10 Sebab Kenapa Ramai Rakyat Malaysia Ketagih Blogging dan Facebooking!! | www.sobriyaacob.com

google advertising

Tuesday, February 14, 2012

10 Sebab Kenapa Ramai Rakyat Malaysia Ketagih Blogging dan Facebooking!!



Ya, satu kenyataan yang semakin hari sudah semakin boleh diterima oleh masyarakat Malaysia dimana sudah terbukti oleh ramai bloggers dimana buat duit melalui blog adalah mudah dan tidak mustahil. Kerana situasi inilah, blogging semakin mendapat tempat malah mungkin akan menjadi 1 profession yang lebih popular dari menjadi cikgu!

Kenapa tidak, income dari blog ini mampu mencapai ribuan ringgit malah ada diantara blogger yang aried kenal mendapat income puluhan ribu ringgit sebulan. Jadi ramailah diantara kita terutama pelajar-pelajar universiti yang ingin mencuba nasib dengan menjadi seorang blogger dan kemudiannya terus addicted dengan dunia blog!

2. Ramai Followers dan “bajet” Popular Macam Artis!

Ada juga dalam kalangan blogger ini terasa dirinya sangat popular dan dikenal oleh ramai orang bahkan mungkin melabelkan diri mereka sebagai blogger paling glamour atau top blogger di Malaysia bila mana followers dah ribu-riban. Betul tak?

Ada yang kadang-kadang sampai ketagih nak balas komen, nak update entri dan edit blog sebab asyik fikir nak kasi visitors kagum dengan blog dia dan macam-macam lagilah. Nak mudah cerita, bajet cam artis gitu.. Huhuhu.. Mana taknya, cara diva-nya pun dah tergedik-gedik, penulisan pula memang mengada-ngada dan sebab rasa macam ada orang baca blog dia, jadi sebab itu rasa cam ketagih je nak update blog. Huhuhu.. Ada ke macam ni? Tak ada kot! 

3. Cari Jodoh atau Awek/ Pakwe!

Bagi mereka yang single pula, facebook ini memang satu tempat yang popular untuk berkenalan dan cari awek atau pakwe. Satu sebab kenapa orang cakap cari awek atau pakwe kat facebook ini mudah dan menarik ialah sebab di facebook ini kita boleh terus lihat gambar-gambar mereka yang kita suka itu.
Kiranya, bukan sekadar tahu nama sahaja, tetapi kita juga boleh tengok sendiri bagaimana rupa paras si dia! Jadi, tiada lagi istillah “salah date” yang berlaku dahulu kerana pergi dating tanpa kenal atau melihat dahulu si dia. Betul tak? Selain itu, aplikasi mutual friends juga membolehkan kita mengenai siapakah dalam kalangan sahabatnya adalah sahabat kita juga. Jadi, kalau ada apa-apa nak tahu tentang si dia, boleh kita tanya pada diorang terus, betul tak?
Eh, aried cam ada pengalaman je…. Hahahha, mana ada, cuma tahulah sikit-sikit benda ni sebab dah selalu dengar.. Hehhhe.. Kalau ada yang dah berusaha, jangan lupa amalkandoa cepat dapat jodoh!

4. Suka Berbual-bual Kosong!

Ada dalam kalangan kita yang ketagih dengan facebook ini kerana suka sangat buang masa dan cakap-cakap kosong dengan kawan-kawan. Kalau dulu kena kuar rumah, pergi lepak di kopitiam 2,3 pagi, sekarang ini tidak  lagi sebabnya kat bilik pun boleh on9 dan lepak-lepak. Bukan setakat nak chatting dengan kawan-kawan lama, tetapi juga boleh berkenalan dengan kawan-kawan baru.

Kalau bercakap bab berchatting ni rasanya sampai kesubuh pun belum tentu habis lagi. Kesimpulannya sesiapa yang suka borak-borak kosong ni pasti akan addicted dengan facebook! Jawabnya, time malam berjaga, esok pagi dalam kelas tidur. Huhuhu…

5. Cari Kawan Lama!

Satu kelebihan tentang facebook ini ialah ramai yang menggunakannya. Jadi bila dah hampir setiap orang ada facebook, maka mudahlah untuk kita mencari balik rakan-rakan atau kenalan lama kita yang sudah terputus hubungan. Dengan hanya menaip namanya, insyaAllah silaturrahim yang sudah lama terputus atau hilang boleh disambung semula.

Tetapi, part yang tak bestnya ialah bila ada pula yang dah ketagih asyik nak search je kawan-kawan lama dan kalau tak jumpa pun masih tetap duduk search! Aduh, kalau dah tiada tu, terima sahajalah bahawa kemungkinan orang yang kamu cari itu mungkin tiada akaun facebook atau mungkin menggunakan nama samaran lain. Betul tak? Kan tak pasal-pasal habis laptop kena buang sebab mengamuk bila tak jumpa nak cari kawan lama.. Aishh….

6. Suka Cerita Tentang Diri Sendiri!

Memang ramai diantara kita kenal dengan “mereka” ini. Ya, cuba lihat pada HOME di Facebook anda dan lihat siapakah “mereka” ini. Kalau dan dalam masa sejam 4,5 kali duduk update status dia, maka sah lah dia lah yang aried maksudkan itu.
Selamat pagi dunia…. Mornik.. Wink4x…
Perut lapar….. Jom lunch!
Argh.. Tensionnya study!!
Ops… Sakit perut plak…
Off now.. Bath time.. 
Warghhhh.. Ngantuk nye.. nite semua…

Hahahah… Takkan sampai semua benda nak update… Buat malu je kan.. Namun begitu, kalau dah seronok, maka benda ini boleh jadi ketagih dan bila dah ketagih, jangan kat nak makan, nak masuk tandas, nak pergi kencing pun di update dalam FB! So, kita sebagai kawannya akan tahu… Owh…. 54 second yang lepas dia pergi kencing… Ades… Malu..malu…

7. Asyik Fikir Nak Tulis Status yang Pelik-pelik!

Satu sebab lagi kenapa ramai diantara kita ketagih dengan facebook ialah kerana asyik fikir nak update status yang pelik-pelik. Makin pelik statusnya, maka makin hebatlah dia rasa. Kadang-kadang kita pun memainkan peranan bila mana mereka yang update status paling COOL inilah yang kita selalu komen. Jadi, semakin menjadi-jadilah kawan kita itu untuk update status yang lebih pelik lagi!
Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Jadi, kalau yang makan, sila hidup! ??
Kereta merah itu bukan keretaku! ??
Siapa yang lapar tapi tiada duit tapi rasa nak makan! ??
Aishhhh.. Pening- pening..

8. Upload Gambar 22/7, Mentang-mentang ada BlackBerry!

Snap gambar sana, snap gambar sini. Lepas itu terus upload dalam facebook. Almaklumlah, orang ada BB! Huhuhu… Kalau yang ada BB, better kita jangan kacau, nanti silap-silap makin menjadi-jadi sebab BB dia kan mahal. Huhuhuh…

Tak salahpun nak snap gambar sana sini cumanya jangan jadikan habit untuk snap gambar candid kawan-kawan tanpa sedar dan terus upload gambar-gambar yang melucukan ke dalam FB! Mungkin niat bergurau itu akan berakhir dengan pergaduhan. Jadi kalau dah addicted itu apakan daya, yang boleh dibuat hanyalah berpada-padalah kita.. Ok?

9. Kaki Youtube dan Suka Share Video-video Pelik!

Memang kaki youtube ini suka sangat share video yang lawak-lawak dan merapu kat dalam FB diorang. Tak salah pun dan memang ramai yang dah addicted. Kalau dah sehari itu 3,4 jam dah spend kat youtube lepas itu 3,4 jam pula duduk melayan komen-komen orang tentang video yang telah di kongsikannya itu. Aish…. Pecayalah, memang ada yang ketagih macam ini. Bagi mereka video yang diorang share itu macam dah jadi video diorang dah,
Makin ramai yang komen, makin seronok pula dia rasa. Huhuhu.. Ada ke orang macam ini?

10. Lihat Balik Perkara 1 hingga 9!

Jadi, try korang review balik perkara 1 hingga 9 diatas. Ada tak sangkut dengan korang? Hehehhe…. Mesti tak ada kan.. Eh.. Ke ada?

kredit :http://www.ar-rifke.com

11 comments:

  1. no.4, kalau dah tahap bosan buka la fb. borak ngan kwn.

    kdg2 bajet artis gak. hahaha takde la. nice~

    ReplyDelete
  2. haha..ini adalah fakta..terkena dkt batang hidung Mawa ni..Mawa suka share vid byk2 kt fb..kt blog pulak Mawa suka cerita merepek..haha..ketagih twitter xde??coz ant 3 ni mawa paling addict twitter..huhu

    ReplyDelete
  3. keh3
    ada betul juga nih
    :-)


    P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

    ReplyDelete
  4. terasa tang no 8..hukhukk..tp xdela 24/7 mengupload..just for occasion je..heheee..

    ReplyDelete
  5. hahaha.... ade la sangkut. macam mane ni :)

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca