Info Sihat: Cara-Cara Pengurusan Penurunan Berat Badan Dengan Betul. | www.sobriyaacob.com

google advertising

Thursday, November 7, 2013

Info Sihat: Cara-Cara Pengurusan Penurunan Berat Badan Dengan Betul.

Asalamualaikum semua, seperti yang kita tahu masalah berat badan berlebihan kini menjadi isu yang semakin serius dalam masyarakat kita. Kebanyakanya ramai yang tahu cara yang untuk menurunkan berat badan adalah dengan cara mengurangkan makan atau tidak makan. Sebenarnya cara tersebut adalah silap dan salah.


Di bawah saya saya sertakan tips-tips yang mungkin membantu kita dalam usaha untuk mengurangkan berat badan serta memperolehi bentuk badan yang menawan dan sihat.


1. JANGAN BERLAPAR 
  • Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle (otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi 

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
  • Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. 

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
  • Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak. 

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS 
  • Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. 

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM 
  • Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air. 

6. AMBIL SARAPAN PAGI 
  • Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. 

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN 
  • Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL 
  • Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. 

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. 

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda. 

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula. 

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. 

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet 

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak. 


P/s: Usaha Itu tangga Kejayaan, mula-mula memang susah untuk anda nak ikut satu-persatu panduan yang diberi, "alah tegal pasati biasa" mula-mula nak ikut memang susah tapi lama kelamaan pasti akan biasa :)

21 comments:

  1. Bagus tips ni bagi mereka yang memerlukan.

    Tapi dalam keturunan memang semuanya badan kecik takde masalah berat badan. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, bertuahnya badan.. yg jadi masalah skrg kalau badan jenis diet yoyo.. susahnya nak control :)

      Delete
  2. Baru pertama kali dengar yang no2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yg makan benda pahit..yup penah baca dekat satu majalah..ada kajian yg mgatakan memakan sesuatu benda yg pahit sblum makan boleh mgwal kuantiti pemakanan kita :)

      Delete
  3. perkongsian yg baik...tp mcm akak ni selalu underweight

    ReplyDelete
  4. hurm.. badan x baper nk naek.. perot lak makin membonjol dan menonjol #nanges

    ReplyDelete
  5. baru saya tahu ttg pahit tuh . saya mmg suka mkn pedas ... tak rugi rupanya ...

    ReplyDelete
  6. Badan aku ni mkn byk pun xnaik naik. Haha. Btw, jemput dtg ke blog. Hehe

    ReplyDelete
  7. Semenjak cuti sem ni, rasa mcm dah bertambah je berat badan -.- Terima kasih kongsi tips.

    ReplyDelete
  8. smpai sekarang den gagal bab makan secara perlahan lahan tu

    ReplyDelete
  9. Tahnks for the tips ya..kita sekarang ni pun tengah dalam mood diet..so bolehlah amalkan tips ni..

    ReplyDelete
  10. tips menambah berat badan ada tak? hihi..

    ReplyDelete
  11. perkongsian yang baik.. setuju dengan semua tips di atas.. yang penting kena terus istiqamah melakukannya..

    ReplyDelete
  12. Yang pertama tu satu info baru untuk akak. Kumur dgn air kopi. Boleh la try nanti.

    ReplyDelete
  13. tq so much for sharing this yer... done nuffnang juga !

    ReplyDelete
  14. tips yang sangat berguna ,sekarang acik sedang diet..boleh amalkan nie

    ReplyDelete
  15. saya menghadapi masalh berat badan juga. Semua tips ini saya ada pernah baca, tapi itulah kan, agak sukar untuk mempraktiskannya. Yang salah itu adalah diri sendiri..Terima kasih perkongsian

    ReplyDelete
  16. orang kata nak diet ni kena istiqamah haha
    kalau buat sambil lewa, tak disiplin, tak boleh jadi juga :)
    tapi, diet secara sihat, jangan memudaratkan diri sendiri, itu lebih baik~

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca