Santai-Santai: Lewat Ke Tempat Kerja / Belajar & Kesan Buruk Anda Hadapi. | www.sobriyaacob.com

google advertising

Thursday, November 14, 2013

Santai-Santai: Lewat Ke Tempat Kerja / Belajar & Kesan Buruk Anda Hadapi.


Assalamualaikum & salam sejahtera semua, mesti ramaikan yang pernah menghadapi masalah sampai lewat ke destinasi yang penting sama ada tempat kerja atau ke kuliah, Dan selalunya 'DETIK'  perkara itu terjadi, ketika kita bakal menghadapi perkara yang sangat penting seperti  menghadapi peperiksaan / test ataupun menghadiri urusan penting di tempat kerja yang memerlukan kita berada tepat pada waktunya.



Saya sendiri pernah melalui kejadian sebegini, seingat saya pada zaman belajar, kebetulan Pagi esok, awal-awal pagi saya ada peperiksaan akhir dan yang paling best subject yang bakal dihadapi adalah subject yang agak susah (practice + pengiraan), harus ingat formula dan kena menulis essay, memang tak teringatlah, jawapnya. Saya pula study sampai lewat malam, sedar-sedar pagi esok bagun agak lewat, lagi 5 minit peperiksaan nak bermula, mulalah saya gelabah, cuma muka basuh-basuh, cari apa barang yang penting untuk dibawa, pakai apa pakaian yang nampak di depan mata, ambil kunci motor terus pergi ke dewan peperiksaan, sampai lupa nak mandi, Sampai sahaja ke dewan peperiksaan, saya sudah lewat setengah jam, mulalah gelabah, semua benda yang dihafal terus hilang, seingat saya pada masa tu, saya doakan kepada allah, kalau tak boleh score subject ni, dapat lulus cukup-cukup makan pun dah alhamdulilah. Syukur alhamdulilah, walaupun tak score paper tu, janji tak kena carry paper untuk sem depan, Lepastu bila balik ke rumah sewa, Sampai nak kunci rumah pun lupa, nasib baik tak ada barang yang hilang.

Semenjak kejadian hari tu, membuatkan saya sentiasa bersedia awal, sekiranya bakal menghadai sesuatu yang penting. Tapi kadang-kadang bersedia macam mana pun, sekiranya perkara itu nak terjadi, ia tetap akan terjadi, apa yang boleh kita buat, hanya bersedia & sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi, kita harusnya menerimanya seadanya dan jangan salahkan takdir.


Mesti anda *bosankan* baca kisah saya yang panjang di atas,itu sekadar intoduction untuk topik hari ini  iaitu lewat ke sesuatu tempat dan kesan buruk yang bakal kita hadapi

  • Kemalangan yang tidak dijangka, selalunya sekiranya kita terlewat ke sesuatu tempat dan tergopoh-gopoh untuk sampai ke destinasi yang dijanjikan, Sekiranya sesuatu perkara dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa ia boleh menyebabkan risiko kemalangan sama ada kemalangan fizikal seperti terjatuh, berlanggar dengan orang lain atau yang lebih serius kemalangan di jalan raya. Sebab kita terlalu tergopoh-gopoh ingin sampai ke sesuatu destinasi, dan kadang kala kita melupakan aspek keselamatan dan pengakhiranya bukan sampai ke tempat yang hendak dituju, tapi sampai ke hospital pulak, itukan lebih susah :P
  • Lupa untuk kunci rumah atau lupa bawa kunci, perkara ini memang selalu terjadi, semata-mata untuk mengejar untuk sampai ke tempat kerja atau kuliah tepat pada masanya, secara tidak tersengaja lupa untuk kunci rumah, bayangkan sekiranya nasib anda hari itu tak baik, ada pencuri yang masuk, memang habis barang berharga dicurinya *sedangkan kasut depan rumah dikebas, inikan pula pintu rumah yang tidak dikunci* dan bayangkan sekiranya itu rumah pelajar, mahu mewah pencuri tu, busuk-busuk pun setiap rumah student mesti ada 4,5 laptop tu tak termasuk pelbagai jenis Hp terkini, biasalah pelajarkan suka gajet-gajet yang terkini, setakat HP I-Phone 5, i-pad, tab tak ada masalah nak beli, kadang-kadang kalah yang dah bekerja pun pakai Handphone  yang skrin tak bercolour. ;p
  • Bahan kerja tertinggal, disebabkan tergesa-gesa nak ke tempat kerja, sekiranya lewat bagun tidur, tiada apa lagi yang difikirkan selain sampai ke tempat kerja awal, untuk mengelakkan kehadiran merah, sampai terlupa bahan kerja yang dibawa pulang ke rumah untuk dibawa semula ke tempat kerja, Lagi menjadi masalah sekiranya anda teringat di tempat kerja, terpaksa pula balik ke rumah untuk mengambilnya. 
  • Lupa mandi pagi dan bersarapan,  mandi seperti kita tahu , itu rutin asas bagi sesiapa pun manusia di muka bumi ini, untuk menyegarkan diri dan membersihkan diri  sejurusnya bangun daripada tidur, sekiranya anda tergopoh sampai nak mandi pun tak sempat, secara tidak langsung orang yang berada di sekeliling anda berasa tidak selesa, terasa tempiasnya seperti bau badan, mulut dan anda kelihatan kusut dan boleh menyebabkan anda dijauhi oleh rakan sekerja atau rakan sekelas dan di cop sebagai seorang yang tidak suka menjaga kebersihan. Bukan itu saja, anda pun akan berasa tidak selesa untuk bekerja atau belajar. Se eloknya sebelum pergi ke tempat kerja ambilah sedikit sarapan, untuk mengalas perut supaya tidak lapar dan menggangu kosentasi kerja anda atau bagi yang masihbelajar, supaya tumpuan untuk belajar tidak terjejas. 
Hari ini nak promte sikit, wajah tuan punya blog aku VS kesidupan, rasanya sudah empat tahun saya berblogging,jarang saya uplode rupa saya dalam blog ini, takut nanti semakin ramai yang umfollow balik blog ini.Ini lah rupa penulis blog ini, tak hensem mana, tapi manis tetap ada : P

P/S: Entry hari ini memang ditulis agak panjang sedikit, sebab secara rasminya saya seorang penggangur bermula daripada bulan ini, Take positive site sekejap, semenjak menjalani kehidupan penanam anggur, banyak aktiviti yang tak sempat dilakukan masa bekerja, boleh dilakukan sekarang, Alhamdulilah banyak nikmat sebagai seorang penggangur, cuba positive lagi, walau pun sedih sebab susah nak cari kerja sekarang, so sekiranya ada rakan-rakan blogger yang lain tahu mana ada kerja tempat kosong bolehlah bagitahu saya, tahu mana-mana website  / syarikat yang ada tawaran kerja kosong bolehlah kongsikan bersama saya. Akhir sekali terima kasih kepada semua yang sudi follow, membaca dan memberi komen setiap entry. Sesungguhnya komen anda amat berharga kepada saya :P 

43 comments:

  1. Gud artikel.. ramai kot yg jenis lewat/lambat ke tmpat keje ni.. hehe..

    p/s: mnganggur xpe.. cuma jgn bazirkan masa.. Bagus la byk aktiviti +ve dilakukan.. hehe.. btw, mmg manis pun blogger ni! ekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, manis macam madu kan: P
      alhamdulilah byak aktiviti boleh buat

      Delete
  2. yup. memang susah nak cari kerja skang ni. hehehe.. ko nak keje macam mane tu? i

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bro..
      kerja macam mana pun boleh..
      bacground aku budak bisnes :)

      Delete
  3. Kita memang "pantang" orang lewat..that's why bile pergi kerja awal-awal pagi dah keluar..senang tak ada jem and sampai office pun awal..nway Blog ni dah empat tahun ya..lama tu..kira otailah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tu say pun pantang kalau janji org lewat..kecuali ada sebab yg munasabah..
      ala baru je..ni pun berblogging sekejap on sekejap off

      Delete
  4. fiza hari2 lewat.. tp fiza balik pun lewat.. kontra la..

    ReplyDelete
  5. hahaha...entry nie memang tepat pada waktunya..kebetulan aku pun memang lambat gi keje arini..tapi normally kalau aku lambat akibat daripada cuaca hujan di pagi hari..syok wooo tido..hehehe

    p/s: tambah follower kat sini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hu..hu.. ha..ha.. kalau hujan p lewat pun x ..pe..pergi awal mcm mana pun mesti jalan jem.. kalau bleh mcm mlas nak p kerja ..ha..ha.. :)

      Delete
  6. Perkongsian yg baik.. klu dtg lewat mmg kecoh.. jiwa pun kacau rasanya. Wah.. hensem juga penulis blog ni, pasti ramai yg meminati.. :) Thanks sharing ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro khalid.. memng kalau lewat je.. kena2 ada urusan penting memng tenson..ha..ha.. tak hensem mana pun .. .. bro lg hensom..;p

      Delete
  7. kalau bangun lambat tu memang habis la..berpeluh2 berlari g kelas :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bro..dulu selalu jadi situasi yg masa..

      Delete
  8. Kalau terlewat segalanya jadi kelam kabut...semua serba tak kena.
    Kalau boleh jgnlah jadi amalan...melainkan sebab yg idak dpt dielakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..kecuali sebab yg tak boleh dielakkan..kena redha je la :)

      Delete
  9. elok bersedia awal jika tak nak menyesal.. teringat masa study dulu selalu siapkan assignment last minute, mula la tak tidur malam, nasib kelas esoknya tak miss.. status kita sama, sekarang dah tak kerja juga.. dulu asal berhenti kerja sebab nak temankan mak yang tak sihat dan senang bawa dia pergi hospital, dah dekat setahun tanam anggur ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak status kita sama la.. geng la.. x pe berbakti kpada org tua.. byak pahalanya :)

      Delete
  10. biasalah kalau lambat...mesti perkara2 yang disenaraikan dia atas akan berlaku...dah kalang kabut katakan..bukan ingat ape pun..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. semua benda dkat dia ats bole jadi :)

      Delete
  11. Kalau selalu lewat ke tempat kerja, memang dpt warning notice lah..segan jg, masuk office mcm buat 'grand entrance'..semua org pandang.hii..mengalahkan bos, rasa nak jadi orang halimunan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he.. tu yg segan p lambat.. nanti semua mata yg memandang :)

      Delete
  12. Penanam anggur pun ok juga sementara ni, sementara menunggu anggur ranum untuk dipetik boleh tanam labu kuning dulu dik. Heee.. rilex. Dugaan tu. Insyaallah adalah pertolongan dari Allah nanti. Sandarkan pertolongan kepada manusia, kemampuan kami terbatas. Sandarkan harapan kepada Allah , insyaallah pertolongannya sangat hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. perkongsian yg sangat bermakna.. sesungguhnya allah maha berkuasa dan maha mengatahui apa yg terbaik untuk hambanya :)

      Delete
  13. kak pernah sekali memandu gaya samseng masa lewat p sekolah. potong kiri!!! aduhh..kita duty masa tu, sabo ajalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha.. bkan selalu nak jadi samseng kan kak> :)

      Delete
  14. Replies
    1. wasalam.. terima kasih..singgah di sini :)

      Delete
  15. Umi seronok baca entri ni ..sebabnya ..umi tergolong dalam golongan yang selalu tergesa2 pergi kerja .. waktu pagi banyak urusan yang hendak dibuat ..sampai kadang2 kala terlupa apa yang penting juga .. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..he.. terima kasih ummi.. tu la kau kita tergesa2 semua benda oleh lupa :)

      Delete
  16. x suka rushing sbb lewat.. x suka tunggu org lewat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesimpulanya apa yg lewat semua x suke kan bro :)

      Delete
  17. As salam...salam kenal ngan sobri..
    ok ape sekali sekala menglemerkan diri..haha..

    nak cari keje ke?
    sekarang kat tempat keja akak perlukan ramai technician, engineer..boleh la kalu nak apply..
    sobri duk kat mane?
    tempat keje akak kat Ibiden, Penang..
    boleh email ur resume kat akak roshila_samsudin.iem@ibiden.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam
      terima kasih akak..\stay perak..
      dulu keja dekat peneng..
      nanti saya emailkan kepada akak..
      terima kasih sudi membantu :)

      Delete
  18. memang tak suka kalau lewat ke tempat kerja.
    pagi² di KL ni kat ceruk mane le yg tak sesak.. semua jalan penuh dgn sesak..
    good luck ye.. moga² jumpa kerja yg di idam

    ReplyDelete
  19. Salam Perkenalan...!
    Apa pun Gud Luck yer... :D

    ReplyDelete
  20. Pst.. Nak order anggur 2 lorry blh?? Haha! Pengalaman ni stiap org alami. Bukan stakat tu je kesannya, blh kena asthma jugak. Sbb dah gelabah sgt + rushing. Pheww.. Semput you!!! Haha. Pengalaman sendiri. Agaga. Slm perkenalan gak ^_^

    ReplyDelete
  21. seronok baca entri ini ,dan pernah terjadi kepada diri ku salah satu diatas

    ReplyDelete
  22. pernah juga lambat pergi kelas, tapi bila sampai kelas, lecturer pun takde lagi, rupanya lecturer lagi lambat daripada pelajar hewhew

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca