Tips Sihat: Cara Tambahkan Berat Badan | sobriyaacob.com

Thursday, July 18, 2013

Tips Sihat: Cara Tambahkan Berat Badan


Assalamualaikum, hari ini saya nak berkongsi tips cara untuk menambahkan berat badan ? pelikkan selalunya banyak kes orang nak turunkan berat badan, nak dapatkan bentuk badan yang  ideal dan menarik di pandang :) ada seorang bro ni ada request tips nak tambahkan berat badan di ruangan komen, sebab bro ni cakap bukan semua orang ada masalah nak kurangkan berat badan, kalau orang tu ada masalah nak tambahkan berat badan macam mana pula? so sekiranya anda dalam golongan kes nak tambahkan berat badan bagi yang berbadan kurus, mugkin tips ehsan google  di bawah boleh membantu, good luck!!



  • Niat. Untuk berjaya, kita perlu tetapkan niat dalam hati agar segala tips yang dikongsikan dapat dilakukan dengan baik.
  • Makan roti. Roti mengandungi kalori yang tinggi berbanding nasi. Pengambilan kalori yang banyak akan membantu mempercepatkan penambahan berat badan.
  • Jangan tinggal waktu makan. Dengan makan yang cukup akan dapat menastikan badan kita sentiasa mendapat kadar protein, garam galian dan kalori yang mencukupi.


  • Makan banyak kali. Maksudnya makan dengan kadar yang mengenyangkan tetapi banyak kali selepas beberapa jam. Bukan makan banyank sekali gus... Orang yang berbadan besar sering dikaitkan dengan makan banyak. Tetapi bezanya sini kita makan makanan yang berkhasiat dan yang sesuai untuk menambah berat badan.
  • Mengambil makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan seperti pil vitamin B dan C akan membantu menseimbangkan pemakanan anda.
  • Piramid Makanan. Sentias rujuk piramid makanan semasa memilih makanan yang hendak di makan.
  • Senaman. Senaman ini penting untuk membentuk otot-otot pada badan. Jika tidak melakukan senaman dikhuatiri badan menjadi gemuk pula kerana kebanyakan cara menambah berat badan yang saya kongsi berkaitan dengan makan.
  • Untuk berjaya, anda perlulah mempunyai keinginan dan disiplin yang kuat. Kecepatan berat bertambah bergantung dengan cara bagaimana anda melakukan tips ini dan keadaan badan. Satu lagi, elakkan mengambil apa-apa ubat yang kononnya boleh membantu anda menambah berat badan dengan cepat. Takut ada kesan sampingan yang lain.

2 comments:

  1. tq bro,tak sangka ko wat jugak tips yg aku mintak!! harap2 naik.la badan aq nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur wc mr anas..harap boleh bantu ko dalam usaha menambahkan berat badan ye ") WISH U GUD LUCK

      Delete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca