Kanser & Adakah kita Berisiko Menghidapi Penyakit Kanser | www.sobriyaacob.com

Wednesday, November 20, 2013

Kanser & Adakah kita Berisiko Menghidapi Penyakit Kanser


Assalamualaikum & salam sejahtera, entry hari ini lebih memfokuskan ke arah penjagaan kesihatan & langkah-langkah untuk mengelakkan / mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit. Dan hari ini saya memilih untuk berkongsi maklumat dan pengatahuan mengenai PENYAKIT KANSER.

Tahukan anda bahawa Statistik 2007 yang dijalankan di Malaysia menunjukkan kanser adalah penyebab kematian dalam hospital kerajaan yang ketiga terbesar selepas masalah jantung dan jangkitan kuman. Lebih ramai wanita Malaysia menghidap kanser berbanding lelaki, di mana kanser payudara adalah yang tertinggi dalam kalangan mereka. Bagi lelaki pula, jenis utama ialah kanser paru-paru. Kanser kedua terbesar ialah kanser usus bagi lelaki dan wanita, manakala leukimia atau kanser darah pula adalah paling ramai dihidapi kanak-kanak.

Tahukan anda kita  sangat berisiko untuk menghidapi lebih 200 jenis kanser,
sekiranya kita tidak mementingkan cara  penjagaan kesihatan secara efektif

Takutkan, membaca statistik yang dijalankan di Malaysia, ini bermakna walaupun ada sihat, tapi anda tetap berisiko untuk mendapat penyakit ini sama ada diwarisi secara genatik ataupun disebabkan oleh gaya hidup anda kurang sihat, dimana kurang menjaga cara pemakanan & bersenam.

Penyakit kanser adalah penyumbang jumlah kemaatian ke 3 terbanyak di Hospital Awam, cuba bayangkan sekarang berapa banyak orang yang sedang berjuang habis-habisan melawan penyakit kanser yang sedang dihadapinya. Selain itu hampir 200 jenis kanser berisiko untuk dihadapi oleh manusia. Simptom untuk kanser itu boleh dikategorikan kepada dua jenis, sama ada simptom akibat kesan setempat atau simptom umum

Simptom untuk kesan setempat bergantung pada lokasi sel kanser. Contohnya bengkak, sakit atau perubahan pada kulit yang melapisi kawasan kanser itu seperti kanser payudara. Bagi kanser usus pula, susah membuang air besar atau cirit-birit yang berlaku berulang kali atau najis mengandungi tompokan darah. Bagi kanser paru-paru pula ialah batuk berpanjangan atau susah bernafas.


Di sini juga saya ingin berkongsi sebab atau faktor yang boleh menyebabkan kita semua berisiko mendapat penyakit kanser.
  • Kebanyakannya akibat persekitaran atau cara hidup tidak sihat yang mengakibatkan ‘kecederaan’ berlaku pada sel tisu normal yang akhirnya menyebabkan berlaku mutasi.
  • Pengambilan bahan kimia seperti minuman keras, merokok atau pil terlarang. Pendedahan kepada asbestos dan radiasi menyumbang kepada pembentukan kanser. Gaya hidup yang gemar bertukar-tukar pasangan juga penyebab kanser, terutama kanser serviks. 
  • Pengambilan makanan yang salah seperti kurang pengambilan fiber dan sayur-sayuran, selain pengambilan makanan berminyak yang menyumbang kepada obesiti juga mendedahkan diri untuk mendapat kanser.
  • Faktor genetik juga tidak boleh dielakkan. Ia menyumbang kepada kurang daripada 10 peratus kes kanser secara umum. Beberapa jenis kanser dapat dikenal pasti pada peringkat awal dengan menjalankan ujian saringan. Semua wanita perlu belajar cara atau teknik pemeriksaan payudara sendiri supaya bengkak atau simptom awal dapat dikesan.

Alhamdulilah, dalam sejarah keluarga saya, belum pernah yang menghadapi penyakit kanser & di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu program yang saya rasakan amat berguna untuk mengatasi / mengelakkan / membantu kita mengatasi kanser atau membantu penyakit kanser itu sendiri melalui program  110 Cancer Care . 

AXA AFFIN, dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), memberikan sokongan kepada pesakit kanser sedang menjalani kemoterapi dalam kempen ini. AXA AFFIN akan membiayai penggunaan khidmat pusat jagaan pasca kemoterapi untuk satu pesakit kanser dengan membolehkan pesakit kanser menikmati pembiayaan satu hari untuk kegunaan khidmat pusat penjagaan mereka di Pusat Rawatan NCSM.

Diharapkan melalui Program ini kita dapat membantu golongan yang menghadapi penyakit ini dan secara tidak langsung dapat meluaskan pengatahuan kita mengenai Penyakit kanser itu sendiri.

Komen di atas yang diberikan oleh sis Noridah pemilik blog shareaphot, komennya berbunyi seperti ini "dalam tempoh satu tahun setengah dengan mengamalkan corak pemakanan yang tidak sihat, dengan memakan makanan yang diproses dan segera setiap hari, kanser mula melawat" betulah fakta yang mengatakan corak pemakanan yang tidak seimbang antara faktor-faktor penyumbang  yang boleh menyebabkan kita terkena penyakit kanser.

Anda boleh melawat blog sis Noridah untuk membaca perjalananya / pengalamanya terkena penyakit kanser payudara state 4. Sebuah blog yang sangat memberi insipirasi semoga sis tabah menghadapi dugaan yang diberi & cepat sembuh.

Komen di atas di bawah label KESIHATAN, Untuk membaca entry yang terdahulu mengenai kepentingan makan secara sihat, anda boleh rujuk link di bawah untuk membaca entry berkaitan penjagaan kesihatan. 


Komen daripada Sis Noridah, antara sebab utama, mendorong saya untuk menulis mengenai *apa itu Kanser*, kerana saya percaya masih ramai di luar, yang ingin mengambil tahu mengenai Risiko penyakit kanser  secara meluas. Diharapkan sedikit sebanyak info di atas, dapat membantu kita mengatasi masalah ini,  Untuk mendapatkan info yang lebih sahih dan rawatan yang diberikan, sila rujuk kepada pihak yang lebih pakar dan berpengalaman


Antara sebab lain ialah Kempen mengenai kesedaran kanser di Malaysia tidak begitu meluas, kebanyakan orang tidak sedar bahawa kesan penyakit kanser adalah serius, Untuk melakukan diagnosis memerlukan kewangan yang mencukupi dan tidak semua dari kita mampu membayarnya. Pihak AXA AFFIN dan National Cancer Society Malaysia Cancer Treatment Center telah bergabung melalui program 110 Cancer Care untuk membantu para pesakit untuk rawatan chemotheraphy. Ini sedikit sebanyak mampu membantu memulihkan dan merawat pesakit kanser dan mampu mengurangkan beban dari segi fizikal, emosi dan kewangan kepada pesakit dan orang tersayang mereka.

P/S: Terima kasih kerana sudi membaca, dan diharapkan dengan penulisan kali ini mengenai apa itu Kanser, sedikit sebanyak dapat memberi penerangan dan info mengenai risiko menghidapi penyakit kanser & saya percaya dengan satu perbuatan yang kecil kita lakukan, secara tidak langsung kita mampu membantu insan yang lain.


42 comments:

  1. mintak dijauhkan dari penyakit penyakit kanser..pemakanan sekarang nie memang terdedah pada penyakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, saya setuju pemakanan skrg memng byak terdedah kpada penyakit..
      kita yg kna pandai pilih maknan yg sesual utk diri sendiri

      Delete
  2. Na'uzubillah... Minta2 dijauhkan daripada penyakit sebegini. Tapi kalau dah ketentuan. Yang pasti berusahala selagi terdaya dan berdoa agar diberi kesembuhan.

    Tapi... Satu jelah. Sekarang ni gaya pemakanan dikatakan byk mempengaruhi kesihatan kita. Oleh itu... Sama2lah kita beringat sebelum kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis, mintak kita semua dijauhkan drpda penyakit begini.
      selaunya faktor pmakanan dan gaya hidup yg selalu mempengaruhi..
      faktor kesihatan kita.. :)

      Delete
  3. thanks 4 sharing this bro..kekadang kita mudah lupa bila tentang bab2 kesihatan ini..aku pun tak tahu ade banyak jenis cancer rupanya...

    p/s: aku dah masukkan ko dalam bloglist aku ;-)

    Regards.
    -Strider

    ReplyDelete
  4. minta dijauhkan dari penyakit merbahaya ni.. terima kasih untuk peringatan dalam entry ni !

    ReplyDelete
  5. Moga dijauhkan...takutnya...sbb kanser pun ada pelbagai jenis....Pemakanan mmg kena jaga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu atie.. sebelum ini saya pun tak tahu bjawa ada lebih 200 jenis kanser..
      slalu dgr kanser payudara je :)

      Delete
  6. Makanan segera dari satu segi memang membantu mempercepat urusan bila kita dalam keadaan sibuk tapi dari segi yang lain ' membantu menjahanamkan kesihatan juga'. Berhati-hati. Kesihatan sendiri..., sendiri kena jaga dan beringat. Good sharing ni Sobri. Kanser memang penyakit yang kerap menyerang wanita dan lelaki di zaman ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju maknan segera ini ada kebaikan dan ada keburukan, yang penting kita sendiri bijak mengunakan produk tersebut.. terima kasih sis :)

      Delete
  7. kanser bermula dgn abnormality in cell activities, kemudian ke organ..selalunya bila dah sampai ke organ baru dapat detect...semoga dijauhkan dari penyakit ni, amalkan gaya hidup sihat..banyakkan makan anti-oksida, anti-radical bebas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang selalu menjadi masalah..sebab kadang2 kita sendiri tak tahu yang kita menghidapi penyakit ini, dah sampai tahap yang teruk baru kita perasan yang kita terkena..yg penting lebih baik mencegah daripada terkena :)

      Delete
  8. ahli keluarga saya ada . sentiasa berjaga2 ...

    ReplyDelete
  9. biasanya kanser dpt di detect bila dah teruk kn, kuatkan semangat sis noridah ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la yg menjadi masalah hajar kanser ni dah sampai tahap yang teruk baru kita perasan yang kita terkena..yg penting lebih baik mencegah daripada terkena :)

      Delete
  10. nauzubillah ,menakutkan ..kita perlu menjaga pemakanan dan gaya hidup sehat :)

    ReplyDelete
  11. Doakan kita semua dijauhi dari ujian Allah sebegini...

    ReplyDelete
  12. shin penah join ceramah kesihatan secara sukarela.. tanya kat kaunselor tu pasal cancer.. pasal sejarah family shin yak ada kena cancer ( 2 org dah arwah ).. kaunselor tu ckp.. semua org berpotensi kena cancer.. kena cegah melalui gaya hidup sehat.. jgn byk makan makanan dlm tin katanya lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih info yg diberi shin.. betul semua orang berisiko terkena penyakit canser ni :) makanan sgera dan mkanan bertin kalau selalu amalkan memng kurang baik.

      Delete
  13. semoga kak noridah tabah,
    bagus sangat perkongsian ni sobri,
    sekurang-kurangnya boleh beri pendedahan kepada semua tentang bahayanya kanser.
    Kadang-kadang bila kita tak dapat pencerahan tentang kesihatan ni yang menyebabkan kita ambil remeh tentang pelbagai penyakit.
    Pemakanan kena jaga, amalkan gaya hidup sihat, sesiapa pun boleh kena penyakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. semoga kak noridah tabah menghadapi dugaan yg diberi..
      betul affy smua org berisiko terkena pnyakit ini..
      semoga kita smua dijauhi penyakit ini )

      Delete
  14. kena jaga kesihatan & selalu buat check out. tapi kalu dah ujian dapat cancer, berserah kepada-Nya

    ReplyDelete
  15. Semoga kita semua terlindung dari penyakit kanser ini.. aamiin..

    ReplyDelete
  16. mencegah lebih baik dari merawat.. mohon dari Allah supaya dijauhi dari penyakit kanser ini..

    ReplyDelete
  17. pernah baca buku kat MPH pasal cancer. katanya main factor adalah STRESS..
    bila kita stress physiology kita tak balance...

    ReplyDelete
  18. untuk mencegah penyakit cancer
    kita perlu makan VIT E caps setiap hari....insyaallah

    ReplyDelete
  19. ni penyakit paling ditakuti didunia..sbb kita dah digasak dengan cerita katanya agak sedikit manusia yg boleh survive klu dah kena penyakit ni..

    ReplyDelete
  20. Emak Ida memang pengidap kanser payudara... tahun 2000 dah buang sebelah iaitu payudara sebelah kiri. Masa tu baru tahap 2...Alhamdulillah emak masih sihat sampai sekarang...Tetapi Ida pula yang kena berjaga2...harap dapat mencegahnya dari awal..

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah.. family takda penyakit keturunan termasuk kanser tp apa pun lebih baik jaga kesihatan dr muda kan. good info bro :)

    ReplyDelete
  22. informasi yang bagus dan bermanfaat juga ni, sekurang-kurangnya boleh menambah pengetahuan dan keadaan berjaga-jaga

    ReplyDelete
  23. salam ziarah n tq dtg my blog..sorry lmbt menjengah ke sini..

    pernah dgr org ckp bhw kita semua ada sel kanser...cm ianya aktif atau x..

    mmg pemakanan faktor y plg besar..jd hati2 bila makan..

    :)

    ReplyDelete
  24. minta Allah jauhkan kita semua dari kanser ini..

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca