Tips Sihat: Cara-Cara Untuk berhenti Merokok! | sobriyaacob.com

Monday, January 9, 2012

Tips Sihat: Cara-Cara Untuk berhenti Merokok!


Katakan Tidak Pada Merokok!

Semua orang tahu bahawa untuk berhenti daripada merokok adalah satu proses yang susah, dan ia boleh menjadi lebih sukar apabila rakan-rakan anda masih merokok dan mempersendakan anda yang mahu cuba berhenti merokok. Tetapi, jangan rasa kecewa. Cuba yakinkan setengah daripada rakan-rakan anda atau saudara-mara anda untuk berhenti merokok bersama anda.  Ia mengambil lebih kurang 12 - 15 percubaan untuk seseorang berjaya menghentikannya, dan ingatlah bahawa tiada kegagalan apabila mencuba untuk berhenti merokok. Sekiranya anda dapat mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dalam satu hari pun dikira sebagai satu kemajuan. Di bawah ini diberikan tip-tip untuk menghadapi dan mengatasi ketagihan, atau untuk menghadiahkan diri anda sendiri sebagai ganti kepada satu bungkus rokok yang anda tidak hisap.


Mengapa anda rasa mahu menghisap rokok? Mengapa tidak anda...

  • Gementar  vs Bersantai
  • Susah menumpukan perhatian  vs Bertukar-tukar aktiviti
  • Sembelit  vs Makan buah-buahan
  • Merungut vs Tarik nafas panjang
  • Letih vs Dapatkan tidur yang cukup
  • Mulut kering vs Minum air berais
  • Batuk vs Mandi air pancuran hangat
  • Pening  vs Dapatkan udara segar
  • Susah tidur vs  Berendam di dalam air yang hangat
  • Tegang  vs Bersenam
  • Sedang menelefon Menconteng-conteng atas sehelai kertas
  • Memandu  vs Menyanyi!
  • Lapar vs  Minum air
  • Bosan  vsTerus aktif
  • Tiada tenaga vs Rehat
  • Murung Baca buku atau majalah

Tahniah! Anda telah bersih untuk... Mengapa tidak anda beli...

  • 1 hari = RM3.50 Burger
  • 2 hari = RM7.00 5 tin Coke
  • 3 hari = RM10.50 Satu set value meal KFC
  • 5 hari = RM17.50 Kaset penyanyi antarabangsa
  • 1 minggu = RM24.50 Tiket menonton wayang untuk 3 orang
  • 2 minggu = RM49.00 Hidangan pizza untuk anda dan 3 orang rakan
  • 3 minggu = RM73.50 Kemeja T berjenama
  • 1 bulan = RM147.00 Sepasang kasut sukan
  • 2 bulan = RM196.00 Sepasang jeans berjenama
  • 3 bulan = RM294.00 Stereo walkman
  • 6 bulan = RM588.00 Pemain CD mudah alih
  • 1 tahun = RM1176.001 Set Hi Fi
  • 1 1/2 tahun = RM1,764.001 Set pemain DVD
  • 4 tahun = RM5,110.00 Komputer multimedia
  • 20 tahun= mungkin dah dapat rumah banglo sebijik :)

P/S: gud luck & pikir-pikirkanlah :)

1 comment:

  1. tu klo harge rokok murah..klo dunhill yg rm 10 satu tu lg byk bleh saving..

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca