REPORT LI ( CONTOH RINGKASAN AKTIVITI SEMASA ) | www.sobriyaacob.com

google advertising

Saturday, October 12, 2013

REPORT LI ( CONTOH RINGKASAN AKTIVITI SEMASA )


BAB 2

CONTOH RINGKASAN AKTIVITI SEMASA LATIHAN INDUSTRI


2.1 Pengenalan

Bab ringkasan aktiviti latihan industri ini akan menerangkan berkaitan rumusan kerja dan aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh menjalani latihan industri. Kesemua aktiviti yang dilaksanakan ini memberikan satu pengalaman baru kepada saya disamping menyuntik semangat kerjasama antara satu sama lain. Keadaan ini dapat merangsang saya untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang saya inginkan, serta menjalani kehidupan sebenar ketika berada di alam pekerjaan kelak.

Segala pengalaman yang telah dipelajari dan saya ketahui akan ditulis secara ringkas dalam ringkasan ini, sepanjang menjalankan latihan industri di ........ (sambung berkenaan dengan ringkasan anda)


2.1 Ringkasan Tugas Harian.

Semasa memulakan Latihan Industri, pihak bahagian Ancillary Income Department (MAID’S) dan bahagian Sales And Marketing di PERNEC CORPORATION BERHAD telah mengarahkan supaya saya melakukan kerja secara berperingkat semasa menjalani latihan industri. Jadual di bawah (Jadual 1.2) menunjukkan kerja–kerja yang dilakukan oleh saya serta jangka masa dilakukan.


Jadual 1.2 : Jadual Kerja Harian


Jabatan Dan
Jangkamasa
Kerja – Kerja Yang Dijalankan


Ancillary Income Department (MAID’S)


1.      Melaporkan diri di Pernec Coperation Berhad pada 23 November untuk mengikuti minggu suai kenal bersama Encik Abu Zahrin dan Encik Abu.

2.      Mula melaporkan diri pada 29 November 2010 dan ditempatkan di Jabatan Pendapatan Tambahan ‘Ancillary  Income Department (MAID’S)’ di bawah  anak syarikat PAYPOINT, di bawah penyelia Encik Aidil Azlan

3.      Belajar cara Membungkus dan belajar langkah untuk menghantar barang promosi yang diminta mengikut zon.

4.      Melakukan kerja pejabat seperti sistem fail, penggunaan mesin fax dan mesin fotostat serta menjawab panggilan telefon.

5.      Menerima tugasan pertama iaitu ‘Wifi Monitoring Zone’ dimana data yang diperolehi daripada setiap Zon akan  dianalisis dan direkod setiap hari untuk memudahkan pihak atasan membuat semakan dan rujukan 

Ini kira sebagai contoh, ringkasan harian hendaklah ditulis/dibuat setiap mingu, mengikut tugasan yang diberikan



November
-
December


23 /11/2010
-
3 /12/2010




Sila klik ke CONTOH LATIHAN INDUSTRI atau anda boleh klik contoh report di bawah untuk melihat contoh yang terdahulu & jangan lupa like page aku VS kehidupan di facebook sebagai tanda sokongan.

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca