Panduan Mengatasi Masalah Perasaan Bimbang | www.sobriyaacob.com

google advertising

Friday, December 23, 2011

Panduan Mengatasi Masalah Perasaan Bimbang



Bagi anda yang ingin menghentikan perasaan bimbang, ia melibatkan kombinasi di antara fikiran yang merisaukan, mencabar dan keadaan untuk menenangkan perasaan secara fizikal mahupun emosi.



Cara Mengatasinya:-

1. Senaraikan apa yang membimbangkan anda di dalam jurnal atau buku catatan. Termasuk imiginasi anda tentang keadaan yang paling buruk yang akan berlaku.

2. Fikirkan bagaimana cara anda untuk mengatasi situasi tersebut.

3. Segera bertindak sekiranya anda dapat mengubahnya ataupun cuba mengawal keadaan bagi mengurangkan perasaan bimbang anda.

4. Cuba imbas kembali fikiran-fikiran yang merisaukan anda dan rasa tidak mampu untuk melakukan sebarang tindakan. Kenalpasti yang mana satu kerisauan yang keterlaluan atau mengganggu anda, namun hanya sedikit yang menjadi kenyataan.

5. Ambil salah satu dari fikiran yang merisaukan anda dan tuliskan satu alternatif fikiran yang lebih realistik, sebagai pegangan untuk mengatasi kebimbangan anda.

6. Cuba kawal keadaan diri anda sekiranya anda ditimpa kerisauan. Hentikan dan atasinya dengan alternatif fikiran yang betul.

7. Amalkan rehat yang cukup dan teknik mengurangkan daya tekanan perasaan. Cara yang mudah bagi anda untuk melapangkan minda dan mengawal keadaan emosi dan tubuh badan adalah dengan menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembuskannya keluar perlahan-lahan dengan kiraan 1 sehingga 6. Lakukan selama 5 minit, seterusnya gandakan hingga 20 minit dalam sesuatu masa.

8. Anda perlu belajar hadapi kenyataan bahawa anda tidak mampu mengubah ataupun tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengawal keadaan.


Panduan:-

• Jika perlu, anda boleh dapatkan bantuan dari kenalan rapat bagi menghadapi cabaran fikiran yang merisaukan. Mereka boleh membantu anda memberikan berbagai-bagai perspektif mengenai sesuatu perkara.

• Ramai orang beranggapan bahawa ajaran berbentuk kerohanian atau kepercayaan kepada diri sendiri boleh membantu mengurangkan perasaan kebimbangan dan mempunyai keyakinan di dalam kehidupan.

• Dapatkan nasihat doktor yang profesional ataupun psikoterapis jika kerisauan anda menganggu-gugat kehidupan harian anda atau menyebabkan anda mengalami penderitaan yang ketara.


p/s: diharapkan article ini dapat membantu kita semua untuk mengatasai perasaan bimbang kerisauan yang dihadapi, hadapi hidup ini dengan senyuman :)

3 comments:

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca