Tips: 10 Minit untuk Releks, Sudah Cukup Untuk Mengekalkan Aura Positif. | sobriyaacob.com

Saturday, November 2, 2013

Tips: 10 Minit untuk Releks, Sudah Cukup Untuk Mengekalkan Aura Positif.



Salam semua, Apa khabar semua? Adakah tertekan dengan masalah kerja yang melanda mahupun masalah peribadi yang tidak dapat diselesaikan setelah sekian lama? Rileks.. cuba anda ambil masa selama 10 minit dan lakukan salah satu antara aktiviti-aktiviti dibawah ini setiap hari.

senyum adalah sedekah, jadi jom senyum :P

1. Berjalan

Berjalan kaki akan dapat menenangkan fikiran dan menyihatkan badan. Tahukah anda dengan hanya berjalan kaki, anda akan dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit kanses usus besar? Jika takut terkena sinaran matahari yang terik tidak perlulah anda bersusah-payah berjalan di taman-taman ataupun di jalanraya dibawah sinar mahatari terik. Window shopping di dalam pusat membeli belah juga merupakan satu terapi berjalan kaki yang nyamam


2. Meregangkan Badan

Kalau dulu nenek moyang kita turun ke sawah bendang untuk bekerja, generasi moden zaman sekarang kebayakkannya menyelesaikan tugas-tugas pejabat dengan menggunakan komputer. Komputer riba, komputer meja, telefon pintar, malah yang terkini pelbagai jenis Tablet di gunakan untuk menyelesaikan tugas-tugas pejabat dan bersosial. Sudah pasti badan akan menjadi letih, lesu dan sendi-sendi akan menjadi sakit oleh kerana terlalu lama menghadap komputer dan lain-lain.

Maka, apa yang anda boleh lakukan, dalam masa 10 minit, cuba anda bangun daripada kerusi dan renggangkan tangan dan kaki anda. Kesan daripada renggangan, sendi-sendi yang tegang akan menjadi longgar dan oto-otot akan menjadi kendur. Insya-Allah anda tidak akan berasa sakit lagi dan boleh melaksanakan tugas dengan lebih selesa.


3. Menulis

Jika dulu menulis hanya terhad di atas kertas ataupun didalam buku. Tetapi kini tidak lagi. Anda boleh menulis di dalam blog, facebook, microsoft words, twitter dan banyak lagi medium penulisan yang lain. Menulis dapat menajamkan pemikiran seseorang disamping mengukuhkan vocabulary seseorang itu. Tetapi, janganlah pula anda menulis sesuatu yang tidak elok, tidak sopan, menggugat keamanan negara dan racist. Siapa tahu mungkin juga dengan menulis anda dapat menjana wang dan menjadi seorang jutawan? Lebih baik sekiranya bahan penulisan anda dapat mendekatkan rakan-rakan anda dengan nilai-nilai murni Islam. Mudah bukan?


4. Membaca

Membaca jambatan ilmu. Sedih sekiranya anda menjadikan sibuk sebagai alasan untuk tidak membaca sedangkan membaca dapat meningkatkan pengetahuan tentang sesuatu perkara. Mungkin anda telah menjadi seorang peguam, seorang doktor mahupun seorang jurutera yang berjaya tetapi anda sepatutnya berterusan membaca ilmu-ilmu lain agar anda dapat informasi mengenai perkara-perkara yang diluar bidang anda. 

Tetapi perlu diingatkan, usah membaca sesuatu tajuk itu daripada sumber yang sama sahaja. Selalunya, membaca daripada pelbagai sumber yang berlainan akan dapat menajamkan pemikiran kita lantas menjadikan kita seseorang yang bijak menilai baik dan buruk sesuatu. Oh ya, masih ingatkah lagi peristiwa ketika Nabi Muhammad S.A.W diajar Jibril untuk membaca? Jika tidak, anda boleh cuba membaca semula sejarah tersebut sekarang. :) 


5. Bercakap

Dalam masa 10 minit anda boleh mengeratkan hubungan sesama rakan anda dengan bercakap. Tanyalah khabar mereka dan kongsilah kisah anda dengan mereka. Tapi jangan pula anda lupakan keluarga dikampung halaman! Sudah-sudahlah gunakan kredit prabayar anda untuk menelefon si dia, daripada anda menjerumuskan diri anda kepada maksiat lebih baik anda telefon keluarga di kampung halaman yang sudah lama tidak anda temui. Sudah tentu mereka juga merindui anda. Lebih-lebih lagi raya sudah hampir tiba.


6. Mengemas

Kadang-kadang keletihan akibat terlalu banyak bekerja menyebabkan saya mengabaikan kekemasan persekitaran. Mulai hari ini marilah sama-sama kita rajinkan diri untuk mengemas kawasan rumah kita samada diluar, diruang tamu, didapur mahupun didalam bilik tidur. Tahukah anda, kajian daripada Universiti Indiana Amerika Syarikat mendapati mengemas rumah selama 3 jam dapat menurunkan kadar darah tinggi selama lapan jam! Ini bermakna jika anda ingin kekal sihat dan cergas, lakukanlah kerja kerja mengemas dengan ikhlas dan berterusan.


7. Tidur Petang

Ha, saya pasti ramai yang suka dengan isi nombor 7 ni kan? Ya, tidur memang seronok lagi-lagi ketika hujan. Tetapi, tidur yang dimaksudkan disini bukanlah tidur yang berpanjangan dan berterusan diwaktu petang. Disini saya ingin menyatakan bahawa tidur petang yang dimaksudkan ini adalah tidur seketika sebelum zohor. Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor." Tidur sebelum zohor ini sebenarnya dapat mempertingkatkan daya tumpuan.

Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'.Demikian juga yang disebutkan olehDavid F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness':Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping'. Dr. James Maas, pakar dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. 


8. Merancang

Dengan masa yang sedikit iaitu selama 10 minit, anda boleh merancang jadual mingguan anda. Dengan merancang, anda boleh mengelak daripada melakukan perkara yang tidak diperlukan, menjimatkan masa, tenaga dan mungkin menjimatkan duit. Hidup tanpa rancangan kebiasaanya mengundang musibah. Bayangkan anda pergi melancong tanpa rancangan khusus dan tiba-tiba anda terasa hendak ke sebuah pulau yang asing dan tidak berpenghuni, apabila sampai dipulau tersebut anda memasang khemah dan menukar pakaian, tetapi anda teringat anda langsung tak bawa makanan. Macam mana?


9. Berzikir,berselawat atau beristighfar

Masya-Allah. Tiada yang lebih baik daripada mengingati Allah dan berselawat kepada junjungan-Nya. Ini tidak, kebanyakkan kita lebih gemar memaki hamun tatkala terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Mengapa tidak kita berzikir dengan nama Allah? Bukan sahaja diatas jalan raya malah dimana-mana sahaja. Baiklah, sekarang jam akan menunjukkan pukul 1 tengahari, ini bermakna sudah tiba waktu makan tengahari. Apa kata sekiranya kita semua berzikir dan berselawat bersama-sama selama 10 minit sebelum mula menjamu selera?

kita hanya perlukan selama sepuluh minit setiap hari untuk berehat, sambil melakukan aktiviti di atas untuk kita kembali relaks setelah stress bekerja, ia juga mampu untuk mengekalkan aura positif kita kembali :)



21 comments:

  1. Entri yang menarik....saya suka tips ini.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tips yang menarik.... tetapi ida keliru yang no 7 tu sbb ustaz ida ada beritahu disunatkan tidur sebentar selepas zohor sebagaimana sunnah nabi. Apakah sama jer sebelum dan selepas?

    Ps/ Jom tukar link dalam My blog List nak? Ok Ida masukkan dulu ke blog ida yer ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh saya pun ada dengar dua pendapat baik sebelum atau selepas.. tapi saya tak berapa pasati..lupa dah jawapan yg ustaz bagi dlm rancangan tanyalah ustaz.

      boleh saja nak msukkan dlm bloglist..nanti saya masukkan mana ida dlm bloglist saya.

      Delete
  3. Ok noted..let's do it..rasanya 10 minutes tu semuanya ok except for tidur..yang tu mesti ramai terbabas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. tapi yg 10 minit tu saya boleh amalkan masa belajar..sementara tunggu next class. boleh la tido sekejap.. :)

      Delete
  4. Akak bila stress atau dalam bahasa mudahnya, takde mood, macam2 benda akak buat.. Kadang2 membaca novel, kadang2 tengok tv, kadang2 berkebun bunga, kadang2 buli anak kucing, kadang2 mengemas walaupun di tengah malam, kadang2 memasak, kadang2 sapu laman dan tido tu selalu.. hehehe.. Tang berzikir dan yang sewaktu dengannya tu, biarlah Allah je yang tau.. heeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu akak..kita bila stress kena buat mcm2 keja, tu salah satu cara untuk kita tenangkan diri.. tapi cara yg paling tak best bila stress makan banyak2.. bahaya utuk kesihatan.

      Delete
  5. thanks for the sharing bro..no 1 &3 tu paling banyak aku buat kalau tengah stress and its helps..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. tips yang bagus....tq

    menabung chipsmore...

    ReplyDelete
  7. Saya setuju, releks dengan melakukan Berzikir,berselawat atau beristighfar, insyaallah berkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya itu adalah yang sebaik-baiknya bro :)

      Delete
  8. apa2 pun nice tips... :)
    badan dan otak kita mmg perlukan sedikit waktu utk releks dan bertenang dari stress..

    bila stress atau terlalu letih berfikir soal kerja dan kehidupan, sy lebih selesa bersiar-siar sambil termenung di tepi pantai, menulis dan membaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis..
      tu salah satu cara yg bagus tu.. tambah2 bersiar tepi pantai memang bleh hilang stress

      Delete
  9. Replies
    1. berzikir dan berselawat itu yg sebaiknya :)

      Delete
  10. Assalamualaikum.. Salam kenal.. Tips yang bagus ni. boleh diamalkan...

    ReplyDelete
  11. semuanya pun mudah sebenarnya kan kalau kita nk buat. terima kasih share

    ReplyDelete
  12. Tips yg menarik.. t kasih diatas perkongsian ye.. :)

    ReplyDelete

Komen Anda Amat Dihargai
Terima Kasih Kerana sudi membaca