Tips Bercuti : Panduan Penting sebelum Melancong Atau Bercuti | www.sobriyaacob.com

Monday, October 28, 2013

Tips Bercuti : Panduan Penting sebelum Melancong Atau Bercuti


Percutian bersama keluarga bukan saja memerlukan belanja yang tinggi tetapi juga perancangan awal terutama sekali bila ahli keluarga kita ramai. Jadi amat penting untuk kita plan betul-betul mana nak pergi, bila dan siapa akan turut serta. Maklumat ni penting untuk memastikan semua yang dirancang berjalan dengan lancar :P

 " Never go on trips with anyone you do not love "

Bercuti bersama anak-anak

Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain. Jika tempat yang ingin dituju menyediakan kelengkapan dan makanan yang bersesuaian untuk anak-anak anda, pastikan anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini dalam anggaran perbelanjaan percutian anda. Jika anda lebih selesa untuk membawa semua kelengkapan anak-anak anda sendiri semasa bercuti, pastikan anda membawa kelengkapan yang secukupnya dan harus mempersiapkan diri dan minda anda untuk lebihan tenaga dan perhatian yang diperlukan untuk mengawasi bagasi yang banyak. Di sini, perancangan yang rapi juga memainkan peranan yang penting.

Peta

Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian anda, pastikan anda membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.

Pengangkutan

Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat. Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil beramai-ramai.

Sarapan percuma

Manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan hingga kenyang. Jika anda bercuti di Eropah, makanan di sana adalah mahal. Dengan memanfaatkan sarapan yang disediakan di hotel, anda boleh mengurangkan lagi perbelanjaan anda.

Ole-ole/ buah tangan

Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke tempat percutian yang anda rancangkan. Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama.

Dana Kecemasan

Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian anda untuk dana kecemasan. Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital. Dana ini juga membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.

Penggunaan wang tunai

Sebaik mungkin cuba gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan, terutama apabila bercuti di luar negara. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit.

P/s: Sebenarnya masih banyak senarai yang perlu diberi perhatian, yang paling penting rancanglah percutian yang mampu membuatkan anda relex dan tidak terlebih bajet dari yang ditetapkan :P


3 comments:

  1. becuti ekot kemampuan huhu.. ada org sanggup buat loan/berhutang semata nk gi bercuti.. pastu balik cuti sakit kepala nk settlekan.. becuti utk hilangkan stress kerja.. bersantai.. berseronok.. bukan utk menambahkan lg serabut dan beban #peace

    ReplyDelete
  2. setuju tu bro.. bcuti nak kurangkan stress..cri pengalaman baru..bukan nak tambahkan lagi masalah :)

    ReplyDelete
  3. Dunia Wisata Tour Organizer
    call 0341-456444
    web www.duniawisataku.com
    Enjoy travelling wit us!!

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca