Santai-Santai: Kenapa Saya Nak Kawin Dalam Usia Muda | www.sobriyaacob.com

Tuesday, July 23, 2013

Santai-Santai: Kenapa Saya Nak Kawin Dalam Usia Muda


Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
"Kenapa sibuk nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi pakcik 10 alasan kenapa. Kalau 10 banyak sangat, kasi 8 alasan pun jadilah."
"Ok macam ni abah. Eh pakcik!"

1. Dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith).
2. Nak jaga mata, hati dan kemaluan.
3. Nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila-bila masa sahaja.
4. Nak ada zuriat yang dapat bahagia dan doakan kami, mati bila-bila masa aje kan abah?     eh pakcik!
5. Dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan           memandangnya sahaja sudah perolehi pahala.
6. Dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yang lebih berfikir         lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga.
7. Nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan             agama.
8. Saya sayang dan cintakan anak pakcik .

"Sobsob. Ok kahwinlah dengan anak pakcik. Moga anak mampu membahagiakan dia lebih dari apa yang termampu pakcik lakukan."

Psst! Kepada yang punya perancangan untuk mengakhiri zaman solo yang membosankan, tanamkan 8 perkara ini dalam hati ya. Mudah-mudahan yang terbaik untuk kita semua.


8 comments:

  1. nice sharing.. harap2 lelaki2 diluar sana berfikiran matang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat..kalau dah sampai jodoh apa salahnya

      Delete
  2. kawan pon da ramai yg kawen thn ni.semoga berbahagia hingga ke syurga..insya-allah

    ReplyDelete
  3. hehehe...cute jerr selingan alasan diatu..abah...opss pcik...

    psss...sangat setuju dengan kata2 UAI tu...

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca