CONTOH BAB 1 - PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG FIRMA | www.sobriyaacob.com

google advertising

Wednesday, October 9, 2013

CONTOH BAB 1 - PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG FIRMA




BAB 1
PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG FIRMA

1.1      PENGENALAN

            1.1.1    Pendahuluan

Terlebih dalulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana di atas limpah kurniaNya dan keizinanNya, saya telah menyempurnakan latihan industri ini dengan jayanya. Saya berasa gembira kerana Latihan ini bermula dengan baik dan berakhir dengan sempurnanya. Ia telah berjalan dengan lancar sepertimana yang diharapkan.

Latihan ini  merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar Politeknik  sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan.


Setiap pelajar perlu lulus latihan industri  sebelum dibenarkan untuk memasuki semester  yang berikutnya. Pelajar yang gagal perlu mengulangi semula latihan industri. Oleh itu pelajar perlu mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik dan juga syarikat pelajar ditempatkan .

Antara objektif utama latihan industri diwujudkan adalah untuk bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan suasana pekerjaan yang sebenar. Ia juga tujuan untuk menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik semasa pekerjaan. Selain itu  membolehkan pelajar melihat kaitan di antara teori yang dipelajari di kelas dengan kerja-kerja praktikal yang dijalankan di alam pekerjaan yang sebenar. Di samping itu pelajar dapat mengukuhkan keyakinan diri ke alam perkerjaan serta pengalaman yang ditimba juga boleh dijadikan sebagai persedian untuk menempuh alam pekerjaan kelak.

Dengan terbitnya buku laporan ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan  untuk pelajar mencari maklumat yang diingini bagi menambah ilmu pengetahuan.


 1.2      LATAR BELAKANG FIRMA

            1.2.1    Pengenalan Kepada Firma

PERNEC CORPORATION BERHAD.

PERNEC CORPORATION BERHAD  ialah sebuah syarikat yang berkerjasama antara Amanah Raya Berhad, Skim Amanah Saham Bumiputra, Pernas International Holding Berhad dan NEC Coperation, Jepun. Aktiviti perniagaan utamanya ialah menyelesaikan sesuatu masalah dan memperlengkapkan sesuatu teknologi komunikasi dan informasi kepada pelanggan dalam Malaysia dan luar negara.

            Syarikat ini beroperasi pada tahun 1983 melalui kerjasama antara perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) di Malaysia dan Nippon Electric Company di jepun. Perniagaan ini memfokuskan kepada membekalkan peralatan komunikasi kepada jabatan Telekom Malaysia (sekarang dikenali sebagai Telekom Berhad). Pada tahun 1974, syarikat ini berkerjasama dalam memasarkan pelbagai peralatan NEC.

            Pada tahun 1981, PNB melabur dalam sebahagian saham dan mengemudikan syarikat melalui perkembangan perniagaan. Awal tahun 90-an, syarikat ini menawan perkongsian pasaran yang istimewa di Malaysia dengan membekalkan alatan telekomunikasi kepada operator telekomunikasi di Malaysia khusus untuk Telekom Malaysia Berhad. Di dalam Syarikat ini, terdapat enam subsidiari yang terlibat di dalam bidang yang berbeza di dalam sektor komunikasi dan teknologi maklumat seperti infrastruktur, telekomunikasi, perusahaan, teknologi maklumat, i- kewangan Islam dan operasi telefon awam.

            Semenjak penubuhannya, Pernec Coperations Berhad telah mencatatkan peningkatan operasi yang memberangsangkan dan ketika ini, Pernec  dikenali  sebagai salah satu syarikat yang terkemuka di dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat dan komunikasi, dan telah memberi berbagai perkhidmatan dan produk untuk pelanggan yang meliputi berbagai bidang di dalam dan luar Negara.

            Bersesuaian dengan strategi perniagaan yang telah diperbaharui, Pernec telah mengenal pasti beberapa inisiatif baru seperti sistem e-Ras, Teknologi Hijau dan juga Portal Perniagaan Halalsquare dan e-Bekal yang berpotensi untuk melebarkan lagi pertambahan pendapatannya di dalam usaha untuk mengekalkan reputasi sebagai, salah satu sebuah syarikat yang berdaya saing di dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat yang kompetitif.

 Gambaran keperluan pelanggan dalam Bidang IT dan komunikasi pada masa sekarang dan masa hadapan, PERNEC menentukan kedudukan tertentu untuk menjadi panduan syarikat di malaysia dalam memperlengkapkan dan menyelesaikan Teknologi Informasi dan Komunikasi kepada pelanggan yang amat bernilai.

Rajah1.1: Logo Rasmi Pernec Coperations Berhad.
 
Rajah 1.2: Syarikat Pernec Corperations Berhad yang bertempat di Ampang / Ulu Klang Industrial Zone, Selangor Darul Ehsan.
Sumber:pernec-intranet/Pages/Default.aspx


1.2.2    Misi, Visi, dan Matlamat

   Misi

            Misi Pernec, adalah untuk menjadi salah satu sebuah syarikat yang terulung di malaysia. Pernec telah berusaha untuk memberikan penyelesaian lengkap dalam Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) di Malaysia dan luar Negara dengan memberi tumpuan utama kepada kepuasan pengguna dan menepati aspirasi pelanggan.

Visi  Dan Matlamat

            PERNEC corporation Bhd, mempunyai visi dan matlamat yang tersendiri iaitu untuk terus bersaing demi meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan Industri Teknologi Maklumat serta komunikasi dengan berdasarkan penggunaan satelit , fiber optic, system “mobilphone” dan jaringan komunikasi antarabangsa.

            Syarikat ni menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan teknologi maklumat bagi menyokong usaha kerajaan malaysia dalam membangunkan Projek Koridor Raya Multimedia sebagai salah satu medium penyebar maklumat kepada rakyat. 


   1.2.3    Carta Organisasi  Pernec Corporation Berhad


1.2.5    Pemegang Saham

       I.                    Permodalan  Nasional Berhad

            Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah dana yang terbesar untuk pengurusan syarikat di malaysia, PNB adalah syarikat induk untuk Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang mengendalikan sejumlah skim kepercayaan unit dan merupakan anak syarikat yang sepenuhnya dimiliki oleh yayasan pelaburan bumiputra.


 Rajah 1.5: Logo Permodalan Nasional Berhad
Sumber: www. pernec.com.my

    II.                  NEC corporation

            NEC Corporation adalah sebuah  syarikat multinasional Jepun ICT beribu pejabat di Minato-ku Tokyo, Jepun. NEC corporation adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat Sumitomo, menyediakan produk berasakan  Teknologi Maklumat (IT) dan menyelesaikan masalah komunikasi perniagaan. NEC corporation juga pembekal perkhidmatan komunikasi dan  pemerintah  instansi.

            Syarikat ini dahulu dikenali sebagai Nippon Electrik Company, Limited, sebelum diubah nama pada tahun 1983.



Rajah 1.6 : Logo NEC corporation
Sumber: www. pernec.com.my

 III.                  Amanah Raya Berhad

            Amanah Raya Berhad adalah pemegang saham yang terbesar di dalam Pernec Coperation. Amanah Raya Berhad memegang saham dalam Pernec Coperation untuk  PNB’s  Unit Trust Fund. Bumiputra Malaysia pada umumnya ditempatkan di Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB).



       . Rajah 1.7: Logo Amanah Raya Berhad
                                                    Sumber: www. pernec.com.my   

Jadual 1.1: Jumlah Peratusan Pemegang-Pemegang Saham Syarikat

Nama Syarikat
Negara

Peratusan %

Amanah Raya Berhad
Malaysia

48.45%
Permodalan Nasional Berhad
Malaysia

21.56%

NEC Coperation
Jepun

29.99%
JUMLAH
100%


 1.2.6    Anak-Anak Syarikat Pernec

PERNEC CORPORATION BERHAD, mempunyai tiga cabang utama perniagaan iaitu, Telco Group, IT Group, dan Pernec Paypoint Snd. Bhd. Di bawah tiga cabang perniagaan utama  yang dijalankan di PERNEC, terdapat 5 buah anak syarikat iaitu Pernec Integrated Network System Snd  Bhd, Pernec Transmissions Snd Bhd, Pernec Advance Network Snd Bhd, Pernec Technology Snd  Bhd dan Fitos Snd Bhd.

Rajah 1.8: Cabang utama perniagaan dan anak syarikat di bawah Pernec.
Sumber: www.pernec.com.my


1.2.7.1    Pernec Technologies Sdn Bhd

            PERNEC Technologies (PT) telah bergabung dengan PERNEC Corporation Berhad, pada bulan Oktober tahun 1988 dan kini ia dimiliki oleh Pernec sepenuhnya. Ia memiliki modal sejumlah RM 10 juta. Pada 29 jun 2001 ,PT telah dianugerahkan dengan sijil ISO daripada SIRIM.
           
Pernec Technologies mendefinasikan, rekabentuk dan teknologi memberikan penyelesaian perniagaan yang membantu syarikat mengusaia pasaran global tanpa batasan. Pernec technologies juga menyediakan rangkaian lengkap perkhidmatan dengan memfaatkan kelebihan kemahiran perniagaan dan kerjasama strategik dengan pembekal teknologi terkenal dunia.

            Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi perundingan perniagaan dan teknologi, perkhidmatan aplikasi, integrasi sistem, kejuteraan produk, pembagunan perisian dan penyelengaraan, infrastruktur dan perkhidmatan proses perniagaan.


Rajah 1.9: Logo Pernec Technologies Snd. Bhd
Sumber: Majalah Nada Pernec, edisi Ogos 2010 (vol39)


1.2.7.2    Pernec Telco Snd. Bhd.

            Pernec Telco Snd. Bhd adalah sebuah perniagaan berasaskan bidang komunikasi, memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui produk- produk yang ditawarkan kepada pelanggan. Daripada infrasuktur telekomunikasi yang asas untuk Radio Microwace Access kepada perniagaan muiti-nasional yang canggih.

            Operasi Pernec Telco adalah sebagai salah satu pembekal peralatan komunikasi untuk Telcos serta perkhidmatan komunikasi untuk perniagaan, turut juga mempelbagai perkhidmatan ditawarkan antaranya menyediakan perkidmatan liputan internet.

            Perkidmatan Spot wayarles helo fidelity (WIFI) antara syarikat mempunyai rangkaian WIFI terbesar di negara pada masa kini. Pernec Telco juga terus mencari dan membangunkan  penyelesaian baru  serta memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang berkualiti tinggi.


Rajah1.10 : Logo Pernec Telco Snd. Bhd
Sumber: Majalah Nada Pernec, edisi Ogos 2010 (vol39)


1.2.7.3    Pernec Paypoint Sdn Bhd

            PERNEC Paypoint Sdn Bhd (PayPoint) dilesenkan di bawah undang-undang komunikasi dan Multimedia 1988 sebagai Network Service Provider (NSP) dalam industri telekomunikasi yang meliputi perkhidmatan telefon awan yang terdapat di malaysia.

            PayPoint mula beroperasi pada 1 Januari 2008 setelah mengambil alih daripada Syarikat  TM telefon awam. Mempunyai seramai 650 pekerja dengan 27 cawangan utama di Malaysia dan jumlah keseluruhan mempunyai 35000 telefon awam dalam perkhidmatan yang ditawarkan dengan lebih daripada 90% servis.

            Paypoint merupakan syarikat menopoli dalam industri telefon umum di Malaysia, selepas memperolehi peratusan saham sebanyak 56.7% di dalam pasaran telekomunikasi yang merangkumi kawasan seperti kawasan rekreasi, sekolah, universiti, kem khidmat Negara , pasar raya, turut memfokuskan kawasan seperti kawasan perlancongan, kawasan perumahan, iklan, kawasan perniagaan, stesen bas, lapangan terbang dan kawasan lain-lain yang merangkumi kawasan dalam bandar dan luar bandar.   

Kekuatan dan pengalaman syarikat  Pernec Paypoint Snd Bhd Secara umumnya, menyediakan mutu  perkhidmatan telefon awan  yang berkualiti tinggi kepada masyarakat setempat. Turut mengendalikan pengurusan dan operasi rangkaian telefon awam secara menyeluruh di seluruh Malaysia.

Turut menyediakan penyelesaian dan penghasilkan untuk sistem telefon awam termasuk rekabentuk ,perkhidmatan, latihan dan sokongan dan perkhidmatan selepas jualan. Mempunyai pasukan tenaga kerja yang terlatih dan berkualiti untuk menyokong sebarang masalah yang dihadapai dalam melakukan penambahbaikan dalam industri telefon awam di Malaysia.

P/S: Selalunya sejarah syarikat / background company boleh mintak terus daripada penyelia sebagai rujukan ataupun boleh copy daripada website syarikat.

Anda boleh klik ke CONTOH LATIHAN INDUSTRI atau anda boleh klik contoh report di bawah untuk melihat contoh-cotoh Report yang terdahulu & jangan lupa like page aku VS kehidupan di facebook sebagai tanda sokongan.



3 comments:

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca