Nikmat Sabar & Ganjaran Allah | www.sobriyaacob.com

Wednesday, July 17, 2013

Nikmat Sabar & Ganjaran Allah




Bismillah. Semalam selepas solat Isyak di sebuah surau, Imam mengumumkan yang berbunyi 

"Dukacita dimaklumkan, bahawa kejadian buruk menimpa kepada salah seorang Imam Tahfiz yang kehilangan duit, apabila sewaktu melakukan solat terawih di dalam surau ini, ada pencuri yang mencuri dompet imam itu yang disimpan di dalam biliknya'. Duit sebanyak RM 350 hilang, Mykad dan lesen dijumpai semula di sekitar surau itu pada malam itu juga. Mohon semua ahli kariah untuk memberi sedekah ataupun hadiah bagi mengantikan duit imam kita yang dicuri itu"

Saya ketawa dalam hati dan tersenyum, dan berkata kepada diri saya, ini bukan berita dukacita, ini berita yang paling gembira untuk ustaz itu. Saya percaya kutipan yang ustaz itu akan dapat melebihi dari apa yang ustaz itu hilang'. Di sini adalah antara pengajaran yang saya sudah dapat lihat sebelum ini, apabila musibah berlaku kepada orang yang berimam, nikmat dalam bentuk duit dan kesenangan menimpa mereka disebabkan musibah itu berlaku.

Itu belum lagi dicampur dan didarab dengan limpahan pahala di atas kesabaran yang Allah berikan kepada orang yang alim, jujur, benar ataupun suka menolong orang lain.

Pada malam itu, sewaktu Moreh (makan malam bersama ahli kariah) sempat melihat seorang hamba Allah memberikan RM 100 kepada beliau. Malam itu juga ada seorang Ahli Dewangan Undangan Negeri yang turut hadir, berkemungkinan besar beliau juga memberi sumbangan In Syaa Allah belum lagi dicampur dengan ahli kariah yang beriman itu. Saya menjagakan beliau dapat sekitar RM 700 ke atas, In Syaa Allah. Lesen dan Mykad beliau dipulangkan semula. Hanya duit RM 350, saya percaya musibah itu berlaku kerana Allah ingin menunjukkan apabila kita ikut perintah Allah, tiada siapa yang mencuri harta kita. Walaupun orang ambil harta kita yang bernilai RM 350, sekelip mata Allah mengantikannya dengan berganda. Alhamdulillah.

Dukacita pada masa kasar, tetapi menjadi Sukacita selepas beberapa ketika.

Sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Astaghfirullah. ~ Dipetik dari Shamsuddin Kadir



4 comments:

  1. syukur alhamdulillah ..berlipat kali ganda ganjaran yg beliau dapat ganti wang hilang tu...tapi jika beliau itu dikalangan orang biasa mungkin kah?

    ReplyDelete
  2. bersangka baik dengan Allah,btul tu..makna yg mendalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu setiap pkara yg tjadi anda hikmahnaya :)

      Delete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca