Kedah Trip: Pasar Berbisik, kampung Tepi Sungai, Kuala Muda, Kedah | www.sobriyaacob.com

google advertising

Sunday, February 17, 2013

Kedah Trip: Pasar Berbisik, kampung Tepi Sungai, Kuala Muda, Kedah



Asalamualaikum & salam sejahtera readers!, entry kali ini adalah mengenai tempat-tempat menarik di malaysia, dan untuk destinasi berikutnya meh saya memperkenalkan tempat yang sangat menarik dan unik yang ada di kawasan nun jauh di lah utara! iaitu Pasar Berbisik, kuala muda kedah. Di mana kawasan ini para nelayan akan menjalankan urus niaga menjual hasil tangkapan mereka kepada pembeli / peraih dan pemborong, if im not mistake urusan dijalankan di sebuah komplek yang terletak di tepi lauk diberi nama 

Dewan Berbisik - Pusat Jualan Ikan Borong. Apa yang uniknya setiap urusniaga dijalankan oleh para nelayan dan pembeli akan "berbisik" sesama mereka, pembeli yang menawarkan harga tertinggi akan mendapatkan hasil tangkapan yang dibawa oleh nelayan nelayan dan apabila harga telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak maka si pembeli akan membayar kepada nelayan tadi untuk dibawa semua hasil tangkapan ini. Nelayan akan membentangkan hasil tangkapan mereka di atas lantai dengan bermacam-macam jenis hidupan laut, dan peraih akan mula berbisik kepada nelayan tersebut untuk menawarkan harga tertinggi. Hanya nelayan dan peraih yang mengetahui harga yang ditawarkan. Jadi peraih-peraih lain akan bersaing untuk menawarkan harga tertinggi kepada nelayan berkenaan dengan berbisik secara bergilir.

Apa yang membuatkan proses ini lain daripada lain ialah mereka akan berbisik untuk menetapkan harga yang terbaik untuk mendapatkan hasil laut tersebut, bagi anda yang sukakan hasil laut yang segar-segar belaka bolehlah berkunjung di sini. :P

Pelbagai urusniga dan aktiviti dijalankan ada di sekitar komplek ini

Anda ingat tak lagi dulu pasar berbisik ni pernah masuk dalam majalah 3, yang cerita pasai keunikan urus niaga dan jual-beli yang dijalankan secara "berbisik". Biasanya komplek ini akan mula sibuk berurusniaga dalam pukul 10.00 am-1.30 pm, pada masa ini lah kita boleh tengok suasana tawar-menawar dijalankan antara nelayan dan peraih, pelbagai ragam & aksi yang semestinya menarik perhatian. Bagi anda yang pertama kali datang di sini jangan risau kerana di komplek ini juga kita boleh membeli dalam kuantiti yang kecil, jadi tak perlulah kita membeli dalam kuantiti yang banyak seperti nak berniaga balik dekat pasar malam. 

suasana di dalam komplek,ramai bak hang! 

waktu saya sampai ke sini lebih kurang dalam pukul 11.00 am,agak terkejut! ramainya orang ada dekat sini terutama pemborong dan juga ramai juga yang datang tak beli cuma ingin merasai sendiri pengalaman urusan jual beli dan paling best susana dekat sini memang terasa macam perkampungan nelayan. Cuba tengok gambar kat atas siap ada pelancong asing, mungkin dari negara eropah kot? * agak-agak tengok bendera dekat van pelancong*.

Selalunya pelancong yang datang ke negara kita memang suka tempat-tempat yang unik macam ni, diorang bukannya datang nak membeli- belah sangat dekat tempat exlusive, selalunya pelancong yang datang dekat malaysia nak merasai pengalaman, kebudayaan dan kehidupan seharian rakyat malaysia. Yang paling best tengok gelagat pelancong asing, tawar menawar dengan para nelayan, entah la apa yang dibisikkan oleh pelancong tu kepada nelayan, yang pasti mereka lagi banyak beli daripada saya. Mungkin dalam perjalan balik mereka singgah mana-mana kedai seafood, tomyan ke, suruh masak ikan tiga rasa, Kalau saya tidak silap, dulu kawasan ini pernah kena Tsunami, mungkin jeti ini adalah jeti baru, gantikan jeti yang lama. apa yang saya tahu ada dua komplek tempat pendaratan ikan. 

Di bawah ini saya kongsikan gambar-gambar menarik di sekitar kawasan pasar berbisik,kuala muda kedah.


Ada dua komplek pendaratan, cuba tengok gambar di atas ada satu lagi, dekat seberang sana. *maafkan saya sekiranya saya salah*


Ini lah komplek dimana urusniaga dijalankan:P

Sedikit information yang saya perolehi dari internet mengenai Pasar Berbisik, kampung Tepi Sungai, Kuala Muda, Kedah

Dewan Berbisik - Pusat Jualan Ikan Borong

Pembelian ikan borong adalah melalui membisikkan harga tawaran. Setiap pagi, berbagai-bagai jenis perahu pulang ke Kuala Muda dengan tangkapan ikan, udang, dan sebagainya, dan berlabuh di turus pantai yang berhampiran dengan pasar basah bandar itu. Tangkapan nelayan dijual melalui jualan lelong. Nelayan-nelayan akan mengasing-asingkan tangkapan mereka mengikut jenis, saiz, dan nilai, dan mempamerkannya dalam longgokan. Pembeli-pembeli prospektif akan membisikkan harga tawaran bagi sesuatu longgokan kepada penjual secara langsung. Penjual akan mengumpulkan beberapa tawaran dan menentukan orang yang menawarkan harga yang tertinggi. Tsunami pada akhir tahun 2004 telah mengakibatkan banyak kemusnahan kepada komuniti perikanan Kuala Muda. Banyak rumah di tepi jalan raya pantai yang menuju ke Kuala Muda telah dimusnahkan oleh ombak tsunami, termasuk pangkalan dan pasar basah. Ketika itu, sebuah khemah sementara terpaksa didirikan untuk bertindak sebagai pasar, sementara menunggu pembinaan pasar yang baru. 




Bagi kita yang bawa duit ala-ala kadar je *setakat nak beli ikan sadin sekilo*, beli untuk perut sendiri, boleh beli terus dari nelayan, boleh pergi terus dekat bot-bot nelayan, mesti boleh dapat harga murah, janji pandai nego :P

Antara hasil tangkapan kali di sini, selepas jenuh berbisik inilah yang kami beli :P

Apa yang best dekat sini, semua hasil tangkapan yang ditawarkan adalah fresh-fresh belaka, bagi mereka yang sukakan makanan laut yang segar bolehlah datang ke sini. pelbagai jenis Ikan, udang, sotong ataupun semua jenis hidupan laut yang boleh dimakan ada dekat sini, cakap je teringin nak makan apa? ikan pari, sotong kurita, ikan bilis?, kuda laut?, udang harimau ke semuanya segar dari laut, yang penting jangan lupa bawa duit untuk membeli. 

Ini kalau beli kat pasar malam, beratus jugak ni!

Sampai di sini saja keunikan pasar berbisik yang boleh saya kongsikan bersama anda, so apa lagi para blogger, pembaca sekiranya anda inginkan hasil laut yang segar dan harga berpatutan, marilah berkunjung ke Pasar bebisik, kuala muda kedah !!. Mai sini jangan lupa pulak berbisiq sekali noo..!!.

P/s:Jadi kalau anda berplanning nak makan fresh seaford or bbq sampai muntah! jangan lupa datang kesini dan beli hasil lauk yang segar-segar dan paling penting murah :P 

16 comments:

  1. terima kasih follow saya..
    info yg bagus,kuala muda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya ketam tuh !!..
      nanti nak gi sini,..tq share
      Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Setiap artikel yang telah di ping akan kami submit sekali lagi pada 'google index'secara auto dan manual untuk memaksa google indeks blog anda sekerap mungkin. Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda dengan memasang banner kecil kami !

      Delete
  2. SUka makan udang.. hehe..

    Jemput join segmen ni kalau belum.. 100 penyertaan TERAWAL akan dapat Sticker Fridge Magnet @ Button Badge dari Cenderahati Akamika Gift .. Cepat!! Cepat!! Hehe ^_^

    http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html

    ReplyDelete
  3. wow menariknya...xpernah lagi rasa pengalaman beli terus ikan2 dr nelayan...selalunya beli kat pasar je...

    ReplyDelete
  4. Pernah dengar cerita ttg urus niaga secara berbisik macam ni tapi belum pernah lihat sendiri.

    Kunjungan balas. Terima kasih sudi berkunjung ke blog ibu.

    ReplyDelete
  5. semuanya fresh2 lagi. pastu terus masak. mmg umphhh.. :)

    ReplyDelete
  6. eh2..walaupun dok kedah tak pernah sampai g pon kat situ..sangat menarik :)

    ReplyDelete
  7. meriah tgk tempat tu...... mesti murah2.....

    ReplyDelete
  8. kat kedah ke ni?

    sbg anak jati kedah...aku dgn penuh xtaw malunya ngaku aku xnah p sini..sob3~~~ (Y_Y)

    ReplyDelete
  9. saya org kedah pon xpenah smpai lagi.... nnt kena ajak family pergi.. nk borong ikan nie...

    ReplyDelete
  10. Info bagus...
    thanks.
    www.duniawisataku.com

    ReplyDelete
  11. Nak tanya ni kat Sg Petani ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Dekat kota kuala muda. Around 8km from Pantai Merdeka.

      Delete
  12. ni belah penang ka belah tikam batu???

    ReplyDelete
  13. Ada orang jual box isi ikan tak? Polistirin box kat pasar tu?

    ReplyDelete
  14. Ada orang jual box isi ikan tak? Polistirin box kat pasar tu?

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca