REPORT LI ( CONTOH RINGKASAN AKTIVITI SEMASA ) | www.sobriyaacob.com

google advertising

Monday, October 21, 2013

REPORT LI ( CONTOH RINGKASAN AKTIVITI SEMASA )







BAB 4

WIFI MONITORING ZONE


4.1 Pengenalan


‘Wifi Monitoring Zone’ juga dikenali sebagai ‘Wifi Survey’ .Tinjauan Wifi adalah satu sistem yang digunakan untuk merekod laporan harian, laporan mingguan dan juga jumlah tinjauan Wifi setiap bulan. WIFI adalah ringkasan perkataan ‘Spot Wayarles Helo Fidelity’ adalah perkhidmatan jalur lebar yang digunakan untuk mengakses internet tanpa menggunakan kabel. Perkhidmatan WIFI ini, diberi nama Helo Hotzone adalah antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.


Tujuan utama sistem ini digunakan untuk memastikan data yang diperolehi daripada setiap Zon dianalisis dan direkod setiap hari untuk memudahkan pihak atasan membuat penilaian dan juga sebagai rujukan untuk masa hadapan serta sebagai simpanan


Saya diberikan pendedahan dan kepercayaan oleh oleh Encik untuk menjalankan tugasan ‘Wifi Monitoring Zone’ sebagai tugasan pertama saya di jabatan Marketing, Ancillary Income Department & Survey (MAID’s). Saya diajar bagaimana untuk menganalisis dan mengenal pasti data daripada setiap Zon untuk dijadikan sebagai laporan lengkap untuk diberikan kepada pihak atasan. 


Saya diajar untuk menggunakan konsep ‘4W 1H’ iaitu Where, What, Why, Who dan How. Di mana konsep ini digunakan untuk menganalisis maklumat ataupun data yang diberikan. Sekiranya maklumat atau data diberikan didapati tidak menepati garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak atasan, maklumat atau data yang diberikan itu tidak boleh digunakan dan direkod. 


Setiap data atau maklumat yang dihantar haruslah lengkap seperti maklumat premis atau kedai, nama pemohon, tarikh permohonan, Kelajuan Perkhidmatan WIFI seperti 1MB, 2MB, 4MB atau kelajuan khas, nombor siri untuk Modem dan controller, jenis perkhidmatan boleh dipilih sama ada secara berbayar iaitu tambah nilai atau perkhidmatan secara percuma serta kawasan peralatan pemancar dipasang. 


Saya diberikan tugasan untuk menghasilkan sistem dengan menggunakan program Microsoft Office Excell, khas untuk tujuan pengiraan data Wifi Helo Hotsport. Sistem ini dihasilkan untuk memastikan data dalam keadaan tersusun dan data yang direkod disimpan dengan kemas dan tidak hilang. Untuk memudahkan data dicari oleh pekerja apabila diperlukan.


Sistem ‘Wifi Monitoring Zone’ menggunakan Microsoft Office Excel 2007 untuk merekodkan data kerana menggunakan formula yang tersendiri apabila data direkodkan. Contohnya data asal perlu ditambah atau ditolak untuk mendapatkan jumlah yang dikehendaki. Data yang yang direkodkan oleh saya adalah dari awal bulan September sehingga hujung bulan December 2010, kebanyakan data yang diperolehi adalah melalui e-mail dan panggilan telefon.


Setiap data yang diperolehi hendaklah disahkan dahulu oleh staff sebelum diberikan kepada saya untuk dianalisis dan direkodkan. Setiap data yang diterima adalah berbeza format, ini kerana data yang diperolehi mengikut format yang telah ditetapkan sendiri oleh setiap Zon. Terdapat 6 zone di Malaysia iaitu, Zon Tengah, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.



4.2 Spesifikasi / Jenis Peralatan Yang Digunakan


Ø Computer 
Ø Microsoft Office Excel 2007 
Ø Calculator 
Ø Telefon 
Ø Mesin photocopy 
Ø Mesin Pencetak 
Ø Fail / borang yang berkaitan 


4.3 Cara Pengendalian Semasa Latihan


  • Komputer digunakan untuk merekod setiap data dan maklumat yang diperolehi setiap hari, menggunakan Program Microsoft Excel. Data yang diperolehi daripada setiap Zon adalah berbeza format mengikut Zon Tengah, Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

  • Setiap Maklumat yang diperolehi hendaklah disahkan dahulu oleh staff sebelum dianalisis. Pastikan data diperolehi betul daripada segi tarikh, nama kedai atau premis, nama pemohon, tarikh, Kelajuan Perkhidmatan WIFI, nombor siri untuk Modem dan controller, jenis perkhidmatan serta kawasan peralatan pemancar dipasang. setiap data yang diterima perlu dipastikan betul.

  • Menggunakan e-mail dan telefon sebagai sebagai cara untuk memperolehi maklumat. e-mail hendaklah diterima setiap hari mengikut Zon, sebelum pukul 10 am dan selewatnya pukul 4 pm. Sekiranya data diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan panggilan telefon hendaklah dibuat. 

  • Calculator digunakan untuk melakukan pengiraan seperti jumlah permohonan yang diterima dan ditolak serta, jumlah kuantiti WiFI Survey yang dilakukan dalam seminggu dan sebulan.

  • Setelah data siap direkodkan, data harus dicetak untuk disemak dan disahkan sebelum disimpan di dalam fail khas untuk dijadikan penilaian dan rujukan.


4.4 Proses Kerja Yang Dilakukan


Proses kerja dimulakan dengan mengenal pasti data WIFI Survey dihantar mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu pukul 10 am hingga 4 pm, melalui e-mail serta mengasingkan data mengikut zon, data dikumpulkan untuk disahkan oleh staff yang bertugas. Setiap data yang diterima haruslah dipastikan lengkap seperti garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak atasan.


Contoh data atau maklumat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan yang mengikut garis panduan yang diberikan adalah seperti maklumat premis atau kedai, nama pemohon, tarikh permohonan, Kelajuan Perkhidmatan WIFI seperti 1 MB, 2MB, 4MB atau kelajuan khas, nombor siri untuk Modem dan controller, jenis perkhidmatan serta kawasan peralatan pemancar dipasang. Sekiranya didapati maklumat yang diterima adalah tidak lengkap, panggilan telefon digunakan untuk menelefon zon yang memberikan data yang tidak lengkap untuk memaklumkan kesalahan yang dilakukan. 


kemudian setiap maklumat yang diterima dianalisis menggunakan konsep konsep ‘4W 1H’ iaitu Where, What, Why, Whom dan How. Kebanyakan data yang diterima, adalah berbeza format mengikut zon masing-masing dan data yang diterima diasingkan mengikut kategori masing- masing seperti Kelajuan perkhidmatan WIFI, nombor siri untuk Modem dan controller, dan jenis perkhidmatan dipilih, ini kerana setiap kategori adalah berbeza antara satu sama lain. Contoh untuk kategori jenis perkhidmatan ini kerana terdapat 2 jenis kategori yang ditawarkan iaitu perkhidmatan secara percuma ataupun berbayar (tambah nilai).


selepas data siap diasingkan mengikut kategori masing- masing, data akan dimasukkan ke dalam sistem untuk direkodkan. Terdapat tiga langkah untuk merekodkan data wifi survey iaitu dengan cara merekodkan data setiap hari, mingguan dan setiap bulan.

  • Langkah pertama, merekodkan data setiap hari, data akan dibilang setiap hari, mengikut setiap zon. Bilangan data iaitu jumlah perkhidmatan wifi HOTZONE yang berjaya diluluskan setiap hari mengikut zone. Contoh zon utara, Pulau Pinang terdapat dua ejen yang menjalankan wifi servey, bilangan data dijalankan setiap hari untuk untuk memastikan jumlah data yang berjaya diluluskan atau ditolak oleh pelanggan, data dikumpul sehingga seminggu untuk dimsukkan ke dalam sistem. ini bertujuan untuk merekodkan berapakah bilangan servey berjaya dilakukan dalam seminggu oleh setiap Zon. 

  • Langkah kedua , setelah data dikumpul sehingga seminggu semua data dari setiap zon akan dikumpulkan dan pengiraan akan dijalankan berdasarkan berapakah jumlah Pelanggan yang memohon perkhidmatan Helo Hotzone. Langkah terakhir, setelah siap pengiraan data untuk seminggu semua data akan ditambahkan untuk mengetahui jumlah data untuk sebulan, sama ada berjaya melepasi target yang diberikan. Sekiranya terdapat data yang tidak lengkap seperti garis panduan yang diberikan data akan ditolak dari jumlah kuantiti yang diberikan.


Semua data akan disimpan di dalam satu sistem yang dipanggil Wifi Survey dimana data ini boleh diakses oleh setiap zon untuk mengetahui jumlah wifi survey yang berjaya dilakukan melepasi sasaran atau tidak.Data akan dicetak dan disahkan oleh pihak atasan dan disimpan di dalam satu Fail untuk dijadikan rujukan dan laporan lengkap jumlah data wifi servey yang berjaya dilakukan setiap bulan.



4.5 Komen Dan Cadangan.



Setiap data dan maklumat yang diperolehi hendaklah direkodkan dengan sistematik dan teratur untuk memastikan data yang diperolehi tidak hilang ataupun data tidak lengkap seperti yang diperlukan 

Memastikan setiap cawangan di setiap zon menghantar data dan maklumat mengikut masa yang ditetapkan untuk mengelakkan data yang diperolehi tidak selaras mengikut jangkamasa yang ditetapkan 

Pihak syarikat haruslah mewujudkan satu sistem yang digunakan khas digunakan untuk menyimpan setiap data jualan kadfon dan data perkhidmatan Wifi, yang boleh dilawati dan digunakan oleh setiap cawangan di setiap zone supaya data boleh direkodkan mengikut zone dan terus boleh disemak oleh pihak atasan untuk memastikan data selamat .



4.5 Kesimpulan


Sepanjang saya menjalankan tugasan ini saya amat berpuas hati dengan cara dan prosedur kerja ini dilakukan. Setiap pekerja dari setiap cawangan memberikan kerjasama yang baik, Cuma seharusnya pihak jabatan membuat satu sistem untuk merekodkan data yang diperolehi dengan lebih sistematik dan teratur dan secara tidak langsung data yang direkodkan selamat dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tersendiri dan disamping itu memudahkan pekerja dari zon lain untuk mengakses data dan maklumat dengan lebih cepat.



No comments:

Post a Comment

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca