Kebaikan Dan Keburukan Kafein. | www.sobriyaacob.com

Thursday, November 28, 2013

Kebaikan Dan Keburukan Kafein.


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Tadi terbaca satu article di kosmo, yang mengatakan gabungan tidur yang berkualiti dan pengambilan minuman berkafein dapat menigkatkan keupayaan tubuh badan ke tahap yang lebih optimun. Nampaknya ini satu fakta yang baru diketahui oleh saya, kerana selama ini saya beranggapan pengambilan minuman berkafein tidak bagus untuk kesihatan.


Menurut article di harian kosmo, Kombinasi tidur yang berkualiti dan pengambilan minuman berkafein dapat meningkatkan keupayaan tubuh ke tahap yang lebih optimum. Nampaknya sekiranya anda mengambil kafein dalam kuantiti yang betul ia mampu memberikan kebaikan yang tersendiri.
“Sekiranya anda minum secawan kopi dan tidur selama 20 minit selepas itu, kesan kafein akan dirasai ketika bangun. Anda akan berasa lebih segar,” katanya.

Pakar Pusat Penyelidikan Tidur di Universiti Australia Selatan, Dr. Jill Dorian berkata, strategi itu dapat mengatasi keletihan dan tekanan akibat waktu kerja yang panjang.
Menurut Dorian, kecergasan tubuh juga dipengaruhi oleh pola tidur yang baik. Oleh itu, beliau menyarankan supaya orang ramai memanfaatkan waktu tidur dengan tidak menonton televisyen, membaca atau melakukan kerja-kerja pejabat.

Di sini saya senaraikan dan keburukan Pengambilan Kafein dalam kuantiti yang sedikit dan kuantiti yang banyak.

Kesan pengambilan kafein yang sedikit:



  • 1.Mengganggu corak tidur.
  • 2.Meningkatkan degupan jantung.
  • 3.Meninggikan tekanan darah.
  • 4.Kerap membuang air kecil.
  • 5.Tangan terketar-ketar perlahan.
  • 6.Kurang selera makan.

Kesan pengambilan kafein dengan jumlah yang banyak:


  • 1.Resah dan gelisah.
  • 2.Sukar menumpukan perhatian.
  • 3.Sakit kepala.
  • 4.Sukar tidur.
  • 5.Keliru dan kadang-kala berhalusinasi. 

P/s: Pada pendapat saya dalam apa juga pengambilan makanan atau minuman sekali pun, sifat bersederhana adalah lebih baik kerana setiap perkara itu ada keburukan dan kebaikannya. Selain itu banyak pakar pemakanan telah menjelaskan kebaikan dan keburukan meminum kafein, semuanya bergantung kepada metabolisme individu peminum kafein tersebut.


26 comments:

  1. setiap kali ada pameran kesihatan saya akan bertanya pada petugas tentang had pengambilan kafein dalam sehari... kalau 3 in 1 jangan lebih 2 paket sehari.. kalau minuman yg tinggi kafein seperti starbuck / coffe bean memadai 1 kali sehari... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih sis..atas perkongsian..so sekarang kita tahu berapa bayak sukatan dan kuantiti yg spatutnya kita amalkan / minum setiap hari.. :)

      Delete
  2. betul tu.. cafien ada baik dan ada buruknya.... singgah sini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhwah semua..disini saya ada jalan penyelesaian kepada para penggemar kopi..kopi mngandungi tahap cafein yang teramat rendah..malah ia juga mengandungi 9 jenis herba terbaikuntuk kesihatan., "de asia white coffe" adalah produk terbaru bumiputera sepenuhnya.. untuk info yg lebih mendalampruduk ini sila layari https://www.deasiaworld.com/product-knowledge#white_coffee... dan jika berminat hubungi saya nazriarshad 0199281047/0109002063. sekian , terima kasih

      Delete
  3. bukankah Nabi SAW suka minum kopi...mengapa kita perlu pertikaikan kebaikannya...

    ReplyDelete
  4. setiap sesuatu mesti ada pro & kontra kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap benda yg kita makan or minum mesti ada klebihan dan kekurangan yg tersendiri :)

      Delete
  5. Mmg ada baik & buruknya.. tp sesekali kena klu mcm nescafe tu mmg sedap kan.. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bro..tapi sesekali kena minuman yg ada kafein memng terangkat :)

      Delete
  6. biasanya kalo amek berlebihan itu yak effect dan mendapat masalah.. sbb tu agama kita menekankan aspect kesederhanaan #salamJumaat

    ReplyDelete
  7. But I heard coffee is good or was it just rumoured? They said coffee is good which is why most of the people at the west, makes a lot of Coffeehouse such as starbucks or so..

    Coffee really changed my sleeping pattern, just last night, I had a cup of them and I sleep very late lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. it depent how many kafein we take bro :) tapi semua perlu diambl dlm keadaan bersedahana.. :)

      Delete
  8. ouh..baru tau..huhu..niesa bukan penggemar coffee dan xminum pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he.. ni kira penggemar tea n milo la kan :)

      Delete
  9. setuju . segalanya perlu sederhana ...

    ReplyDelete
  10. betul tu, harus besederhana.. akak tak boleh minum kopi sebab mesti akan rasa mamai dan mengantuk..

    ReplyDelete
  11. Bagaimana agaknya kalau tak minum langsung..

    ReplyDelete
  12. ika memang tak boleh accept caffeine...mnum sikit je pun dah sakit kepala...bg penggemar coffee harap boleh kurgkn sdikit laa sb bhya sbnrny tuk tubuh bdn...

    ReplyDelete
  13. cafein sangat di perlukan untuk stay up. haha tasneem selalu amal kan walaupun tau ia nya tak berapa elok. tapi ade kesah. haha wajib bancuh nescafe setiap malam untuk study. Alhamdulillah setakat ni tak dak negetif effect lagi. tasneem amal kan masa nak exam ja. maklum lah budak setadi last minit. hakhak

    ReplyDelete
  14. Rasanya susah nak tidur bila ambil secawan kopi tu..hehe

    Kopi ni banyak khasiatnya, paling terbaik minum kopi tanpa gula.

    ReplyDelete
  15. Kopi memang sedap... sehari tak pekena kopi mmg tak sah.. huhu

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca