Panduan Lengkap Untuk Kuruskan Badan. | sobriyaacob.com

Thursday, November 21, 2013

Panduan Lengkap Untuk Kuruskan Badan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, apa kahabar semua? macam mana dengan keadaan kesihatan anda semua? Diharapkan anda semua dalam keadaan sihat sejatera dan tubuh badan dalam keadaan yang sihat serta bertenaga. Dan hari ini, INFO SIHAT, dibawah label Kesihatan, saya ingin kongsikan *Tips kuruskan badan daripada pakar kesihatan terkenal Kelvin Zahari* Sekiranya anda mengikuti secara berkesan efektif  panduan yang diberikan oleh Kelvin, insaallah impian anda untuk menguruskan badan akan berjaya dan impian anda untuk mencapai benduk badan idaman akan berjaya suatu hari nanti, ini kerana tips yang diberikan meliputi Tips Pemakanan Yang Betul, Cara Senaman yang Menyeronokkan  dan Bagaimana Cara Pemilihan Supliment / Pemakanan Yang Betul, sungguh memudahkan kita info yang diberikan untuk dijadikan panduan dan rujukan.

"Siapa yang tidak idam-idamkan bentuk badan macam ini?
Ingat, Usaha tangga Kejayaan! Bro"

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.

  • Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  • Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  • Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  • Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  • Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun.
  • Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  • Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  • Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  • Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  • Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

"Senaman memang menyeksakan, saya akui!
Tapi apabila dilakukan bersama rakan-rakan pasti ia menyeronokkan"

  • Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  • Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
  • Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  • Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
  • Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
  • Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  • Semanan untuk toning?Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak).
  • Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  • Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
  • Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

     Suplemen dan makanan tambahan

"Tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan
bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil"


  • Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.
  • Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
  • Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
  • Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  • Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.

P/s: Diharapkan info di atas dapat dijadikan panduan dan rujukan dalam usaha kita mencapai bentuk badan yang didamkan,  sebab sebelum ini saya rasa amalan pemakanan secara seimbang dan betul tidak begitu penting, apabila banyak membuat bacaan dan bertanya kepada yang pakar, rupanya corak pemakanan kita akan menentukan sama ada kita akan berjaya atau tidak dalam misi kita berdiet dan sentiasa kawal nafsu makan! walaupun ia cukup menyeksakan!, oleh itu kita kena bijak mengambil makanan yang bersesuian dan pastikan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan paling penting amalkan gaya hidup yang sihat. 


INGAT EXERCISE IT'S CHEAPER THAN MEDICAL BILLS BRO!


25 comments:

  1. yak kurus nk gemok.. yak gemok nak kurus.. yak moncit nk kempis.. tau nak jer.. tp suh senam malas.. suh jaga makan liat bebeno.. aishhh #marahdirisendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. betul tu shin semua benda nak.. tapi bila suruh buat..liat bebenor!! :)

      Delete
  2. banyak carakan..tapi nak ikut tu satu pun susah..kena serius and disiplin..kalau tak memang tak menjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius dan disiplin iti keyword dia kak :)

      Delete
  3. thanks bro . jaga mkn n rajin exercise ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur wc sis :) dua perkara tu memng penting :)

      Delete
  4. Replies
    1. tapi ika dah kurus, cane nak amalkan hukhukhuk
      nanti lagi kuruihhh pula sedih sedih :D
      tapi amalkan gaya hidup sihat tu boleh!

      Delete
  5. nk kurus kena amalkan disiplin yg ketat baru menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. disiplin memng penting.. kalau hangat2 tahi ayam memang x mennjadi la :)

      Delete
  6. sangat bermanfaat semua tips ini.. bab bersenam tu akak jarang buat.. kalau nak seronok bersenam akak ikut dalam cd untuk kardio salsa atau fat burning pilates je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis.. bersenam ikut cd la best..sbab x payah nak pikir gerakan yg perlu dibuat.. just follow.. kardio salsa.. sound nice,, nanti nak try cari dlm youtube la :)

      Delete
    2. best dan takdelah bosan sangat.. dah lama akak beli cd tu.. maybe dah ada dalam youtube kot.. cubalah.. :D

      Delete
  7. bukan senang nak kurus kan..
    yang penting kene gigih berusaha, tabah dan sabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sis..gigih tekun.. berusaha dan sabar..
      mcm nak jawap exam pulak.. banyak cabaran kena buat :)

      Delete
  8. Exercise, the only way that works for me. Ada skali tu Vee cycle 5 days for 30 mins each day. Sunday tu bila nak gi church, jeans tetiba rasa longgar. Cepat je kan :) Kalau kurangkan itu dan ini mmg tak jalan lahh. Haha. Tp skrg susah nak exercise. Turun kerja pkl 6 lbh, sampai rmh pn pukul 6 lbh. Sampai rumah je terus pungpang kat dapur masak utk family. Dinner pkl 8. By 9 mata dah kuyuuuu.. Weekend je harapannya. Huhuhuu. Bkn tak nak exercise, waktu je seriously takda kan.. Hehehee.

    ReplyDelete
  9. mengamalkan hidup yang sihat akan mengurangkan risiko penyakit dan menambahkan tenaga!

    ReplyDelete
  10. sangat bagus entri nie ;) macam tahu2 sahaja sedang berdiet :) hahaha

    ReplyDelete
  11. Nak kuruskan badan mmg mencabar kan?? kena kuat mental & fizikal juga...hehe
    TQ sharing tips ni...InsyaAllah boleh diamalkan...:)

    ReplyDelete
  12. assalam info yg penting diketahui....tq

    ReplyDelete
  13. bagus tips ni
    blh try slow2
    godaan makanan sentiasa ada, bdn pun comel, try panduan ni mmg bagus

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. sy masih kurus, tp nk gemuk kan sikit badan ni hehe.. Thanks sharing ye. :)

    ReplyDelete
  15. bagus tips ni...sama2 kita cuba amalkan...

    ReplyDelete
  16. apa pon. bersenam tu tetap penting kan..

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca