Tips Ringkas Sebelum Menghadapi Peperiksaan Akhir | www.sobriyaacob.com

Wednesday, November 16, 2011

Tips Ringkas Sebelum Menghadapi Peperiksaan Akhir


1) Buat ulangkaji setiap hari (sekarang minggu ulangkaji) lebih-lebih lagi untuk subjek teori. Subjek pengiraan pun kena buat latihan setiap hari. Jangan tunggu 'last minute' baru nak baca itu nak baca ini. Pada masa tersebut, anda hanya akan berasa 'Ya Allah, banyak lagi aku tak cover!!!' Semua ini hanya akan menyebabkan 'jiwa anda kacau bilau'.


2) Susun jadual ulangkaji dengan baik. Mula buat ulangkaji dengan 'paper' yang paling akhir dan diikuti dengan 'paper' yang paling awal. Jadi lagi 3-4 hari nak 'exam', anda sudah mula mengadap 'paper' pertama dan pada masa yang sama subjek-subjek lain, anda dah mula buat 'revision'. Lepas 'paper' pertama, tinggal nak 'recall paper' yang seterusnya pula.


3) Tidur awal tetapi dengan niat akan bangun pada waktu sepertiga malam untuk ulangkaji. Kemudian sebelum memulakan sesi ulangkaji, solat Tahajud 2 rakaat dahulu diikuti dengan solat Hajat memohon kepada Allah agar dilapangkan dada supaya bisa menerima ilmu yang dipelajari dan diberi kefahaman yang baik. kalau tak biasa memang susah, tapi kalau boleh atasi rasa malas dan susah tersebut, itu juga satu kejayaan kepada anda dalam perjuanagn melawan nafsu. Amalan yang susah tetapi baik untuk kehidupan kita jika dilakukan setiap hari insyaAllah ada keberkatannya. Belajarlah sehingga waktu Subuh dan tunaikanlah solat Subuh. Ingat! Tak guna anda berjaga sampai lewat malam untuk mengulangkaji pelajaran sehingga akhirnya tertidur dan terlepas Subuh.


4) Tinggalkanlah aktiviti gosip, sembang-menyembang, menonton movie, window shopping, tidur yang keterlaluan, sering ke kantin dan apa sahaja aktiviti yang dianggap membuang masa kerana masa anda pada saat-saat akhir ini sangatlah terhad. Berdampinglah dengan buku ke mana sahaja anda pergi. Hormatilah rakan yang hendak 'study' jika anda sudah bosan 'study'.


5) Tips yang ini paling penting. Jaga KESIHATAN diri sendiri. Jangan 'study' sampai lupa nak makan. Lepas tu kena gastrik, warden juga yang susah (bagi mereka yang tinggal di asrama la...heheheh). Kalau diri tidak sihat tatkala tiba hari peperiksaan, sayang seribu kali sayang, fokus anda pasti hilang semasa sedang menjawab peperiksaan. Maka tiada nikmat yang lebih baik yang harus kita syukuri selain daripada nikmat KESIHATAN. Jadi jangan cari penyakit!!!



Awas! Meniru dianggap satu kesalahan yang sangat besar dan tidak boleh dimaafkan. Lakukan persiapan yang rapi bagi menghadapi peperiksaan. Percayalah kepada kemampuan diri sendiri!!!


kredit : Minda hana


Di bawah antara tips-tips untuk belajar & tips persediaan untuk menghadapi peperiksaan, untuk membaca tips tersebut sila baca entry-entry terdahulu, di bawah lebel pelajar atau boleh tekan link di bawah.

Jangan lupa untuk Like Page aku VS kehidupan di facebook, sebagai tanda sokongan anda. Terima Kasih



2 comments:

  1. best jugak.. jom kita wat mcm ni.. mlm ni nk?? study smart.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha. u wish..ni semua x mungkin berlaku!!

      Delete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca