Info Cergas: Bersenam & Apa Yang Perlu Kita Lakukan. | sobriyaacob.com

Tuesday, November 12, 2013

Info Cergas: Bersenam & Apa Yang Perlu Kita Lakukan.


Salam semua, apa khabar? diharapkan anda sihat walafiat, semenjak dua tiga bulan ini, saya banyak berkongsi article mengenai Cara-cara untuk menjaga kesihatan dan cara untuk mengekalkan kecergasan ini kerana saya sudah mula sedar kepentingan menjaga kesihatan dan keinginan saya untuk mengekalkan kecergasan, barulah nanti apabila saya beriadah dengan melakukan  aktiviti yang berpeluh, saya tidak mudah pancit dan stamina sentiasa fit. Antara sebab lain ialah saya cuba mengawal berat badan saya supaya tidak terlalu gemuk atau kurus, supaya elok-elok mata yang memandang bayangkahlah tinggi saya 180 cm (feeling tinggi macam model), so saya kena dapatkan tubuh yang ideal dengan badan saya, barulah nanti "confident"  saya akan meningkat dan secara tidak langsung, saya akan berasa  selesa untuk bergaul dengan orang lain.


Ini antara article yang terdahulu, yang pernah saya kongsikan kepada pembaca-pembaca kesayangan saya di blog aku VS kehidupan antaranya ialah, anda boleh klik pautan di bawah untuk membaca article yang terdahulu.


Alhamdulilah semenjak saya amalkan senaman secara konsisten, lemak-lemak degil yang tidak sepatutnya ada di sekitar perut semakin menghilang, dan saya berasa semakin cergas dan bersemangat, ini kerana dulu saya seorang yang tidak suka bersenam dan bersukan. Semenjak saya mengamalkan aktiviti senaman, apabila saya melakukan aktiviti yang saya suka iaitu  jungle tracking & bermain badminton, sekarang rasa sudah tidak penat dan berasa stamina semakin kuat dan mudah tidak letih, *nampak tak ayat macam testimoni product kesihatan* badan pun semakin kurus, sedap mata memandang tapi kalau saya nak tunggu ada six pack kena usaha keras lagi : p.

Seperti yang kita tahu, masalah obesiti dikalangan rakyat malaysia sudah menjadi phenomena di malaysia,pada pandangan saya, rakyat malaysia sekarang kebanyakkan sudah rajin untuk bersenam untuk menjaga kesihatan.  Tapi ada satu masalah yang sering dihadapi oleh lelaki zaman sekarang iaitu MASALAH PERUT BOROI atau BUNCIT, tak kira sudah berkahwin atau bujang, semuanya menghadapi masalah yang sama.


Di sini saya senaraikan apa yang saya lakukan apabila saya bersenam:

  • Senaman pentingkan kualiti daripada kuantiti, bila bersenam tidak perlu beria-ria, cuma pastikan senaman itu berkesan dan berkualiti, itu yang saya amalkan.
  • Bersenam focuskan kepada otok yang tertentu, jangan nak sekali harung / lakukan pelbagai gerakan dalam satu sesi. Buat satu persatu senaman, mengikut urutan 
  • Jaga pemakanan, pastikan mengambil makanan yang seimbang yang diperlukan oleh tubuh badan, buat yang teringin perut yang cantik bak model, pastikan elakkan makanan yang berminyak dan mengandungi msc dan garan yang tinggi. Banyakkan mengambil sayuran dan buah-buahan dan air kosong.
  • Jangan lupa lakukan senaman kardio, cara yang paling senang bagi yang "agak malas" pergi bersenam di kawasan terbuka, anda boleh lakukan di rumah, cuma taip senaman kardio di internet / youtube, pelbagai pilihan yang ada, pastikan pilih senaman yang bersesuaian dengan diri anda. Tambahan sekarang sudah banyak pilihan melakukan senaman sambil berseronok antara melakukan Senaman Zumma atau pun tarian, Paling penting tepuk dada tanya  selera, mahu atau tidak mahu.

P/s:  Bagi saya senang saja, kita bersenam bukan sebab untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain (atas pengalaman sendiri), tapi atas sebab keperihatinan kita untuk menjaga kesihatan, perkara yang selalu memotivasikan saya apabila saya down nak bersenam ialah "kurus atau gemuk, yang penting kita sihat, orang yang kurus tak semestinya sihat, yang berisi tidak semestinya sakit, yang penting kita jaga kesihatan kita untuk diri sendiri"


47 comments:

  1. wah.. tingginya 180cm.. bagus perkongsian pengalaman ini sebagai panduan untuk semua.. bersenam untuk sihatkan badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis, tinggi biasa2 ja. betul bersenam utuk sihatkan badan :)

      Delete
  2. tapi senaman lah paling malas nk buat..tambah2 lagi kelas habis jam6..hurmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he. setuju tu bro.. tapi mcm mna pun hujung minggu bleh buat kan :)

      Delete
  3. Semakin lama semakin malas nk bersenam, tp cara pemakanan masih terjaga. ..kekangan masa adalah sebahagian puncanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh. janji pemaknan msih terjaga.. jangan bersenam pun x .. mkn pun x jaga..tu yg payah tu

      Delete
  4. SALAM KENAL...DONE FOLLOW AWK..SUKA TGK BLOG AWK.NICE ENTRI SEMUANYE..JEMPUT KE BLOG SAYA N FOLLOW YE..^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal.. terima kasih sudi follow blog saya. :)

      Delete
  5. banyak cara nak sihat, tapi penyakit MALAS menguasai diri... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, dulu pun saya bro, penyakit mlas tu memng ada, lama2 dia hilang sendiri, rasa enjoy pulak bila bersenam :)

      Delete
  6. Terbaiklah entri ni. Mesti selalu pegi gym kan ? Sebab tu tau mana satu yang perlu dilakukan dulu bila bergym.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih lynn, kadang2 je.. tapi sekarang banyak buat senaman kardio je dekatrumah :)

      Delete
  7. kena pasang niat dulu. kalau tak bantai tido petang. haha

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. ada juga amalkan beberapa yg diatas & perut pun masih belum boroi lg hehee.. T kasih.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah hebat bro, mesti rajin exercise kan :)

      Delete
  9. Nice sharing.. semua kaedah yh listed tue mmg sangat berguna.. tp nk bg komitmen utk mempraktikkan tue yg masalah..mental kena kuat baru boleh berjaya..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis, mental + tidakan kena kuat, barulah akan berhasil dan paling peting kena komitet la.. jangan hangat2 tahi ayam. memng tak jalan la :) yg penting buat slow2 ambil masa :)

      Delete
  10. nak mulakan bersenam tu agak mencabar ar #hukk

    ReplyDelete
    Replies
    1. slow2 kayuh bro.. akhirnya mesti sampai ke destinasi :)

      Delete
  11. nak gerakkan badan tu memang lah malas sangat kan. tapi bila dah start memang ok lah. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 nak start memang sudah.. tapi kalau dah mula buat.. hari2 nak :)

      Delete
  12. Kdg2 kagum juga tgk apek2 dan nyonya2 tua bila awal pagi dah keluar bersenam, sedangkan ketika itu kita pula sibuk nak pegi kelas atau pegi kerja ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ida..pagi2 dorg dah kluar bersenam.. tak pe kita boleh contohi mereka yg postif kita ambik :)

      Delete
  13. Bunda terpaksalah buat juga senaman ..walaupun jarang2...maklumlah faktor usia, bukan orang muda jer...sekurang2 berjalan kaki ...atau berlari2 anak depan halaman rumah pagi2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe bunda.. jarang-jarangpun janji buat..pagi2 jalan kaki dkat halaman rumah sekali sapu sampah pun dah dikira senaman :)

      Delete
  14. Kesihatan mmg perlu kita jaga, tp kdg kala ada sesetengah org dibelenggu oleh sifat malas.. susahlah hahaa.. Perkongsian yg sgt menarik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. he.he.. tu la bro bila dtang sifat malas tu yang payah :)

      Delete
  15. kesihatan perlu di utamakan :) 180 ?/ tingginya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. setuju tu achik.. biasa je.. tak tinggi mana pun :)

      Delete
  16. terima kasih sudi singgah. kak balas balik kunjungan. kak malas nak bersenam sebab penat seharian ke sana sini , kelas atas bawah dan tak duduk dalam kelas, berdiri dan berjalan..cukup kot ya:-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi mengunjungi kembali.. tu pun dah kira bersenam..lg letih lari bersanam..

      Delete
  17. senaman ikut kemampuan . rasanya klu saya berdiri awk , paras bahu jer nih ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he.. ye ke.. kita buat ikut kemampuan sahaja :)

      Delete
  18. Tips nak 6pax tnpa bersenam ade tak bro? Kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tips six pad tak de lagi.. maybe bro bleh tgok entry2 yg terdahulu..saya pun tgh berusaha nak dapatkanya :)

      Delete
  19. jalan ulang alik bukan keja dalam umah pun satu cabang senaman gak kan..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun kira senman jugak..letih gak tu kalau hari2 buat :)

      Delete
  20. membalas kunjungan sambil follow...nice tips..thanks for the sharing..^^

    ReplyDelete
  21. hehehe.... 180? lebih kurang lah kita.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh sama la ye bro..boleh jadi geng la :)

      Delete
  22. seriously 180cm? wahhh tingginya!! :O
    banyak sangat tips kesihatan yang dikongsikan yang sudah pasti berguna untuk bahan bacaan kita semua :)
    betul apa sobri kongsi ni, jangan nak kurus sebab nak raih perhatian orang, sebaliknya, bersenam laa untuk kesihatan diri sendiri, kena ubat mindset tu, kadang-kadang orang yang kurus pun belum tentu 100% sihat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup fikah tinggi 180 cm.. berat 67kg..
      alahamdulilah syukur berguna untuk orang lain..
      betul tu semua tu kena ubah mindset..
      yg penting buat untuk diri sendiri...

      Delete
  23. Selamat pagi :)

    saya datang menyinggah..

    ReplyDelete
  24. info berguna untuk kita..nice bro :)

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca