Tips Sihat : 10 Tips Cepat Untuk Berhenti Merokok! | sobriyaacob.com

Monday, June 24, 2013

Tips Sihat : 10 Tips Cepat Untuk Berhenti Merokok!


Apa itu rokok? Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk silinder samada daripada kertas mahupun daripada berbagai jenis daun berukuran antara 70mm hintga 120mm dengan diameter 10mm berbeda mengikut negara. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada ujung yang lain.

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:


Sentiasa yakin yang anda mampu melawan ketagihan merokok, dan berusaha meningalkan tabiat merokok sedikit demi sedikit 

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok 
  • Yakinkan diri 
  • Buat nota peringatan 
  • Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’ 
  • Tumpukan pada hari ini 
  • Sentiada berfikiran positif 
  • Dapatkan sokongan 
  • Lawan keinginan untuk merokok 
  • Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT) 

Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

  • Melengahkan-lengah 
  • Minum banyak air 
  • Menarik nafas panjang 
  • Membuat sesuatu 
  • Menjauhkan diri dari tempat orang merokok 
  • Mengunyah sesuatu 
  • Membasuh tangan 
  • Mandi dengan kerap 
  • Melakukan senaman regangan 
  • Memohon doa 

P/S: Katakan Tidak Pada Merokok :)


1 comment:

  1. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok in iyang paling susah sebab 99% kawan hisap rokok ..heheheh

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca