Majlis Perkahwinan: Perkara Yang Perlu Difikirkan | sobriyaacob.com

Tuesday, February 12, 2013

Majlis Perkahwinan: Perkara Yang Perlu Difikirkan


Assalamualaikum...

Lamanya saya tidak mengemaskini 'Mindahana'. Walhal banyak perkara yang ingin dikongsi bersama anda. Baiklah, untuk entri kali ini, saya ingin mengupas suatu isu yang sememangnya harus difikirkan oleh bakal-bakal pengantin supaya majlis perkahwinan yang dirancang rapi itu bukan sahaja meriah tetapi diberkati Allah Taala. InsyaAllah. Sama-sama kita muhasabah diri dan berusaha untuk menghindari perkara yang dimurkai Allah.

Pengantin perempuan masih lagi mendedahkan auratnya
Antara perkara berikut perlu diberi perhatian;


1) Gambar Perkahwinan: Sebelum dan Selepas Akad Nikah

Gambar sebleum nikah (pre-wedding) yang biasa dirakamkan oleh pasangan masa kini sebagai kenang-kenangan adalah diharuskan dengan syarat gambar yang dirakam itu: 
tidak mendedahkan aurat 
tiada aksi-aksi intim yang boleh mengairahkan orang yang melihatnya (gambar tersebut) 
tidak bersentuhan lelaki perempuan 
masih menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim 

Manakala bergambar selepas nikah pula adalah diharuskan juga dengan syarat:

pakaian pengantin perempuan menutup aurat secara keseluruhannya 
tida aksi-aksi intim seperti peluk, cium yang agak menghairahkan kecuali jika jurufoto tersebut merupakan muhrim kepada pengantin perempuan. 

Ketahuilah pasangan mempelai dua merpati sekalian, jika berlaku juga perkara yang disebutkan di atas, maka hukumnya adalah HARAM

Saya suka busana pengantin yang dipakai Irma Hasmie, sopan, ringkas dan menutup aurat. Sekadar peluk pinggang tidaklah sampai menggairahkan bagi sesiapa yang memandang tapi mengundang rasa cemburu, mungkin ada. Untunglah... ;p 


2) Jurumekap Majlis Akad Nikah dan Perkahwinan

Ramai yang berpendapat, didandan oleh juru mekap 'maknyah' @ 'pondan' @ 'darai' @ 'abang aw' dan sebagainya lebih cantik berbanding jurumekap wanita. Namun begitu hakikatnya mereka tetap ajnabi kepada pengantin perempuan. Maka hukumnya adalah HARAMmenggunakan khidmat jurumekap golongan ini kerana membiarkan lelaki bukan muhrim melihat aurat pengantin perempuan dan merelakan wajahnya disentuh oleh mereka. Hal ini tidak perlu dikupas panjang lebar kerana semua umat Islam tahu bahawa lelaki ajnabi (bukan muhrim) haram bersentuhan dengan perempuan. 


Kesimpulannya: 

Ambillah jurufoto wanita atau yang muhrim dengan pengantin perempuan. Kalau jurufoto lelaki, maka pasangan pengantin harus menjaga tatasusila sebagai muslim dan muslimah sejati. (Jika hal ini disedari oleh umat Islam, maka peluang perniagaan terbuka luas kepada wanita yang ingin berkecimpung secara serius dalam bidang fotografi. Akan ada permintaan yang tinggi terhadap jurugambar wanita di kemudian hari)

Manakala bagi jurufoto yang merakamkan gambar pengantin yang terdedah auratnya, mereka juga turut berdosa kerana telah menyumbang kepada perbuatan maksiat. Saham dosa ini juga turut terkena kepada pereka busana pengantin yang mereka pakaian yang mendedahkan aurat.

Upahlah jurumekap wanita. Berdandanlah seadanya dan cuba elakkan tabarruj (berlebih-lebih dalam berhias) 

-Wallahua'lam-


9 comments:

  1. perkongsian yg menarik juga...
    urm...pasal pre wedding tue sekarang nie dah ajdik trend kowt...
    tapi pendapat sy tak perlu pre wedding pun tak pe...

    ReplyDelete
  2. Menarik. Tapi malang aku lambat lagi nak kawin. HAhahaha

    ReplyDelete
  3. najihahfara : tq skdar pngkongsian bersama..

    Sya_Merpati Putih 88: yg pra wddding memng jadi trend skrg..bg sya ok asalkan x melampaui bats...

    siddiq: ha.ha,. x pe nanti ko nak kawin ko bleh practicekan..

    ReplyDelete
  4. banyak rupanya kena fikir..lambat lagi nak kawin hehe

    ReplyDelete
  5. entry yg sangat berguna..insyaAllah semoga kita dapat elakkan..kadang2 dalam nak meriah terlepas pandang perkara yang tak sepatutnya :)

    ReplyDelete
  6. nyamuk terbang: sama la kita lambat lgi nak kawin, tpi bleh dgunakan sbgai pnduan masa nak kawin nanti

    ReplyDelete
  7. BlueiceButterfly : hope bleh djdikan pnduan utk hari mendatang :)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Sob sudi share di bloq awak...ada ilmu, kita sebarkan...:)

    I'm back, setelah lama menyepi.. :)

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca