Hukum Merokok Dalam Islam | sobriyaacob.com

Saturday, November 16, 2013

Hukum Merokok Dalam Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, kali ini saya ingin berkongsi secara santai-santai  mengenai Hukum Merokok Dalam Islam, topik ini sudah agak lapok dan seringkali kita terbaca article atau mendengar perbincangan mengenai hukum-hukum merokok dalam islam di akhbar atau media massa, rasanya tidak perlu lagi saya menulis panjang mengenai isu ini dan sudah ramai yang sedia maklum akibat / kesan menghisap rokok dan apa kesanya kepada orang yang menghidu asap rokok daripada perokok.


Antara petikan-petikan yang dikatakan oleh ustaz di majlis agama, untuk perkongsian 

  • "bila kita sedut, yang ni dalam fatwa hukumnya HARAM.! bila tuan-tuan sedut, dia masuk dalam paru-paru tuan-tuan.. benda haram bercampur dengan darah, darah kisar jadi air mani yang seterusnya jadi anak.. anak itu terbina drpa benda yang HARAM.. maaf, ini fakta.. tuan-tuan boleh rujuk..jaga tuan-tuan, dia nampak kecik, tapi dia main peranan besar.." -Ustaz Don Daniyal..
  • "siapa yang hisap rokok, doanya tidak didengari disisi Allah.. dia berdoa Allah tak dengar.. mcm mn Allah nak dengar doanya sedangkan di mulutnya ada benda yg HARAM..! bagaimana Allah nak makbulkan doanya.." -Ustaz Ahmad Dusuki..
  • "menurut fatwa terkini oleh lebih 400 ulama' , mereka mengatakan merokok itu HARAM berdasarkan ayat Quran... Jangan jadikan tangan anda sebagai punca kebinasaan anda.." -Dr. Zakir Naik..
  • "tidak perlu kita bimbang dan ragu bahawa merokok hukumnya HARAM..tidakkah tugas para ulama' sebagai waris para nabi untuk menyebarkan yg positif dan kebaikan.?? bukan untuk mempercepatkan kematian ummat..!" - Sheikh Nuruddin

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.


Keterangan/Hujah:

Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.



P/S: Bagi yang menghisap rokok terlebih dahulu saya ingin meminta maaf, sekiranya anda terasa dengan porkongsian ini, bagi saya senang saja, allah kurniakan kita akal & fikiran untuk berfikir, bagaimana untuk kita gunakan itu terpulang kepada diri masing-masing, tepuk dada tanya selera, masalah sekarang benda HARAM tapi kita masih nak? :P


13 comments:

  1. Perkongsian yg baik.. semoga menjadi peringatan & pesanan yg baik kpd semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro khir:
      alhamdulilah semoga menjadi
      perkongsian yg memfaat :)

      Delete
  2. benda ne sepatutnya dibendung dari duluu

    ReplyDelete
  3. nice things...thanks sharing... :)

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang sangat bermanfaat.. walaupun ramai yang tahu mengenai pengharaman ini, namun masih tiada kesedaran di hati mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis, itu la..
      bayak yg dah tahu tapi x nak amalkan:)

      Delete
  5. yg sedihnya masih ada yg menafikan ttgnya dgn mengatakan " Allah lbh tahu " . perokok tegar mmg susah nak terima hakikat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la vee.. setiap org ada alasan yg tsendiri...
      yg mampu kita buat.. dokan yg tbaik utk semua org :)

      Delete
  6. sebenarnya ramai yang tahu rokok tu haram, tapi disebabkan terlalu ketagih dengan rokok dan tak nak berhenti, jadi hukum tersebut buat nampak tak nampak je, seperti menutup sebelah mata...

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca