Santai-Santai: Alasan Untuk Tidak Memulakan Perniagaan | sobriyaacob.com

Wednesday, November 2, 2011

Santai-Santai: Alasan Untuk Tidak Memulakan Perniagaan

Alasan adalah cara terbaik untuk seseorang pemalas yang tidak mahu melakukan sesuatu kerja atau mengelak untuk mencapai sesuatu objektif. Alasan juga akan menenangkan diri anda bahawa anda mempunyai sebab untuk tidak melakukan sesuatu. Tetapi sedarkah anda bahawa anda hanya sedang menipu diri sendiri berbanding menipu orang lain.


Berikut adalah alasan-alasan yang diberikan oleh seseorang untuk memulakan perniagaan....
1. Saya tidak mempunyai idea atau saya terlalu banyak idea sehingga tidak tahu di mana nak mulakan
Idea semata-mata hanyalah sampah. Idea perlu disusuli dengan kajian dan kemudian tindakan. Dalam hampir semua keadaan, idea hanyalah 1% daripada kejayaan, manakala 99% lagi datangnya daripada tindakan.
Ramai orang mempunyai pelbagai idea, tetapi hanya beberapa orang yang akan berusaha melaksanakan sesuatu idea.
Jika anda mempunyai banyak idea sekalipun, ianya tidak berguna jika tidak menghasilkan duit. Idea perlu menghasilkan duit.
2. Saya tidak mempunyai masa
Siapa yang mempunyai masa ? Anda boleh menghabiskan masa untuk berborak kosong, menonton tv dan tidur berjam-jam, tetapi anehnya anda tidak mempunyai masa untukmeningkatkan pendapatan anda.
Tidakkah dengan bertambahnya pendapatan anda, anak anda akan mendapat kehidupan yang lebih baik ? Adakah berborak kosong, menonton TV dan tidur berjam-jam lebih penting berbanding kehidupan anak anda ?
Pernah tak anda habiskan kerja yang perlu dihabiskan dalam masa 7 hari hanya dalam satu malam sewaktu mengejar dateline ? ini membuktikan anda sebenarnya mempunyai masa yang banyak sekiranya anda berusaha atau terdesak.
3. Saya perlu betul-betul bersedia sebelum memulakan bisnes
Ramai orang yang bercakap sebegini tidak akan memulakan sesuatu itu sehingga ke akhir hayatnya. Anda tidak perlukan PHD untuk memulakan sesuatu. Jika anda mulakan selepas mempunyai PHD, anda akan menyesal.
4. Saya tak nak membuang masa dengan sesuatu yang akan gagal, saya hanya nak teruskan idea yang benar-benar terbukti berjaya ?
Bagaimana ia boleh terbukti berjaya jika anda tidak mencuba ? Perniagaan adalah satu pembangunan yang memakan masa yang panjang. Anda perlukan banyak masa untuk belajar dari kegagalan. Jadi anda tidak akan tahu samada sesuatu itu akan betul-betul berjaya atau tidak.
Jika anda sudah tahu sesuatu idea itu terbukti berjaya, pada waktu itu sudah terlewat bagi anda kerana sudah ada orang lain yang sudah memulakannya.
Sekian, terima kasih


Shahabudeen Jalil adalah seorang usahawan dalam bidang import dan eksport, selain itu beliau juga seorang konsultan yang melatih usahawan lain untuk memborong terus dari sumber terutamanya dari China. Beliau juga telah mengasaskan sebuah portal untuk usahawan membuka dan berniaga secara online di internet. Layari shahabudeenjalil.com
p/s: untuk perkongsian bersama :)

2 comments:

  1. betol2...hihi...lama xsinggah blog ni.huhhu

    ReplyDelete
  2. hai, anda di tag, kalo ade mase, layan a saye yang mengarut ni, hahaha.

    http://terusidup.blogspot.com/2011/11/59-saya-anda-dan-tawan-tawan.html

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca