REPORT LI - PENGURUSAN MAJLIS ATAU ACARA | www.sobriyaacob.com

Wednesday, November 6, 2013

REPORT LI - PENGURUSAN MAJLIS ATAU ACARA


BAB 6
PENGURUSAN  MAJLIS ATAU ACARA

6.1       Pengenalan
           
Pengurusan majlis atau acara bermaksud sesuatu aktiviti yang dirancang dengan cara sistematik oleh seorang individu atau beberapa orang individu tertentu, contohnya satu persembahan, karnival, majlis, seminar, pertunjukan atau pertandingan yang  terbatas fungsinya dan diadakan bagi mencapai satu objektif yang berfaedah kepada individu  tertentu atau masyarakat.

Pengurusan majlis atau acara juga melibatkan proses pembelajaran pengurusan, selok belok perniagaan, mengenalpasti kumpulan sasaran, merancang konsep acara atau majlis, perancangan logistik dan penyelarasan aspek teknikal sebelum acara atau majlis dijalankan. Suatu acara dan majlis yang dijalankan mempunyai matlamat dan objektif tertentu yang berfaedah kepada individu, kumpulan individu tertentu ataupun masyarakat Contohnya acara seperti karnival diadakan sebagai  suatu acara yang mempunyai matlamat tersendiri seperti untuk melakukan analisis terhadap produk ditawarkan, mengenalpasti golongan sasaran, dan untuk memasarkan produk yang ditawarkan, ini kerana untuk menjamin pulangan pelaburan dan keuntungan yang telah dilaburkan.    


6.2       Objektif pengurusan majlis atau acara

  • Untuk merancang konsep atau acara  majlis yang dilangsungkan, perancangan logistik dan penyelarasan aspek teknikal sebelum acara atau majlis dijalankan dan mempelajari cara dan proses pengurusan majlis atau acara.
  • Mencapai satu objektif yang berfaedah kepada individu  tertentu atau masyarakat yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.
  • Untuk menjalankan promosi dan memperkenalkan produk atau perkkhidmatan baru atau produk sedia ada
  • Untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat dan mengenalpasti golongan sasaran pembeli dan pengguna produk
  • Untuk menunjukkan imej syarikat yang baik dan kuat  kepada pelanggan dan pengguna untuk jangka masa yang panjang dan mengukuhkan lagi hubungan antara syarikat dan pelanggan.
  • Untuk mendapatkan  kembali perolehan keuntungan yang dilaburkan.

6.3 Model Perancangan Acara

Sumber :
 Model Perancangan Acara: Johnny A William And Robert II, Festival And Special Event Management. Second Edition. John Willey  & Son Australian Ltd 1999.


6.4       Spesifikasi / Jenis Peralatan Yang Digunakan.

  • Ø ‘Backdrop’ peralatan yang digunakan apabila menjalankan pengurusan majlis atau acara
  • Ø  Produk @ perkhidmatan yang ditawarkan ,contoh  kadfon, perkidmatan Helo Add.
  • Ø  Peralatan promosi, seperti risalah, buku nota t-shirt,pen, pensil dan beg
  • Ø  Peralatan yang digunakan untuk aktiviti yang dirancang sepanjang carnival seperti, kertas, duit siling, pensil warna, belon dan damak.
  • Ø  Lain-lain yang berkaitan.


6.5       Proses Kerja Yang Dilakukan

·         Setiap karnival besar yang disertai, syarikat mengambil masa sekurangnya selama tiga bulan untuk membuat perancangan acara. Antara kriteria perancangan adalah seperti, membentuk konsep, membuat penyelidikan,  membuat keputusan,  mendapatkan kelulusan dan perlaksanaan. Contoh majlis atau aktiviti yang bersifat besar adalah seperti Karnival Upin dan Ipin dan Minggu Amanah Saham Malaysia.

·         Bagi majlis atau aktiviti yang bersifat kecil dan sederhana, masa perancangan majlis tidak mengambil tempoh masa yang lama,kerana tidak mengeluarkan belanjawan yang banyak contohnya aktiviti promosi di kilang atau di sekolah.  Saya terlibat secara langsung sepanjang proses kerja ini dilakukan, kerana saya turut ditempatkan di Jabatan Sales And Marketing, Saya diberikan pendedahan dan diajar  cara untuk merancang pengurusan majlis atau acara supaya berjalan dengan lancar dan teratur 

Tarikh
Aktiviti /Lokasi
24/2/2011
-
28/2/2011
Karnival Upin dan Ipin, Shah Alam Convention Centre  (SACC)
6/1/2011
Dan
18/1/2011
Promosi penggunaan kadfon, Sekolah Teknik Setapak
17/2/2011
Promosi dan jualan kadfon di kilang Sony, Shah Alam

Jadual 1.3 : Jadual senarai aktiviti pengurusan majlis dan acara yang terlibat

          
  6.51     Karnival Upin Dan Ipin

         Menyertai Karnival Upin dan Ipin yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre  (SACC)  bemula dari 24/2/2011-28/2/2011 yang berlangsung selama 5 hari.

Mendengar taklimat daripada Cik Ain sebagai ketua yang menguruskan karnival Upin dan Upin. Kumpulan diwujudkankan dan pembahagian tugas dijalankan sepanjang karnival berlangsung.

Membantu menyediakan ‘Prob’  iaitu peralatan yang digunakan apabila menyertai dan menganjurkan sesuatu majlis  dan memasang peralatan yang digunakan semasa karnival berlangsung. Datang setiap hari ke Shah Alam Convenction Centre (SACC) sepanjang karnival berlangsung setaiap hari, daripada  pada pukul 8 am dan pulang pukul 7 pm, menjalankan promosi produk helo dan memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengunjung yang hadir ke karnival tersebut

Memastikan sasaran yang diberikan oleh ketua iaitu menjual kad telefon awan  ‘Helo’, produk utama disamping itu memperkenalkan produk lain yang ditawarkan oleh syarikat seperti Helo Add dan Wifi Hot Zone. Ini penting untuk memastikan orang ramai mengetahui produk dan perkidmatan lain yang ditawarkan oleh syarikat, dan secara tidak langsung promosi dapat dijalankan. 

Diajar cara untuk berinteraksi, berkomunikasi  dengan pengguna serta cara untuk menerangkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada  pelanggan dengan betul dan berkesan. Terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh gerai Helo, bersama pelanggan seperti mengadakan pertandingan mewarna, body art dan peraduan meneka duit siling. Secara tidak langsung dapat mendekatkan hubungan yang terjalian antara syarikat dan pelanggan. Merancang bersama staff yang lain tentang aktiviti yang akan dijalankan ketika ‘slot produk bersama pengguna’ antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi memperkenalkan produk, sesi soal jawab dan sesi bersama penggunjung. Setiap syarikat yang menyertai kanival diberikan masa selama sejam, slot bersama pelanggan untuk memperkenalkan produk dan perkditmatan yang dijalankan  kepada pengunjung yang hadir. Saya berpeluang untuk menjadi pengacara majlis ketika  sesi ‘slot produk bersama   pengguna’. Pelbagai aktiviti yang dijalankan ketika sesi berlangsung dan menganjurkan  pelbagaipertandingan secara sepontan bersama penggunjung selain memperkenalkan  produk dan perkhidmatan  yang ditawarkan kepada penggunjung . Secara tidak peluang  yang diberikan meningkatkan kemahiran merancang majlis dan komunikasi.


      6.52     Melakukan Promosi di sekolah dan Kilang.

  • Pada  6/1/2011 dan 18/1/2011 mengikuti Encik Sabaruddin ke Sekolah Teknik Setapak untuk menjalankan aktiviti promosi kadfon kepada ibu- bapa  dan pelajar baru yang mendaftar ke sekolah Teknik setapak.
  • Diajar cara untuk berinteraksi, berkomunikasi  dengan ibu bapa dan pelajar supaya berminat dan tertarik dengan produk yang ditawarkan serta  menerangkan kegunaan dan kelebihan  produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada  pelanggan dengan betul dan berkesan.
  • Pada 17/2/2011 mengikuti Encik Khairul Anuar melakukan promosi dan jualan kadfon di Kilang Sony kepada pekerja asing, dan memperkenalkan kadar promosi baru panggilan antarabangsa ke luar Malaysia 
  • Kad fon Kadar IDD panggilan antarabangsa, antara salah satu produk daripada Helo Paypoint yang memfokuskan jualan  kad fon kepada pelancong  dan pekerja asing.
  • Jualan lebih tertumpu kepada pekerja asing daripada Indonesia, India, Vietnam, Sri Langka, Nepal dan China


6.5      Komen dan cadangan

Saya mencadangkan pihak syarikat memilih acara majlis ‘event’ yang bersesuaian dengan  produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat. Contohnya Karnival pendidikan bersesuaian produk yang ditawarkan oleh syarikat iaitu kadfon dimana sasaran pelanggan adalah pelajar sekolah dan ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah dimana antara pengguna tetap kadfon

Pihak syarikat seharusnya melakukan penilaian, menggunakan strategi yang bersesuaian dan kaji selidik mengenai majlis atau karnival yang disertai, untuk memastikan  sasaran yang ditetapkan oleh pihak syarikat tercapai, untuk mendapatkan  kembali perolehan keuntungan yang dilaburkan.

Pihak syarikat juga harus memastikan pekerja yang terlibat dalam perancangan majlis seharusnya bijak mengawal dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kemahiran komunikasi amat penting untuk memastikan maklumat yang disampaikan tercapai dan mudah difahami. Memastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan elok dan berfungsi dengan sempurna untuk mengelakkan berlaku masalah diluar jangkaan.

6.6      kesimpulan

            Sepanjang saya melakukan tugasan ini, saya saya sangat berpuas hati dan gembira di atas komitmen yang ditunjukan oleh kakitangan, saya juga banyak mempelajari ilmu dan kemahiran baru di mana tidak dipelajari di politeknik.  Saya juga berpeluang untuk menggunakan apa yang saya pelajari di politeknik semasa menjalani latihan industri. Contohnya pelbagai ilmu berkaitan dengan cara untuk berkomunikasi dapat dipelajari  seperti cara berkomunikasi antara pekerja dengan pekerja, orang ramai dan pembeli produk di mana mempunyai cara komunikasi yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.

            Pengurusan majlis atau acara antara bidang di bawah pengurusan perniagaan di mana, kemahiran merancang, menganalisis, melaksanakan dan komunikasi adalah sangat penting untuk memastikan kejayaan majlis dan acara yang dilaksanakan. Untuk memastikan perancangan yang dijalankan berjalan lancar seperti yang ditetapkan, memerlukan seorang ketua yang bijak mengawal dan menyelesalkan masalah yang dihadapi. Ketua kumpulan yang bijak merancang strategi dan pandai membahagikan tugas kepada ahli kumpulan dapat memastikan pelaburan yang dibuat oleh syarikat dapat memberi pulangan keuntungan seperti yang diharapkan.

 Kerjasama antara kumpulan adalah sangat penting kerana, Kejayaan sesuatu majlis dan acara bergantung kepada komitmen yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan. Pelbagai idea dan maklumat baru dapat dikongsikan bersama, ini dapat menambahkan ilmu dan kemahiran baru setiap ahli yang menjayakan karnival, majlis dan acara promosi yang disertai


Saya juga berpengalaman dan terlibat sepenuhnya  dalam mengendalikan pengurusan majlis atau acara yang dianjurkan oleh syarikat. Ini kerana peluang yang diberikan dalam menjayakan Karnival Upin dan Ipin dan menguruskan pelbagai acara dan majlis di sekolah yang terpilih dalam menjalankan promosi syarikat. Pelbagai kesukaran yang dihadapi untuk menjayakan majlis ini. Dengan kerjasama yang diberi oleh semua pihak, semua masaalah yang dihadapi dapat diatasi yang mudah. Salah satu pengalaman yang mungkin menjadi ingatan saya sepanjang menjalani latihan industri


P/S: Ini antara contoh report latihan industri untuk CONTOH PENGURUSAN MAJLIS @ ACARA untuk lihat contoh yang lain, sila pergi ke Label CONTOH LATIHAN INDUSTRI atau klik pautan di bawah di bawah untuk melihat contoh yang terdahulu.


5 comments:

  1. Perkongsian yg bermanfaat.. thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  2. Secara officialnya saya tak pernah mendapat latihan dalam bidang pengurusan majlis, tapi saya banyak belajar dari pengalaman. Bila berkerja dalam sektor awam, pengurusan majlis tidak boleh semberono, ia hanya akan memalukan Jabatan dan tak kena gaya boleh mendapat teguran diperingkat tertinggi

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca