Tips Cara Mengatasi Muka Tembam | www.sobriyaacob.com

google advertising

Wednesday, June 19, 2013

Tips Cara Mengatasi Muka Tembam


Tips Cara Mengatasi Muka Tembam I Walaupun tembam tetap comel gituw.


Disusun oleh Amiene Rev 
  • Ada sesetengah orang suka pipi yang tembam, kata mereka, pipi tembam nampak awet muda. Lambat nampak tua. Ada sesetengah orang tidak suka pipi tembam, kata mereka, nampak gemuk, tak sesuai dengan badan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan pipi dan muka jadi tembam ni.
  • Selain faktor pemakanan berlemak, faktor-faktor lain yang menjadi punca muka tembam atau muka gemuk ini ialah tabiat suka tidur selepas makan. Satu lagi punca muka gemuk atau pipi jadi tembam ini adalah tabiat suka gelak atau suka ketawa terlalu banyak. Kalau dah kerap sangat ketawa, muka akan jadi gemuk dan pipi akan jadi tembam. Berikut adalah petua untuk kuruskan muka tembam atau pipi tembam.

Petua 1 Untuk Kuruskan Muka Tembam: Latihan A E I O U Berdasarkan Mimik Muka

Sila bentukkan mulut dan mimik muka semasa menyebut setiap huruf iaitu huruf A, E, I, O, dan U. Sebutkan setiap huruf secaa perlahan-lahan sebanyak 20 kali. Ada sesetengah orang kata, buat dalam masa 2-3 minit. Eloklah mengadap cermin semasa buat senaman mimik muka ni, tapi jangan gelak sebab kuat ketawa boleh menyebabkan pipi jadi tembam dan muka jadi gemuk. Kalau nak ketawa, ketawalah di dalam hati.

Petua 2 Untuk Kuruskan Pipi Tembam: Amalan Waktu Pagi dan Sebelum Tidur

Amalan ini perlu dilakukan pada waktu pagi dan juga pada waktu sebelum hendak tidur. Tongkatkan siku pada kepala lutu dan tampungkan kedua-dua keseluruhan telapak tangan ke seluruh bahagian muka selama 5-10 minit.

Petua 3 Untuk Kuruskan Muka Tembam

Kalau tadi pada bahagian muka, sekarang kita ampukan tapak tangan ke bahagian dagu pula. Buat dalam 5-10 minit juga.


P/s: Saya harap Petua Kuruskan Pipi Tembam Dan Petua Kuruskan Muka Tembam ini dapat membantu mengatasi masalah pipi tembam, tak salah mencuba kalau berhasil alhamdulilah... tapi kalau pipi tembam cute apa? yang penting bersyukur dengan setiap ciptaan ilahi, semuanya elok & sempurna setiap ciptaannya :) terima kasih allah.

5 comments:

  1. nice tips...
    thanks sebab sudi share petua nie..ehehe..boleh amalakan elpas nie..ehehe..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. he.he.. ur wc sis.
      jgn lupa amalkan ye :)

      Delete
  2. salam. thanks for the tips. I have fluffy cheeks and these tips come in handy. Done follow your blog.

    ReplyDelete
  3. nak kene cuba la tips ni..
    pipi ni dah membuak tembam dahh

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang sangat menarik. Terima kasih.

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca