Pendapat Orang Lain - Apabila anda tidak yakin dengan sesuatu kritikan, mintalah pendapat orang lain yang benar-benar tulus. Pendapat mereka dapat membantu anda menemukan bahagian mana dari kritikan itu yang benar atau keliru.

Biasakan Diri Anda dengan Kritikan - Membiasakan diri bererti mendepani kritikan dengan tenang dan positif. Jangan ragu untuk mengucapkan terima kasih atas kritikannya, meski tidak selalunya benar. Bagaimanapun, perhatiannya untuk mengkritik anda patut dihargai.


P/s: sentiasalah ucapkan terima kasih ke atas kritikan yang diberikan, setiap kritikan yang diberikan haruslah diterima secara positif untuk kebaikan diri sendiri, orang yang mengkritik anda tandanya dia ambil berat dan sayang anda, untuk memastikan setiap kritikan yang diberi akan memperbaiki setiap kelemahan atau kesilapan yang dilakukan oleh anda. :) 



4 comments:

  1. org yg susah terima kritikan ni biasanya mmg cepat marah ... kan

    so , betul lah .. kena terima dgn hati yg terbuka :)

    ReplyDelete
  2. cik najihah: trima dgn snyuman dan hati tbuka :)

    ReplyDelete
  3. amirah jafri : yup.. tpikritikan yg dbrikan knalah kritikan yg membangun.. bkan yg mjatuhkan :)

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca