Tips Bercuti : Cara Berjimat Ketika Melancong | sobriyaacob.com

Wednesday, October 9, 2013

Tips Bercuti : Cara Berjimat Ketika Melancong


Bercuti memang menyeronokkan. Namun, kebanyakan kita terutama yang melancong ke luar negara, duit dibelanjakan seperti air paip.Kadar pertukaran wang asing yang tinggi berbanding negara kita dan aktiviti membeli-belah yang tidak boleh dibendung menyebabkan wang sentiasa susut. Bagaimanapun, perkara ini tidak sampai membuatkan kita pokai.

 " Wherever you go, go with all your heart "

Justeru, tip ini mungkin dapat membantu dan membolehkan kita berjimat sebahagian besar daripada perbelanjaan yang diperuntukkan untuk bercuti.

1. Bawa makanan ringan

Bawalah makanan ringan seperti biskut, roti, kek, keropok dan lain-lain makanan ringan yang disukai. Masukkan dalam plastik ´zip´ dan bawalah ke mana-mana anda pergi. Ketika melancong, kita selalu mahu membeli makanan disebabkan lapar kerana penat berjalan ke sana ke mari. Jadi, dengan adanya makanan ringan yang dibawa, ia boleh dijadikan alas perut sebelum sampai waktu makan tengah hari atau malam.

2. Sentiasa bawa botol air

Jika sentiasa membeli air, tanpa disedari kita sudah membelanjakan hampir ratusan ringgit kerana air saja. Andai kata satu botol air di negara Eropah berharga dua hingga tiga Euro, sehari kita beli tiga kali dan harganya mungkin dekat 10 Euro. Jumlah itu sudah mencecah RM50 sehari. Kalau seminggu pula? Pasti banyakkan. Jadi, dengan membawa botol, ia akan lebih menjimatkan. Ini kerana di Eropah air paip selamat diminum. Kalau ada botol air, isikan saja air di mana-mana stesen air yang dijumpai.

3. Jalan kaki

Rajin-rajinlah berjalan kaki ketika melancong. Banyak tempat atau benda menarik yang boleh dilihat jika berjalan kaki. Apa yang paling penting, kita juga dapat berjimat sedikit kerana tidak perlu membayar tambang bas. Duit itu, sudah pasti boleh digunakan dalam banyak hal.

Cuba mencari pakej yang menarik dan murah

Untuk menjimatkan lagi perbelanjaan ketika melancong, cuba cari pakej yang menarik dan murah. Kadang-kadang ada hostel murah yang memberi sarapan pagi percuma. Jadi dengan bersarapan, perbelanjaan untuk membeli makanan sudah dapat dijimatkan. Selain itu, di beberapa tempat di Eropah seperti di Brussels, ada satu pakej bas hop-on, hop off. Anda boleh naik dan turun di mana-mana saja selama 24 jam. Dan yang paling menarik, bas itu akan pergi ke hampir semua destinasi terbaik di Brussels. Jadi, sebelum pergi bercuti, carilah maklumat seberapa banyak yang mungkin.

5. Beli makanan di kedai runcit

DI negara Eropah, untuk berjimat, beli makanan di kedai runcit. Beli roti, jem, ikan tuna dalam tin, buah-buahan di kedai runcit, atau di sesetengah kompleks membeli-belah yang ada ´grocery store.´ Masukkan semua barang yang dibeli itu ke dalam beg dan bila waktu makan, hamparkan kain sarung dan berkelah di mana-mana tempat yang menarik.Ini kerana jika makan di restoran, harganya di antara 10 dan 15 Euro seorang. Makanan halal jarang dipaparkan di menu.Di kebanyakan negara Eropah, anda mudah mendapatkan kebab, malah harganya berpatutan, antara tiga dan 12 Euro. 


2 comments:

  1. selalu p bercuti cari pkej yg murah. nak jimat pergi dgn kawan2. baru hapening

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..tu cra paling senang hendak jimat

      Delete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca