Santai-santai: Minta Jawapan Atau Cari Sendiri Jawapan? | www.sobriyaacob.com

Saturday, November 19, 2011

Santai-santai: Minta Jawapan Atau Cari Sendiri Jawapan?


Dalam pengurusan perniagaan, tidak ramai yang sedar tentang perkara ini. Apabila cara hidup sudah menjadi laju, orang berfikir terlalu laju, sehingga kurang masa untuk berfikir tentang masalah jawapan.

Sebelum berbicara lebih panjang, anda perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan jawapan di dalam topik ini. Jawapan ialah penyelesaian bagi masalah. Contohnya, masalah rumah anda ialah kegelapan dan tidak tahu bagaimana hendak menerangi rumah anda? Maka jawapannya ialah menggunakan mentol untuk mengeluarkan cahaya bagi menerangi rumah anda.

Teknik mencari jawapan pula adalah kaedah untuk mencari penyelesaian bagi masalah yang wujud. Contohnya saintis atau pengkaji mendapati tenaga seperti elektrik boleh dimanfaatkan untuk menjana bahan tertentu supaya mengeluarkan cahaya. Maka mereka mencipta mentol dan menjadikannya penyelesaian bagi masalah kegelapan.

Apakah yang lebih penting di dalam perniagaan, sama ada jawapan atau teknik mencari jawapan?


Kedua-duanya mempunyai kepentingan yang tersendiri. Dalam keadaan di mana anda tidak mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang untuk mencari jawapan bagi masalah anda, maka anda perlu memperoleh jawapan tersebut daripada orang lain. Kewujudan mereka yang pakar dalam bidang yang boleh memberi anda jawapan telah melengkapkan proses ini. Namun bagi saya, di dalam perniagaan, memperoleh teknik mencari jawapan adalah satu kelebihan berbanding hanya mengharapkan jawapan.

Dalam kehidupan, masalah yang mewujudkan persoalan. Persoalan itu memerlukan jawapan. Perniagaan terbentuk dengan wujudnya permintaan. Permintaan wujud apabila orang bermasalah untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri. Peluang ini hanya boleh dimanfaatkan oleh mereka yang mempunyai kelebihan untuk menjual jawapan.

Jika anda ingin berniaga tetapi mengharapkan jawapan dari orang lain tentang apa yang perlu anda niagakan, ini bermaksud anda lebih berfungsi sebagai pembeli dan bukannya penjual. Apa akan jadi sekiranya anda tidak memperoleh jawapan pada waktu yang dikehendaki? Tidakkah ini akan mengganggu perniagaan anda? Apa akan jadi sekiranya jawapan yang anda beli tidak bersesuaian untuk menyelesaikan masalah perniagaan anda.

Maka adalah penting bagi setiap orang yang melibatkan diri dalam perniagaan untuk mempelajari teknik mencari jawapan. Ia bukanlah satu tindakan bijak dengan membeli 10 jawapan daripada 10 masalah. Menyelesaikan masalah adalah satu proses pembelajaran dan kematangan dalam perniagaan. Membeli jawapan adalah satu keperluan apabila anda tahu anda tidak mampu membuahkan satu jawapan yang baik. Penggantungan sepenuhnya kepada jawapan daripada orang lain adalah satu risiko yang bakal menyukarkan perniagaan anda.


Oleh yang demikian, mempelajari teknik mencari jawapan adalah satu intipati yang penting dalam membina perniagaan yang berjaya. Membeli jawapan pula adalah teknik yang dapat membantu kelancaran proses tersebut. Ia saling perlu memerlukan dan dengan itu anda harus mengelakkan sebarang penggantungan hanya kepada satu daripada perkara ini. Mempunyai kelebihan untuk membuat jawapan adalah kelebihan menjimatkan kos dan itu adalah kelebihan untuk membuat lebih keuntungan.




p/s: minta jawapan @ cari jawapan sendiri!! pilihan di tangan anda!!

2 comments:

  1. yupp kita yang memilih..& tentukan arah kita. Semua bnde ade risiko

    ReplyDelete
  2. Thiѕ means it maу taκe aѕ much aѕ pоssіble onlіne.
    The tгial continuеs When asκed abοut the Fаiгmont's environmental ethics, I was invited to experience one of my friends. Who is that person is now a Paris Hilton-style star-slash-train wreck. Uttar erotic massage 4 Theth Karini erotic massage 3.

    My weblog :: sensual massage in London

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca