Tips : Ciri-ciri Pelajar Bermotivasi Tinggi Dan Cemerlang | www.sobriyaacob.com

Monday, June 17, 2013

Tips : Ciri-ciri Pelajar Bermotivasi Tinggi Dan Cemerlang


saya pelajar cemerlang!, saya yakin saya boleh lakukan


* Bersemangat dan ingin ke sekolah awal & Tekun dan rajin perlu ada dalam diri anda. 


* Berpegang kuat kepada prinsip hidup sendiri, Mempunyai sikap positif dan optimis 

* Tidak mengaku kalah kepada cabaran dan halangan. 

* Bersedia untuk belajar bersungguh-sungguh. Banyak bertanya ketika diberi peluang untuk bertanya. 

* Suka mengulang kaji pelajaran walau di mana anda berada. 

* Suka membuat nota &Suka ke perpustakaan. 

* Imej diri sebagai pelajar yang pintar sentiasa dijaga. 

* Selalu berjumpa dengan guru & Menghormati pelajar lain yang lebih pandai. 

* Mengekalkan hubungan baik dengan rakan-rakan dan guru. 

* Suka kepada ujian dan peperiksaan yang dijalankan. 

* Tidak suka membuang masa. 

* Sentiasa beribadat dan berdoa kepada Allah S.W.T. 

* Sentiasa meluangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan tugasan sekolah. 

* Tidur bukanlah satu hobi tetapi sebagai satu keperluan. 

* Cinta kepada ilmu pengetahuan dan berusaha untuk menambah pengetahuan yang sedia ada. 

* Berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran dan mendapatkan pengetahuan baharu.

P/s: Macam mana? anda ada tak ciri-ciri seperti di atas? ciri-ciri pelajar bermotivasi tinggi, kejayaan tak akan datang sekiranya kita tidak berusaha, yang penting sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan & tidak lupa berdoa kepada allah s.w.t. 



2 comments:

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca