Fakta Mengenai Malaysia | www.sobriyaacob.com

google advertising

Wednesday, October 16, 2013

Fakta Mengenai Malaysia


BUDAYA

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum, budaya dan bahasa. Orang Melayu merupakan komuniti terbesar yang memainkan peranan terpenting dalam politik negara. Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia), merupakan bahasa utama negara ini. Rakyat berketurunan Minangkabau, Bugis dan Jawa boleh digolongkan sebagai "Melayu" mengikut takrifan perlembagaan, tetapi juga boleh bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing. Bahasa Inggeris juga meluas di kawasan bandaraya utama. Mengikut perlembagaan, semua orang Melayu beragama Islam, namun budaya Melayu memperlihatkan pengaruh kuat dari agama Hindu, Buddha dan animisme, tetapi semua ini telah diketepikan atau diharamkan sejak pergerakan pengislaman pada 1980-an dan 1990-an. Memandangkan sesiapa sahaja umat Islam yang berbahasa Melayu menikmati keistimewaan bumiputera, ramai umat Islam bukan Melayu mengamalkan bahasa, adat dan pemakaian Melayu akhir-akhir ini, terutamanya kaum India Muslim di Semenanjung dan Kadazan di Borneo.


DEMOGRAFI

Kependudukan Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, yang mana majoriti 50.4% merupakan orang Melayu dan 11% adalah kaum bumiputera lain. Perlembagaan negara menetapkan bahawa orang Melayu adalah umat Islam yang mengamalkan adat dan kebudayaan Melayu. Taraf bumiputera turut diberi kepada sesetengah orang asli bukan Melayu tertentu, termasuk etnik Thai, Khmer, Cham dan peribumi Sabah dan Sarawak. Lebih separuh penduduk Sarawak adalah bumiputera bukan Melayu (yang mana 30% adalah Iban); begitu juga dengan 60% penduduk Sabah (yang mana 18% adalah Kadazan-Dusun, dan 17% adalah Bajau). Wujudnya juga kelompok-kelompok peribumi kecil di semenanjung yang dikenali sama sekali sebagai Orang Asli.


Agama

Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan beragama, sungguhpun Islam selaku agama yang paling ramai penganutnya merupakan agama rasmi Malaysia. Menurut perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000, kira-kira 60.4% penduduk menganut agama Islam; 19.2% Buddha; 9.1% Kristian; 6.3% Hindu; dan 2.6% yang lain mengamalkan Konfusianisme, Taoisme dan agama Cina tradisional yang lain. Yang selebihnya dikira menganut kepercayaan animisme, agama rakyat, dan Sikhisme, melainkan 0.9% yang tidak beragama atau tidak memberikan maklumat.

Semua orang Melayu dikira beragama Islam mengikut Perkara 160 Perlembagaan Malaysia. Menurut statistik Banci 2000, 75.9% orang Cina mengaku beragama Buddha, diikuti ramai penganut Taoisme (10.6%) dan Kristian (9.6%), di samping sebilangan kecil Hui-Muslim di tempat-tempat tertentu seperti Pulau Pinang.[115] Majoriti orang India Malaysia beragama Hindu (84.5%), diikuti ramai penganut Kristian (7.7%) dan Islam (3.8%), lebih 150,000 beragama Sikh, dan 1,000 penganut Jain. Kristian merupakan agama utama masyarakat Bumiputera bukan Melayu (50.1%), di samping 36.3% lagi umat Islam dan 7.3% pengikut agama tradisional.



8 comments:

  1. nice info ...
    ramai anak2 muda kita yang kadangkala tahu tahu tentang fakta negara mereka sendiri, kerana ramai yg kurang berminat dengan fakta sejarah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur wc.. sejarah kita melambang siapa kita pada hari ini..

      Delete
  2. Pengetahuan tentang negara kita yag dah lama aku tak dengar..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. saja mengembalikan memory bro :)

      Delete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca