REPORT LI - PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DAN KOMUNIKASI DALAM PENGURUSAN PERNIAGAAN) | www.sobriyaacob.com

Saturday, October 12, 2013

REPORT LI - PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DAN KOMUNIKASI DALAM PENGURUSAN PERNIAGAAN)


CONTOH LAPORAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DAN KOMUNIKASI DALAM PENGURUSAN PERNIAGAAN.


3.1 Pengenalan
Penggunaan Teknologi Maklumat (ICT) dan Komunikasi adalah penting sebagai mekanisme sokongan dalam memudahkan perlaksanaan kerja atau tugas di dalam urusan perniagaan dan di pejabat. Setiap pelajar atau pekerja seharusnya mempunyai kemahiran dalam menggunakan aplikasi komputer dan teknologi terkini. Untuk mendapatkan sesuatu maklumat atau data, penggunaan Teknologi Maklumat (ICT) dan komunikasi adalah sangat penting. Dalam sistem pengurusan dan pemprosesan maklumat, definasi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara tepat dan mudah, ialah menggunakan komputer dan perisian untuk menyimpan, melindungi, mengubah, memproses, memindah, dan mendapatkan maklumat yang diperlukan tanpa mengira tempat dan masa.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat penting dalam urusan harian dalam melaksanakan tugas yang diberikan selain banyak membantu dari segi pemasaan pekerja, iaitu mampu menghantar tugasan seperti yang telah ditetapkan . kerana pemasaan yang bagus ialah, menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi yang seharusnya mampu dan berkeupayaan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan tepat pada waktunya. Maklumat yang diperolehi adalah maklumat yang terkini dan diselaraskan dengan perkembangan teknologi semasa.

Perkakasan, perisian, pengkalan data dan rangkaian termasuk di dalam Teknologi maklumat (ICT) dan komunikasi yang selalu digunakan dalam urusan seharian di tempat kerja, sebagai contoh perisaian sistem iaitu ‘Windows’ dan perisian aplikasi seperti Microsoft Excell, Microsoft Words dan Power point selalu digunakan dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Penggunaan peralatan pejabat seperti mesin fotokopi, mesin faks dan alat pengimbas membantu mempercepatkan lagi pekerja menghantar tugasan dengan cepat.


3.2 Senarai Peralatan, Penggunaan Teknologi Maklumat (ICT) Dan Komunikasi Dalam Pengurusan Perniagaan.

Ini adalah senarai peralatan pejabat, teknologi maklumat dan komunikasi yang digunakan dan diajarkan kepada saya untuk menyelesaikan tugasan harian dalam bidang pengurusan perniagaan sepanjang saya menjalani latihan industri di Pernec Corperation.


3.2.1 PERISIAN

Pengenalan

Perisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu perisian sistem ‘Windows’ dan perisian aplikasi seperti Microsoft Excell, Microsoft Words dan Power point. Perisian adalah satu set arahan yang menggerakkan pekakasan. Kedua-dua jenis perisian ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa penghantaran.


3.2.1.1 MICROSOFT OFFICE EXCEL

3.2.1.1.1 Pengenalan

Microsoft Excel diperkenalkan oleh Syarikat Gergasi Komputer iaitu Microsoft pada tahun 1999. Excel merupakan salah satu di antara perisiaan Helaian Elektronik yang sangat popular pada masa kini.. Perisian atau aplikasi ini banyak digunakan dalam menyediakan invoice, penyata kewangan, gaji, akaun, aktiviti pengiraan, jadual dan sebagainya. Microsoft Excel adalah satu program yang sesuai untuk kerja perangkaan. Di samping berfungsi sebagai kalkulator, excel juga boleh mengira baki perbelanjaan, menganalisis corak dan bentuk perangkaan, melukis graf dan carta yang canggih, serta mengumpul dan mengasingkan data yang banyak.


3.2.1.1.2 Proses Kerja Yang Dilakukan


I. Memasukkan Data

Untuk memasukkan data ke dalam helaian kerja, terlebih dahulu aktifkan sel dengan mengkilik penuding tetikus diatasnya atau bergerak ke sel itu dengan kekunci anak panah dan tekan Enter. Sel yang diaktifkan itu mempunyai satu bar tegak (titik sisipan) yang menandakan lokasi aksara seterusnya akan muncul. Alamat sel itu juga dipaparkan di bar formula. Kemudian. memasukkan teks atau nombor ke dalam sel yang diaktifkan itu. Semasa menaip, data akan muncul di dalam sel aktif dan juga di bahagian atas helaian kerja yang dikenali sebagai bar formula.


3.4 Kesimpulan


Penggunaan teknologi maklumat (ICT) dan komunikasi dalam pengurusan perniagaan, adalah sangat penting, contohnya penggunaan teknologi terkini di kalangan pekerja memudahkan lagi pekerja untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, disamping pekerja dapat menyuntik idea-idea yang terkini dan berinovasi kerana maklumat yang diperolehi adalah maklumat yang terkini dan diselaraskan dengan penggunaan dan perkembangan teknologi semasa.

Perkakasan, perisian, pengkalan data dan rangkaian termasuk di dalam Teknologi maklumat (ICT) dan komunikasi yang selalu digunakan dalam urusan seharian di tempat kerja disamping itu, kecekapan pekerja menggunakan alatan bantuan di pejabat seperti mesin fotokopi, mesin faks dan alat pengimbas bukan sahaja banyak membantu pekerja menyelesaikan dan mempercepatkan pekerja melakukan tugasan yang diberi.

Saya sangat bersyukur kerana sepanjang saya menjalani latihan industri di Pernec Coperation, pihak syarikat sentiasa memperkenalkan dan mengajar saya teknologi dan peralatan pejabat yang baru, ini menambahkan kemahiran, keyakinan dan ilmu saya. Kemahiran menggunakan teknologi dan peralatan pejabat adalah sangat penting bagi setiap pelajar ataupun staf untuk mengusai kemahiran ini, untuk menjadikan mereka salah seorang pekerja yang cemerlang dan boleh menjalani tugasan yang diberikan dengan baik dan penuh komitmen.

P/s: sekadar contoh laporan.


Sila klik ke CONTOH LATIHAN INDUSTRI atau anda boleh klik contoh report di bawah untuk melihat contoh yang terdahulu & jangan lupa like page aku VS kehidupan di facebook sebagai tanda sokongan


5 comments:

  1. salam boleh tolong email dekat sy full report : eydasam72@gmail.com . thank you

    ReplyDelete
  2. salam boleh tolong emailkan dekat saya full report..erah_8219@yahoo.com..thank yaou :)

    ReplyDelete
  3. antara contoh report yg baik sy jumpa. terima kasih sgt membantu . boleh emailkan contoh full report kt email st akieratakiera@yahoo.com sebab sy masih kurang jelas dengan cara nak buat report akhir ni . Terima kasih

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum. blh saya dapatkan contoh full report sebagai rujukan? terima kasih =)
    yadzaishteru@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Best preview.. Hope you can share the full report for reference purpose. Acidvandettaz08@gmail.com

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca